Tuesday 7 January 2014

AISYAH

Aisyah mengayuh basikalnya lebih laju lagi, tidak sabar sungguh hatinya untuk segera sampai ke rumah. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah, pantas dia mencampakkan basikal ke tepi lalu berlari masuk ke dalam rumah.
“Ibu! Ibu! Ibu…Aisyah dah balik Ibu!”
Setiap ruang di dalam rumah rumah dijenguk, mencari kelibat Ibunya. Sambil itu dia memanggil-manggil Ibunya.
Naik pula dia ke tingkat atas, langkahnya mati di situ apabila melihat Ibunya terbaring di lantai dan gagang telefon di genggaman tangan Ibunya.
Pelbagai andaian berlegar di fikiran. Pantas dia merapatkan telinganya pada dada Ibunya, masih berdegup Cuma lemah sekali.
Pantas dia melekapkan gagang telefon ke telinganya.
“Hello, Ida..Ida..”
“Hello, Pak Long ke tu? Ibu Aisyah pengsan…Pak Long datanglah sini…” tersedu sedan Aisyah bersuara sambil sesekali matanya melirik memandang Ibunya.
“Aisyah…bawa bertenang..sekejap lagi Pak Long datang sana..Aisyah siap ya..”
“Tunggu saja nanti Pak Long datang!” Terus sahaja Pak Long mematikan panggilan.
Gagang telefon diletakkan kemudian dia duduk di sebelah Ibunya. Dia memanggil manggil Ibunya sambil menggoncang-goncang bahu Ibunya. Perlahan lahan Ibunya membuka mata.
“Aisyah!”
Tersentak dia apabila tiba-tiba sahaja Ibu memeluknya, Ibu menangis dibahunya.
“Kenapa ni, Ibu?”
“Aisyah…Ayah kemalangan..dia di hospital.”
Bagaikan luruh jantungnya bila mendengar  pernyataan dari Ibunya itu.
Ayahnya kemalangan? Tak mungkin!!
“Tak mungkin Ibu…Tak mungkin!!”
Ibu turut menangis bersamanya. Tersentak dia bila terasa bahunya disentuh, pantas dia menoleh.
“Dahlah Aisyah…jangan begini..kita ke hospital dulu, lihat Ayahmu..”
Sepanjang perjalanan ke hospital, Aisyah merenung Ibunya yang asyik termenung. Aisyah cuba menenangkan diri, dia yakin Ayahnya pasti akan selamat.
Sampai sahaja di hospital dia terus ke wad kecemasan, dilihat Mak Tua, Ibu tirinya iaitu isteri pertama Ayahnya duduk di kerusi di luar bilik pembedahan sedang menangis teresak-esak.
“Mak Tua, Ayah bagaimana?”
Mak Tua tidak menjawab soalannya, hanya tangisan Mak Tua yang semakin bertambah kuat.
Pak Su, adik kepada ibu tirinya itu pula sekadar memerhatikan Aisyah. Gerun dia dengan pandangan tajam itu. Dia hampiri pula Amir, abang tirinya yang duduk di lantai.
“Abang..”
Amir mendongakkan wajah, Aisyah bagai dapat membaca maksud di sebalik air wajah Amir tapi dia masih enggan mengakui kenyataan yang bakal diketahuinya itu.
“Abang Amir..”
Sekali lagi dia mencuba, harap bukan kenyataan itu yang akan terlahir dari bibir Amir.
“Ayah dah tak ada Aisyah…dia dah tinggalkan kita semua..”
Serentak itu juga dia dapat mendengar suara Ibu meratap hiba.
“Tak mungkin…Ayah, sampai hati Ayah tinggalkan Aisyah…”
Air mata mengalir jatuh ke pipi.
Saat itu juga kelihatan beberapa orang jururawat menolak stretcher keluar dari wad kecemasan. Sekujur tubuh yang ditutupi kain putih terbujur kaku di atasnya.
Berat kakinya melangkah menghampiri tubuh kaku itu. Dengan linangan air mata kain putih penutup tubuh kaku itu ditarik sedikit, menyerlahkan wajah si pemilik tubuh kaku.
Langkahnya terundur ke belakang bila melihat wajah Ayahnya yang pucat dan kaku, tidak bernyawa lagi.
Pak Long pantas menutup semula wajah Ayah dengan kain putih.
“Aisyah..Relakanlah Ayah pergi..”
Aisyah memandang kaku wajah Amir yang entah bila sudah berdiri di hadapannya.
