Monday 27 April 2015

Dilanggar Kupu-Kupu : Catatan 4 (Mungkin)



Nasi yang ditelan tak terasa di tekak. Rasa kesal lebih menguasai diri. Susah payah dia berkejar balik ke ibu Negara semata untuk berjumpa dengan kesayangan.
Tapi hampa… Haikal Addin tunangnya itu sibuk dengan urusan perniagaan.
Bila Haikal nekad berhenti kerja di syarikat cari gali minyak itu, memang Aina lega. Dapat lebih dekat dengan kesayangan. Siapa yang tak suka?
Keputusan Haikal membuka perniagaan juga disokongnya, tetapi semenjak mula berniaga masa untuk berjumpa tiada. Bila dia lapang, Haikal pula sibuk dengan urusan perniagaan dan berjumpa pelanggannya.
Bila Haikal lapang, dia pula sibuk. Persiapan untuk majlis perkahwinan juga masih belum dibuat. Hajat untuk berbincang duduk berdua sentiasa tak tercapai.
Pinggan dan garfu diletak kembali ke pinggan. Seleranya mati. Rajuk datang tanpa diundang.
Nasi Ayam di pinggan direnung, hampir tak berusik. Melihat itu menggamit kembali zaman belajar di Shah Alam, kenangan dengan Haikal Addin.