“Relakanlah dia pergi Aisyah…”
Amir memberanikan diri mengusap rambut Aisyah, menenangkan gadis yang sudah hilang punca itu. Dia juga sedih dengan pemergian Ayahnya, namun dia harus kuat. Dia redha dengan ketentuan Allah buat keluarga mereka. Tapi dia tidak sanggup melihat Aisyah begini, luluh rasa hatinya.
“Sabarlah Aisyah…”
Aisyah menekup mukanya ke dada Amir, Amir memujuk Aisyah supaya bersabar.
“Menangislah Aisyah, kalau itu dapat kurangkan kesedihan di hati…”
Tanpa mereka sedari, Pak Su memandang mereka dengan pandangan tajam sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka semua. Baginya, dia tiada kaitan langsung dengan peristiwa ini.
***
“Pak Long, tengoklah Ibu tu, asyik termenung dan menangis sahaja selepas kematian Ayah. Dia…macam dah tak peduli dengan dirinya, dengan Aisyah…”
“Sabarlah Aisyah…Mungkin Ibu kamu masih tak dapat menerima kenyataan, berilah dia masa.”
“Entahlah Pak Long, dah dekat sebulan dia begitu, runsing Aisyah dibuatnya…Mak Tua pula tak sudah-sudah menyalahkan Ibu…katanya semua ini salah Ibu, Kalau Ibu tak beria ia mahu Ayah carikan buah mata kucing untuk Ibu, pasti ayah tak mati!
Betulkah itu, Pak Long?”
“Isssyy kamu ni Aisyah! Ajal dan maut kan di tangan Allah. Jangan didengar cakap Mak Tua kamu tu! Memang Ibu kamu tu mengidam nak makan buah mata kucing, tapi biasalah tu…Adat orang mengandung, tentu kuat mengidamnya.”
Kata-kata Pak Long tidak dijawabnya lagi. Pandangannya teralih pada Ibunya yang sedang mengusap perutnya. Ibu sudah banyak berubah, dulu Ibu tidak begini. Sedih hatinya melihat keadaan Ibu seperti itu.
“Dengar kata Aisyah pelajar terbaik sekolah ya, berapa keputusan SPM kamu?” Pak Long bertanya sambil tangannya menggulung rokok daun.
“Er..Alhamdulillah Pak Long, Aisyah dapat 8A!”
“Baguslah! Bijak anak saudara Pak Long ni! Kamu tak nak sambung belajar ke? Sayang kalau tak disambung Syah,”
Aisyah mengeluh pandangannya tertancap pada ibunya, tak lama lagi Ibu akan melahirkan adiknya, empat bulan saja lagi.
“Entahlah Pak Long, Aisyah memang nak sambung belajar tapi Pak Long tengoklah keadaan sekarang ni..tak lama lagi Ibu akan melahirkan. Perbelanjaan makin bertambah, bil air elektrik semua pun dah cukup memeningkan…Mana Syah nak cari duit lagi kalau dah semua habis untuk yuran pengajian nanti…apa kami nak makan nanti Pak Long?”
Pelik dia melihat Pak Long hanya senyum mendengar luahan hatinya.
“Syah soal duit jangan dirisaukan. Arwah Ayah kamu dah siapkan semuanya untuk kamu dan ibu kamu juga adik kamu yang bakal lahir tu. Duit yang dia sediakan itu bukan sahaja cukup untuk kamu sambung belajar bahkan lebih dari cukup untuk tampung hidup kamu semua. Jadi jangan risau.
“Soal Mak Tua kamu tak payah risaukan ini memang bahagian kamu dan keluarga. Dia tak boleh nak usik dan kata apa-apa kerana dia juga sudah dapat bahagian dia sendiri. Biarkan sahaja dia nak kata apapun. Tak payah ambil pusing! Pekakkan saja telinga.”
Aisyah senyum senang kerana Pak Long seolah dapat mebaca fikirannya. Memang dia takut akan reaksi Mak Tua kalau tahu dia sambung belajar kelak. Pasti akan ada sahaja  kata kata nista yang terucap nanti.
“Tapi Pak Long..bagaimana dengan Ibu Syah..siapa yang akan tengokkan dia kalu Syah tiada di rumah nanti? ”
“Soal itu tak payah dirisaukan. Nanti kita cari Pembantu rumah gajikan buat teman dan jaga ibu kamu di rumah. Lagipun nanti Pak Long akan daftarkan kamu di kolej yang dekat sini sahaja, senang nak ulang alik. Boleh tak begitu Syah?”
Aisyah hanya menggangguk setuju. Bersyukur pada ALLAH kerana Pak Long sudi membantu. Syukur kerana masih ada yang peduli pada mereka.
***
Kereta milik Mak Tua yang diparkir di halaman rumahnya membuat hati Aisyah berdebar dan berdegup kencang. Apa Mak Tua buat di sini?
Pantas dia memberi salam, tapi tidak bersahut. Sebaik melangkah masuk, dilihat Pak Su duduk di sofa sambil menghisap rokok. Gerun melihat pandangan tajam mata Pak Su yang memandangnya, atas bawah.
“AKU BUKAN PEMBUNUH!!”
Suara Ibunya menjerit. Pantas Aisyah berlari menaiki anak tangga ke tingkat atas.
“Ya, Kau yang bunuh dia, Dasar Perempuan Sial! Pembunuh”
“Mak Tua!” jerit Aisyah.
Pantas dipeluk Ibunya yang menangis teresak esak di atas katil.
Mak Tua menjelingnya tajam.
“Kau ke mana saja sampai malam begini baru balik? Anak dengan emak sama saja, agaknya keturunan kau orang ini memang keturunan pembawa sial!”
Aisyah menelan sahaja kata kata cacian Mak Tua, terasa pedih hatinya dengan kata kata itu tapi ditahan sahaja. Dia sedar dirinya siapa.
“Saya baru balik dari Kolej, Mak Tua.”
“Eh, kau masuk kolej suka suka hati! Ingat banyak harta bapak kau nak bayar! Buat apa susah susah nak belajar kalau sudahnya nanti jadi macam Mak kau ni, menyundal di kelab malam!”
Ditahan air mata yang ingin menitis mendengar cacian Mak Tua.
“Kak, sudahlah! Apa tak puas lagikah akak seksa saya, dah lah Kak!”
Teguran Ibu yang lembut lirih kedengaran di telinga Aisyah. Mak Tua memuncungkan bibir,
“Aku tak akan pernah puas sebab kau tu perampas, pembunuh!”
Mak Tua menjerit pada Ibu sebelum berlalu. Ibu melepaskan tangisannya sebaik sahaja kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan.
“Ibu…”
Aisyah memeluk Ibunya.
***
Pintu Ibu diketuk berkali kali namun tiada jawapan. Menyangka Ibu masih tidur dia berlalu pergi, tidak mahu mengganggu tidur Ibunya.
Namun bila pulang dari kolej, kelibat Ibu masih tidak kelihatan membuatnya cemas. Pintu diketuk lagi, namun masih tiada sahutan.
Pintu cuba dibuka, tapi berkunci dari dalam. Pantas dia lari ke tingkat bawah bila teringat akan kunci pendua bilik itu. Akhirnya setelah mencuba dengan beberapa anak kunci barulah pintu itu berjaya dibuka.
Pantas dia meluru dan memeluk Ibunya yang terbaring di lantai. Ibu di peluk erat.
“Ibu..Ibu bangunlah!”
Terasa seperti ada cecair melkit di tangannya. Ya Allah. Darah! Ibu…
Dia cuba lagi mengejutkan Ibu. Ditekapkan telinganya ke dada Ibu, jantung Ibu kedengaran berdegup lemah.
Aisyah bingkas berdiri, telefon disisi katil Ibu diambil. Ambulans didail. Selepas itu dia menelefon Pak Long pula.
***
Aisyah mundar mandir berjalan di luar bilik pembedahan. Ibu masih di dalam.
“Aisyah, Ibu Syah bagaimana?”
Aisyah masih memeluk tubuh, perasaan bimbang terlalu memenuhi dirinya. Dia memandang lama wajah Amir dan Pak Long yang menunggu jawapannya.
“Ibu keguguran. Dia masih lagi di dalam. Doktor kata Ibu hilang banyak darah.”
Aisyah memandang Amir, senyuman Amir mengurangkan sedikit gusar di hati. Pak Long, Amir dan Aisyah pantas menoleh ke pintu bilik pembedahan bila kedengaran bunyi pintu dikuak.
“Doktor, bagaimana dengan Ibu saya?”
“Alhamdulillah dia selamat. Tetapi kandungannya tak dapat kami selamatkan. Buat masa sekarang ini, Puan Ida perlukan banyak rehat, saya harap anda semua tidak mengganggunya. Berikan dia masa.”
“Saya anaknya.Bolehkah izinkan saya melihatnya sebentar sahaja pun tak mengapa.”
“Maaf Cik, pesakit perlukan rehat secukupnya. Emosinya masih tidak stabil. Harap Cik dapat faham. Maafkan saya.”
Aisyah mengeluh berat. Amir yang mendengar keluhan Aisyah, kasihan dengan nasib adik tirinya itu. Dia hanya mampu melihat Aisyah menangis di bahu Pak Long. Kalau boleh mahu saja dicurahkan seluruh kasih sayangnya pada gadis itu agar tidak ada lagi kesedihan mampu mengusik hati gadis itu.