 “Awak kat mana ni? Janji pukul berapa nak jumpa saya?”
“Maafkan abang. Memang janji tadi tapi nak buat macam mana, mana abang nak tahu yang Satria nak buat hal pula.”
“Dah tu takkan tak boleh inform Aina? At least bagitahu so saya tak tunggu risaukan awak macam orang bodoh.”
“Abang tak fikir Aina akan risaukan abang. Kan abang bagitahu abang tak janji dapat datang. Abang pun lepas maghrib tadi baru sampai dari kampung. Abang bagitahu Aina kan kalau jadi keluar baru abang inform. So Abang ingat Aina tak tunggu.”
Aina terdiam, jam direnung. Sudah hampir pukul Satu pagi. Huh, sakitnya hati. Sampai hati dia buat begini. Mudahnya memberi alasan.
Panggilan ditamatkan. Sakit hati dan rajuk menggunung dalam jiwa. Sampai hati dia fikir begitu. Diri mula terfikir kepentingannya dalam hidup Haikal Addin.
Telefon berdering dan hanya dibiarkan panggilan dari Haikal. Sekali lagi dan lagi telefonnya berbunyi. Mungkin terganggu dengan nada telefonnya, teman serumahnya Ipah yang sedang khusyuk menelaah menyentuh bahunya.
“Aina, Phone tu berbunyi. Kenapa tak angkat.”
Aina mendongak wajah, terasa basah pipi dengan air mata. Kesal dengan Haikal yang selalu bersikap tidak acuh dengan hubungan mereka.
Bukan sekali dua begini, tapi dah banyak kali. Tapi nak buat macam mana hati ini masih berkeras menyayangi Haikal Addin.
“Dia kenapa pula kali ini Aina? Kawan pinjam keretanya lagi ke?”
“Keretanya rosak.”
“Bersabarlah Aina. Itu je aku mampu cakap. Aku bagitahu dah pada kau dulu pendapat aku tentang dia.”
Telefon berdering lagi dan Aina matikannya. Malas mahu ambil peduli lagi. Benar kata Ipah dulu, Haikal memang tak serius. Hanya dirinya sahaja yang nampak beria-ia mempertahankan hubungan mereka. Huh.
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam di luar rumah, diikuti bunyi hon. Mereka bangun mengintai gerangan manusia yang datang buat kecoh tengah malam buta ni. Kancil warna ungu dan seorang lelaki berdiri membelakangi mereka.
Lelaki itu berpaling menghadap mereka dan terasa nafas Aina terhenti. Pantas langsir ditutup.
“Kau tak nak jumpa dia ke?”
Aina menggeleng.
Terdengar hon sekali lagi dibunyikan. Aina mendengus geram. Haikal ni tak malu ke? Tak takut ke dengan jiran sekeliling?
“Aina abang tahu Aina ada kat dalam. Keluar sat, abang nak jumpa. Abang akan tunggu Aina sampai Aina keluar.”
Kali ini pintu pagar pula digegar.
“Baik kau pergi jumpa dia Aina, dari keadaan jadi lebih kecoh. Settle kan baik-baik, malu lah dengan jiran-jiran. Lagi pun dah lewat malam ni, tak baik.”
Berat langkahnya keluar dari rumah, menghampiri Haikal Addin yang masih berdiri di pagar, bersedia untuk menggoncang pagar itu sekali lagi. Tajam pandangan mata Haikal melihatnya.
Salam diberi Haikal dan hanya dijawab Aina dalam hati.
“Kenapa buat kecoh kat sini?”
“Kenapa off telefon? Kenapa tak pick call abang? Saja nak bagi Abang gila?”
Sinaran lampu jalan membantu Aina melihat wajah lelaki itu yang kemerahan, lesu kepenatan. Nampak tegang dan serabut. Itulah jua yang dia rasa.
“Buka pagar ni dan ikut abang please. We need to talk.”
Aina membeku, langsung tidak menurut. Lelaki itu dijeling tajam.
“Ya, abang tahu abang salah sebab tak inform. Abang tahu ini bukan kali pertama hal jadi begini. Abang minta maaf. Abang tahu salah abang dan kita sama-sama sayangkan hubungan ni. Abang minta maaf. So please ikut abang. Naik kereta with me.”
Aina membeku. Memandang belakang melihat Ipah yang berdiri di muka pintu bersama rakan serumah yang lain. Muka masing-masing beriak bimbang.
“Awak semua, boleh tak saya bawa Aina keluar sekejap? Jangan bimbang saya tak akan apa-apakan dia. Kalau tak percaya mari sini simpan handphone saya, simpan IC saya.”
Ipah menghampiri, hanya mengambil handphone dari tangan tetapi tidak kad pengenalan. Kad pengenalan diberikan pada Aina untuk dipegang.
Now Aina, please…
Pintu pagar dibuka dan perlahan dia memboloskan diri ke dalam perut Kancil Ungu yang entah milik siapa. Hanya memerhati sahaja Haikal memandu. Tiada bicara yang terlafaz.
“Terima kasih Aina.”
“Ini tak bermakna saya boleh maafkan awak.”
Mata mereka bertentangan dan tak lama Aina memaling wajah. Pandangan dialih ke luar dan dengar keluhan perlahan Haikal.
“Aina dah makan? Abang tak makan lagi. Teman abang makan ya?”
Aina diam, hanya memerhati Haikal memberhentikan kereta ke tepi jalan berhampiran dengan taman permainan dan surau taman ini.
“Buat apa berhenti sini?”
“Kita makan.”
“Nak makan apa? Mana ada kedai buka sini.”
Haikal Cuma diam, dan mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang.
“Kawan abang bagi bekal ni sebelum abang keluar tadi. Dia ada buat kenduri lepas isyak tadi. Tapi kita tak dapat datang. Jom makan.”
Apa maksud dia kita tak dapat datang. Dia ada niat nak bawa aku ke sana ke?
Aina hanya diam memerhatikan Haikal membuka Tupperware. Terliur melihat nasi putih, ikan bawal goreng dan gulai pisang muda, dilengkapi pula sambal belacan. Aduiiii… terasa makin lapar perutnya yang memang tak diisi apa-apa sejak tengahari tadi.
“Kita kongsi ya. Abang tahu Aina pun lapar.”
Aina menelan liur. Rajuknya masih ada. Sengaja dia buat tak peduli hanya memerhati Haikal membaca doa makan, disambut doa itu dalam hati. Haikal tunduk menceraikan isi ikan, dan dia pantas memaling wajah meneruskan rajuk.
“Aina…”
Aina berpaling, membuka mulut ingin menolak, nak teruskan rajuk. Tapi terkejut bila sudu berisi nasi berisi ikan ikan dan gulai pisang disuap masuk ke mulutnya. Terpaksa dikunyah dan ditelan jua, dibuka mulut sekali lagi dan sekali lagi Haikal menyuapnya.
Geram, lelaki itu dijelingnya tajam. Tapi terasa sedap juga bila disuap begini.
“Aina… abang minta maaf. Abang tahu abang selalu tak acuh tapi abang nak aina tahu abang sayang Aina. Abang sayang hubungan ni. Maafkan abang.”
Mata bertentangan dan dari wajah Haikal, dia dapat rasakan keikhlasan. Dia juga sayangkan lelaki ini. Dia juga sayang hubungan mereka. Sungguh. Bukankah kepercayaan dan tolak ansur itu kunci bahagia.
“Urm… Aina nak lagi.”
Haikal ketawa melihat ulahnya, dapat membaca yang Aina memaafkannya. Penuh kasih dan sayang dia menyuap kesayangannya ini. Kesayangan yang manja. Alhamdulillah. Diam-diam dia berjanji akan tidak mengulangi sikap tidak acuhnya ini.

Bunyi hon membawa Aina kembali ke masa kini. Senyum sendiri mengingat kenangan lalu. Ah, ternyata dia masih seorang kekasih yang manja.
Bunyi hon kedengaran lagi dan Aina mula terganggu. Pandangan dialihkan pada Hilux berwarna hitam dihadapannya. Pintu Hilux dibuka dan satu susuk tubuh tinggi tegap keluar dan bila lelaki itu berpaling, automatik senyuman terukir di wajah Aina.
Kesayangannya, Haikal Addin.
Kesayanganku yang tak pernah lelah dengan kekasihnya yang manja. Syukur.

***

xx Maaf entri kali ni over panjang. will update soon.xx

No comments:

Post a Comment