Tapi mana mungkin! Hanya sayang seorang abang saja yang mampu dicurahkan buat Aisyah, sedangkan sayangnya buat gadis itu melebihi rasa sayang seorang abang.Ah, kalau sahaja kau bukan adikku! Kalau sahaja kau bukan anak ayahku!
***
Tanpa memberi salam, Mak Tua terus menyerbu masuk ke dalam wad yang menempatkan madunya, Puan Ida.
“Wah, wah, wah bukan main lagi!”
Pak Long yang sedang memapah Puan Ida, menoleh memandang Mak Tua. Puan Ida sekadar menunduk memandang lantai. Mals mahu melayan ulah isteri tua arwah suaminya itu.
“Saya tak sangka Bang Long! Bang Long ini memang baik hati! Susah nak cari orang yang setia macam Bang Long ni! Setia pada kekasihnya walaupun kekasihnya dah lupakan dia. Kubur arwah suami saya tu baru beberapa bulan sahaja, Bang Long!”
“Miah, apa yang kau merepek ni ha? Jangan nak menuduh tak tentu pasal! Salahkah aku membantu adik ipar aku sendiri? Kau adik iparku, kalau kau beginipun, usah risau aku juga akan tolong kau!”
“Salah! Sebab dia ni bekas kekasih Bang Long! Jangan Long ingat saya tak tahu yang perempuan joget ni dulu bekas Long! Saya tahu semua Bang Long!”
“Miah! Bawalah mengucap. Kau tahu tak perkataan kau ni boleh mendatangkan fitnah! Berdosa Miah!”
“Berdosa?Habis perbuatan abang dengan dia ni tadi tak berdosa? Entah- entah lebih daripada ini pernah Bang Long buat dengan si sundal ni! Agaknya anak yang si sundal ni keguguran hari itu pun benih abang Long!”
Serentak itu Pak Long menampar pipi Mak Tua.
“Kau jangan melampau Miah! Jangan kau cuba nak memfitnah kami! Jaga mulut tu! Kesabaran aku ada batasnya Miah!”
“Huh, teruskanlah asmaradana Bang Long! Aku nak balik!”
Pak Long mengucap panjang bila Mak Tua keluar dari bilik itu. Kesal dia dengan tingkah Miah. Semakin menjadi-jadi perangainya.
“Ida, maafkanlah Miah. Dia tu mulutnya memang begitu! Janagan dibawa ke hati ya!”
 Puan Ida sekadar mengangguk, kemudia dia memejamkan mata. Kata-kata Miah terlalu menyentuh jiwanya. Kata- kata cacian it uterus mengiang-ngiang di fikirannya.Bila dia membuka mata, abang iparnya itu sudah tiada di situ. Terasa hangat pipinya, basah dengan air mata. Rasa terhina dan perit jiwa mengenagkan kata- kata Miah.
Ingatannya kembali melayang mengingati Umar , arwah suaminya. Umar lelaki yang baik hati, Umar lah yang menyelamatkannya dari dunia kegelapan dan sudi menjadikannya isteri. Tiada cinta lain baginya, hanya Umar sahaja. Dia mengusap perutnya, dia tidak lagi dapat merasakan pergerakan anaknya. Anak bukti cinta mereka berdua sudah tiada.
Bang Umar, sampai hati tinggalkan Ida sendiri
Perutnya diusap lagi, masih terlayar segar di ingatan betapa gembiranya Umar bila mendapat tahu dia mengandung. Sudah terlalu lama mereka menanti.
Bang, anak kita dah tak ada…anak kesayangan kita!
Kata kata cacian Miah, isteri tua arwah Umar melayari kembali ingatannya melenyapkan gambaran Umar.
Tidak aku bukan perempuan sundal! Aku bukan pembunuh! Anak ini anak aku dengan Abang Umar! Anak Umar, bukan anak Khalid! Bukan!
Dia memejamkan mata, cuba memadamkan kata kata itu dari terus berlayar diingatan dan mengganggu jiwa, namun dia gagal.
Jiwanya tertekan, puas dia cuba memejamkan mata dan tidur, tapi masih gagal.
Telinga ditekup dengan tangan tapi masih jua kedengaran. Dia memandang sekeliling, cuba mencari sesuatu yang dapat membantunya pergi jauh dari kenangan memeritkan ini. Pandangannya tertancap pada botol ubat yang terletak agak tersorok di balik botol mineral. Botol itu diambil dan diamati sepenuh hatinya.
***
Khalid atau Pak Long, menghampiri Aisyah yang duduk di sudut hujung koridor di luar wad kecemasan.Bahu gadis itu disentuh, Aisyah mendongak. Jelas kelihatan kesan air mata di pipi Aisyah. Kasihan, pasti dia menangis sejak tadi.
“Ibu makan ubat tidur berlebihan..”
“Maaf lambat datang Syah. Ibu bagaimana?”
Pertanyaan Amir tidak Aisyah jawab. Dia tidak tahu jawapan kepada pertanyaan itu. Kerna dia sendiri masih menanti.
Satu jam kemudian, doktor keluar dari wad kecemasan. Aisyah dan yang lainnya pentas meluru menghampiri doctor, mahu tahu keadaan Puan Ida. Doktor itu kelihatan berat hati untuk bersuara. Wajahnya muram.Aisyah bagai dapat mengagak. Doktor itu hanya menggeleng kepala.
“Maafkan saya. Harap anda semua tabah. Tuhan lebih sayangkan dia.”
“TIDAK!!! IBU!!”
Amir yang menyedari Aisyah kelihatan hendak rebah, segera memaut bahu gadis malang itu. Dalam sayup-sayup Aisyah mendengar Amir memanggil namanya. Namun pandangannya semakin kelam dan gelap.
Oh Ibu…
***
Aisyah membuka matanya, kemudian dilepaskan nafas. Agak kuat.
“Ibu…” Aisyah berbisik perlahan sambil tangannya menyentuh gambar Ibunya.
Sudah dua bulan Ibu pergi meninggalkannya. Kini dia tinggal bersama Mak Tua. Dia terpaksa tinggal di situ atas arahan Mak Tua. Mak Tua juga telah memberhentikannya daripada kolej. Mak Tua juga telah melarang dia dari menghubungi Pak Long. Namun dalam diam Pak Long ada juga datang menjenguknya sewaktu Mak Tua tidak ada.
Pak Long tidak dapat menghalang perbuatan Mak Tua kerana Mak Tua mempunyai hak penjagaan penuh ke atas diri Aisyah selagi Aisyah masih belum mencecah usia 21 tahun.
Walaupun Mak Tua sudi memeliharanya, namun hidupnya cukup terseksa tinggal di situ. Mujur ada Amir yang sudi mengambil berat, yang menjadi tempatnya mengadu susah dan senang. Walaupun berlainan ibu, namun Aisyah tidak pernah merasakan kekurangan itu kerna dia dapat rasakan Amir ikhlas menyayanginya.
“Aisyah!!”
Tersentak dia dari lamunan bila terdengar Mak Tua melaung memanggil namanya. Terkocoh kocoh dia berlari naik ke tingkat atas.
“Ya, Mak Tua?”
“Buatkan kami air…tolong hidangkan Pak Su kamu ni air. Mahmud kamu nak minum air apa?”
Perasaan gerun Aisyah memuncak bila melihat Pak Su. Bermacam-macam andaian timbul difikirannya.
“Apa apa sahajalah… tapi biar sejuk.”
Tanpa disuruh Aisyah terus ke dapur, di tingkat bawah. Namun begitu dia masih dapat mendengar perbualan Mak Tua dan Pak Su.
“Lama ke kamu duduk di rumah akak ni, Mahmud?”
“Tengok anginlah kak.”
“Dahlah Mud, akak nak keluar ni.”
“Okay.”
Kecut perut Aisyah dibuatnya. Pak Su tinggal di sini? Menambahkan kegalauan hatinya, sekarang ini Cuma tinggal dia dan Pak Su berdua saja di dalam rumah besar ini. Teragak-agak dia menghampiri Pak Su yang duduk santai di atas sofa. Aisyah tahu setiap gerak gerinya diperhatikan Pak Su. Dia tidak berani untuk mengangkat wajah, gerun hatinya dengan pandangan tajam Pak Su.
“Minum, Pak Su.”
Dia bingkas bangun ingin masuk ke bilik sebaik sahaja meletakkan air minuman di atas meja kopi.
“Nak ke mana tu? Marilah duduk sini dulu temankan Pak Su minum.”
“Tak apalah Pak Su, Syah banyak lagi kerja dibelakang.”
“Aisyah aku cakap duduk sini dulu. Jangan degil!”
Langkah Aisyah terhenti, dia terpaksa duduk di sebelah Pak Su. Perasaannya kacau bilau.
Setiap soalan Pak Su hanya dijawab dengan ya atau tidak sahaja. Tersentak dia bila tiba-tiba tangan Pak Su hinggap di pahanya.
“Aisyah ni cantik macam Mak Aisyah juga.”
Aisyah bingkas berdiri.
“Maafkan Syah,” kata Aisyah lalu terus berlari masuk ke bilik.
Dari jauh dia dapat mendengar suara Pak Su ketawa. Pintu bilik terus dikunci. Dia terduduk di muka pintu. Air mata menitis.Pak Su memanggil-manggil namanya dari balik pintu, tapi diendahkan. Dia tahu apa yang dimahukan Pak Su, tapi dia tidak akan membenarkan itu berlaku. Dalam hati dia berdoa dijauhkan dari niat jahat Pak su. Moga-moga Mak Tua atau Amir segera pulang. Ya Allah, lindungilah hambaMU ini…
***
Amir melihat keganjilan pada Aisyah, dilihat Aisyah sering mengelakkan diri daripadanya. Jarang dia dapat meluangkan masa dengan gadis itu seperti selalu, ada saja alasannya. Sejak Pak Su datang minggu lepas, perangai Aisyah berubah. Kalau dulunya dia jarang bercakap, kini adiknya itu jadi terlalu pendiam.
Kalau tidak dia memanggil Aisyah datang duduk dengannya di luar ni, jangan haraplah wajah itu dapat dilihat. Rindunya dia pada Aisyah hanya ALLAH sahaja yang tahu. Tapi wajah Aisyah mendung, seolah ada masalah.
“Syah, kenapa ni? Syah ada masalah ke?”
Aisyah hanya menggeleng.
Amir meyentuh rambut Aisyah, kemudian mengeluh. Dia tahu ada sesuatu yang Aisyah sembunyikan.
“Syah tipu abang ni..cakaplah, jangan simpan seorang diri.”
Aisyah tidak menjawab, hanya senyuman diukirkan. Namun terasa pahit.
Ah, abang! Kalau Syah ceritapun, mahukah abang percaya?
“Syah baik- baik saja..Cuma mungkin Syah penat saja.”
Amir menyentuh tangan Aisyah, membuatkan hati gadisnya rasa aneh. Perasaan aneh yang sekian lama telah ada buat abang tirinya itu. Perasaan aneh yang indah dan menyenangkan tapi cuba dikikis sejak dulu lagi.
“Betul ni?”
Aisyah mengangguk, senyum manis.
“Tapi kalau ada masalah, jangan simpan seorang, beritahu abang ya.”
“Baik Boss!” kata Aisyah sambil memberi tabik hormat pada Amir.
Amir ketawa dengan ulah Aisyah, lega hati melihat Aisyah kembali senyum.
“Kan bagus senyum macam ni.” Puji Amir lalu menyentuh perlahan pipi Aisyah. Aisyah sekadar senyum.
Pak Su yang melihat dari jauh sakit hati melihat perlakuan Amir pada Aisyah.
Tak guna kau Amir! Tak apa, Aisyah. Kau akan jadi milikku juga!
Apabila melihat Aisyah masuk ke dalam rumah, diapun turut megekori langkah Aisyah.
Dia melihat penuh asyik dari belakang tanpa disedari Aisyah. Nafsu lelakinya bergelora bila melihat tubuh ramping Aisyah.  Aisyah dihampiri, dan dia berdiri betul betul di belakang Aisyah. Aisyah dipeluk. Gadis itu menjerit meronta-ronta melepaskan diri tapi tidak diendahkan.
“Pak Su, tolonglah lepaskan Aisyah, tolonglah jangan buat begini.”
Aisyah merayu sambil berusaha lebih kuat melepaskan diri dari pelukan Pak Su. Akhirnya dia berjaya. Pantas dicapai pisau dan diacukan pada Pak Su.
“Jangan dekat! Kalau tak Syah takkan teragak-agak !”
Pak Su hanya ketawa. Bagi dia, ancaman Aisyah Cuma sekadar mainan.
“Pak Su! Aisyah, kenapa jerit-jerit tadi?”
Kemunculan Amir membantutkan rancangan jahat Pak Su. Wajah Amir dipandang kemudian dia senyum sinis memandang Aisyah.
“Tak ada apa. Tadi Pak Su minta pisau pada Aisyah.”ujarnya lalu dengan selambanya dia mengambil pisau di tangan Aisyah.
Aisyah mendengus geram melihat Pak Su berlalu.
“Aisyah, apa sebenarnya yang jadi ni?”
“Tak ada apa-apalah!”
“Betul ni? Sebab tadi abang dengar Aisyah jerit-jerit, takkan lah tak ada apa-apa?”
Aisyah tidak menjawab, dia pantas membalikkan tubuh menghadap dapur. Air mata yang jatuh di pipi pantas dikesat.
***
Aisyah merenung jam di dinding biliknya. Sudah hampir pukul 10 malam. Dia baru sudah melipat pakaian. Teringat dirinya yang masih belum mengerjakan solat Isyak, pantas dia ke bilik air mengambil wudhu’. Hari ini dia tinggal sendirian. Mak Tua ke majlis hari lahir kawannya. Amir pula masih belum pulang dari pejabat. Pak Su pula sejak pagi tidak kelihatan. Aisyah berasa lega kerana Pak Su tiada di rumah.
Ya ALLAH, Ya Tuhanku…Kau ampunilah dosa-dosa hambaMU ini. Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, Kau tempatkanlah mereka bersama golongan yang beriman. YaALLAH, hambaMU ini redha dengan setiap apa yang berlaku kerna setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.
Selesai solat, dia baring di katil sambil menatap foto ibu dan ayahnya.
Ibu, ayah…Kenapa tidak bawa Syah bersama? Syah tak tahan lagi duduk di sini.
Akhirnya Aisyah tertidur dengan foto di dada, bersama tangisan selepas penat mengenangkan saat saat indah bersama ibu dan ayah yang sudah tiada. Tidurnya terganggu bila terasa ditindih. Aisyah membuka mata. Pak Su!
Aisyah menjerit merayu minta dilepaskan dan tidak diapakan. Tapi jeritan dan rayuannya tidak diendahkan. Dia meronta lagi. Pak Su menamparnya.
“Kalau kau nak selamat, baik kau diam.”
Namun Aisyah tidak mengalah. Dia menggunakan seluruh tenaganya untuk melawan Pak Su yang semakin rakus. Air mata Aisyah mengalir tak berhenti bila Pak su menarik bajunya. Aisyah melawan lagi, buku tebal di tepi katil cuba diraih dan dia mengetuk buku itu ke kepala Pak Su sekuat hatinya. Pak Su mengaduh kesakitan.
Peluang itu diambilnya. Ditolak tubuh Pak Su sekuat hatinya. Dia bingkas berdiri tetapi Pak Su sempat menarik pergelangan kakinya, membuat dia terjatuh ke lantai. Pegangan kemas Pak Su pada kakinya membuat dia semakin kuat meronta. Aisyah menjerit sekuat hatinya meminta tolong. Pak su hanya ketawa apabila dia menjerit meminta pertolongan.
Pak Su memeluknya kemas. Aisyah tidak mampu melawan lagi bila berulang kali penampar Pak Su hinggap di pipinya. Jeritannya kian lemah dan dia hanya mampu menepis lemah perlakuan kotor Pak Su ke atasnya.
Aisyah memejamkan mata, dia tidak mampu melawan lagi. Kesempatan ini diambil sepenuhnya Pak Su untuk memuaskan nafsunya. Tubuh gadis itu digomol sepuas hatinya. Saat itu Aisyah hanya mampu berserah. Air mata tak berhenti mengalir ke pipi. Dia tidak mampu melawan lagi.
Bunyi pintu bilik ditendang dari luar dan suara jeritan seseorang kedengaran. Kemudian dia tidak rasakan lagi tubuh Pak Su di atas tubuhnya.
“Syah…Aisyah…Aisyah.”
Dia membuka mata pabila terasa pipinya ditampar lembut.
“Amir..”
Amir memeluknya kemas. Kot ditubuh ditanggalkan dan dipakaikan pada Aisyah. Amir meratap hiba sambil bibirnya tidak berhenti mengucap maaf. Tangannya mengesat pipi Aisyah yang basah dengan air mata. Aisyah hanya mampu menangis. Namun syukur kerana Amir datang menyelamatkannya. Tiba-tiba dia melihat kelibat Pak Su di belakang Amir.
“Amir..Pak Su!”
Amir bingkas bangkit dan menumbuk Pak Su. Dalam samar-samar  dia melihat Amir bertumbuk dengan Pak Su. Ketika itu juga dia mendengar suara Mak Tua marah-marah. Sayup-sayup semuanya di telinga Aisyah.
“Kak, tengok tu budak sial tu yang menggoda saya dulu tapi Amir salah kan saya.”
“Tak apa Mud. Akak percayakan kamu! Amir, apa kena dengan kau ni, sampai bertumbuk dengan Pak sedara sendiri?”
Saat itu Aisyah dapat rasakan dirinya diangkat.
“Turunkan si sundal tu! Kenapa kau bela dia sangat hah?”
“Aisyah tak bersalah Mama…Bukan salah dia…bukan dia goda Pak Su. Mama tengok sendiri keadaannya, adakah begini keadaan orang yang merelakan dirinya dinodai?
“Mama, percayalah pada Amir. Amir Nampak sendiri Pak Su cuba rogol Aisyah.”
“Jangan percayakan cakap orang yang mabuk cinta macam Amir tu kak! Dia tu dah buta dengan cinta dia pada si sundal tu!”
“Betul ke Amir cintakan dia?”
“Ya, mama. Tidak salah Amir cintakan Aisyah. Mir dah tahu dia hanya anak angkat arwah Ibu dan Ayah. Tapi itu bukan soalnya Mama, soalnya di sini Aisyah tak bersalah, yang salah Pak Su! Si setan ni yang salah!”
Saat ini Aisyah tersedar. Wajah Amir dipandang.
“Amir nak bawa dia ke mana tu?”
“Hospital. Mama tak Nampak ke Syah cedera ni?”
“Abang…”
“Aisyah kita ke hospital ya, kita akan laporkan ini pada polis.”
Tiba tiba Aisyah dapat rasakan tubuhnya ditolak dari pegangan Amir.
“Kau keluar dari sini budak sial! Jangan dekati rumah ini lagi!”
Aisyah memandang Mak Tua yang menyinga. Dilihat Amir pula sedang bergelut cuba melepaskan diri dari cengkaman tangan Pak Su. Aisyah bangun. Mak Tua datang dan menyeretnya keluar dari rumah dan dilemparkan ke jalan.
Hujan lebat yang turun seolah simpati dengan nasibnya. Dia dapat mendengar suara Amir memanggil namanya. Tapi dia tidak mahu peduli lagi. Biarlah dia membawa diri pergi dari sini. Dia terus melangkah tanpa arah tujuan. Sambil berjalan air matanya menitis menenangkan nasib malang yang sentiasa menimpa dirinya.
Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu bapanya. Dia dibesarkan di rumah anak yatim sehingga umurnya tujuh tahun dia telah diambil oleh ibu dan ayah sebagai anak angkat. Baru dia ingin menikmati kebahagiaan dia diuji lagi. Kali ini dia kehilangan ibu dan ayahnya.
Kini dia tiada lagi tempat untuk mengadu. Dia sudah dihalau keluar dari rumah Mak Tua. Mak Tua yang tidak pernah menyukainya pasti tidak akan percaya kata kata Amir. Dan Amir pula pasti tidak akan ada pilihan lain selain mengikuti kata ibunya.
Di seberang jalan ada perhentian bas, mungkin dia boleh menumpang tidur di situ.
Ketika ingin melintas jalan. Dia langsung tidak memerhatikan jalan raya. Baginya, kehidupan sudah tidak ada makna lagi. Dia sudah tidak punya sesiapa lagi di dunia ini.
Amir menoleh ke kiri dan kanan sambil memandu. Mencari kelibat Aisyah. Dia bersyukur kerna Mama mempercayai kata-katanya walaupun agak terlewat.
Amir pantas menekan brek bila tiba tiba saja seorang gadis melintas di hadapan keretanya. Dia pantas keluar dan menghampiri tubuh gadis yang yang dilanggarnya yang sudahpun terbaring di jalan.
“Ya ALLAH! AISYAH!”
Amir segera memangku Aisyah. Dahi gadis itu dikucup. Air matanya jatuh menitis ke pipi Aisyah. Darah merah pekat mengalir dari mulut Aisyah.
Amir meraba poket, mencari telefon bimbit ingin mendail ambulans. Tetapi tiada.
“Tolong kami…Tolong telefon ambulans.” Amir menjerit pada orang yang keluar dari kenderaan yang berhenti.
“Amir…”
“Aisyah, jangan tinggalkan Amir ya..Sabar bantuan akan datang. Maafkan Abang…maafkan abang…”
Aisyah menyebut nama Amir lagi. Tangan Amir digenggam erat.
Aisyah memejamkan mata, terkumat kamit bibirnya mengucap nama Allah. Dia terlalu penat, dia ingin jauh dari semua penderitaan ini.
Perlahan-lahan wajah Amir mulai hilang dari pandangan matanya dan semuanya gelap.
“Aisyah…” Amir memanggil Aisyah namun tiada jawapan.
“Aisyah!!”
Amir melepaskan kesedihannya sebaik sahaja mendapati Aisyah, gadis kesayangannya itu sudah tidak bernyawa lagi. Amir terus menangis sambil tubuh kaku Aisyah dirangkul erat. Suara orang ramai yang mengelilinginya tidak diendahkan. Aisyah kini sudah tiada.

-TAMAT-