Thursday 24 April 2014

can't draw, can't sing so i write~: KERJA TUHAN

can't draw, can't sing so i write~: KERJA TUHAN: Catatan 1   “ Kau tak percaya pada aku? ” “Bukan tak percaya tapi kurang yakin yang kau mampu!” “Kau mencabar aku nampa...

KERJA TUHAN

Catatan 1
 
Kau tak percaya pada aku?
“Bukan tak percaya tapi kurang yakin yang kau mampu!”
“Kau mencabar aku nampaknya ni!”
“Dah namanya pun kita tengah main truth or dare… Kalau kau tak berani sahut cabaran aku, nampak gayanya terpaksalah kau melompat katak dari sini sampai ke depan kelas 5 Sains 1 tu. Amacam kawan ada berani ke?”
“Alah, setakat cakap I love you, takkan itupun tak boleh Adrian?”
Terdengar perbualan antara Adrian dan rakan-rakannya membuat aku tersenyum sendiri. Membayangkan kalau si tinggi lampai itu melompat katak, katak oh katak!
Buku teks Sejarah kuturunkan dari wajahku. Kus semangat! Rasa nak melayang jantung! Wajah Adrian tepat didepanku, matanya tepat memandangku langsung tak berkelip.
Bila masanya pula dia ni terpacak depan aku? Duduk tengok aku macam nampak alien apa hal? Buang tabiat agaknya, teringin sangat nak memenuhkan Tanjung Rambutan agaknya!
“Kau nak apa Adrian? Nak penampo?”
Senyum pula, sahih nak masuk Tanjung ni!
I love you, Amir!”
Perlahan suaranya menutur tiga lafaz itu, siap dengan kenyitan mata. Membuat aku tergamam.
Telinga aku salah dengar ke? Ledakan ketawa Adrian dan teman-temannya bagai bom jangka meledakkan perasaan yang tersentak oleh pengakuan mengejut Adrian.
Cis, termalu aku! Rupa-rupanya dia hanya mengenakan aku! Berani si lonjong tu cari pasal dengan aku. Ini Amir, salah orang lah cari pasal!
“Oi, Adrian!”
Adrian berpaling memandangku. Dia sengaja menggigit jari, menunjuk reaksi takut.
“Alamak, Cik Amira mengamuklah Adrian!”
Ketawa mereka yang memenuhi suasana kelas membuat darah aku semakin mendidih.
Tertanya mengapa aku sering menjadi bahan senda gurau mereka, Hati mana boleh sabar kalau berterusan setiap hari begini. Ingat aku tak ada perasaan, hati perut ke?
Terutamanya budak lonjong bernama Adrian ini, ada-ada sahaja yang tidak kena di matanya. Sakitkah dia melihat aku?
“Kenapa Cik Amira, salahkah abang Adrian kalau suka dan cintakan cik Amira? Tak salah rasanya kalau abang Adrian jatuh cinta pada seorang perempuan yang tak nak mengaku dirinya berjantina perempuan macam cik Amira ni kan? Salahkah, kawan-kawan?”
Kenapa? Kenapa kau suka sakitkan hati aku Adrian? Dulu kau malukan aku dihadapan satu sekolah, agaknya jiwa kau tu tak puas kalau tak dapat nak malukan aku semalu-malunya?
Penumbuk kugempal, Adrian yang tersenyum puas hati ku hampiri. Sekuat hatiku, sepenuh tenaga, penumbuk kulayangkan tepat ke pipinya. Dia terpaling ke tepi, sebelum memandang aku dengan mata yang membulat terkejut dengan tindakanku.
“Sakit ke kau kalau tengok aku? Pernahkah aku minta kau orang susahkan diri untuk ambil kisah hal aku, hidup mati aku ha?”
Semua terdiam, macam baru nampak hantu lagaknya. Padan muka! Ingat selama ini aku diamkan diri bila dipersendakan, dimalukan dan dihina, aku tak pandai melawan. Silap orang lah, ini Amir, Amira Johari.
Aku tersenyum menyindir mereka. Aku berpaling ingin keluar dari kelas malas mahu berdepan dengan manusia-manusia dalam kelas ini.
“Memang aku sakit, sakit melihat perempuan yang tak kenal diri sendiri macam engkau! Huh, Amir konon… sedar-sedarlah diri sikit cik adik oi, awak tu perempuan, berbinti bukan berbin!”
Aku malas mahu melayan lagi, lantaklah biarkan mulut itu.
“Hei perempuan! Emak kau tak pernah bagitahu ke kau tu memang perempuan atau kau nak aku beritahu kau yang kau tu seorang perempuan? Ha, Amira binti Johari?”
Paling pantang aku kalau orang menyebut tentang emak ku! Marah yang mulai reda kembali mendidih.
Aku berpaling memandang pemilik mulut tak berinsurans yang kian hampir dengan aku. Benci benar aku dengan lelaki ini.
Rakan-rakan yang lain yang ada dalam kelas semuanya sudah berdiri memerhatikan kami. Kaget dengan suasana tegang ini. Cuma ada beberapa orang sahaja, sebab majoriti ada di makmal Komputer, Cuma kami yang tinggal beberapa kerat ini sahaja yang tidak mengambil subjek Teknologi Maklumat.
Dia berdiri tepat-tepat menghadapku. Cuma satu langkah kaki sahaja memisahkan kami berdua. Dadaku berombak menahan marah, bertambah bengang melihat wajah selamba Adrian.
“Kau marah aku ingatkan asal-usul kau? Hei mak kau tak pernah ajar kau ke perempuan? Yang bahawasanya kau tu…”
Tanganku pantas naik ingin membelasah muka kacak dihadapanku ini, namun tanganku disilangnya, sempat dia sambar. Sebelah lagi kunaikkan juga ditangkapnya. Aku meronta, ingin lepas dari cengkaman tangannya. Aku cuba menendangnya tapi dia lebih pantas mengilas tanganku ke belakang. Sebelah kakinya mengunci pergerakan kakiku.
Pergerakan aku terkunci, mati dalam pelukannya. Sekuat tenaga yang ada aku meronta. Kawan-kawan yang lain sudah mendekat, meminta Adrian bertenang dan melepaskan aku. Tapi Adrian masih keras membatu. Dan aku rasa bagai nak tercekik dengan tangannya kakinya mengunci pergerakanku.
“Celaka kau Adrian! Lepaskan aku, lelaki tak guna! Kau nak buat apa dengan aku ha? Lepaslah!”
Sakit telinga ku mendengar dia ketawa. Nafasku kian kalut, jantung berdebar kencang, tak pernah aku serapat ini dengan mana-mana lelaki, walhal ayah ku sendiri.
“Kau takut ke Amira? Opss, sorry Amir.”
Terasa hembusan nafas bisikannya di telingaku.
“Celaka kau! Lepaskan aku, apa salah aku pada kau?”
“Salah kau bukan pada aku tapi pada diri kau, pada mak bapak yang membesar dan melahirkan kau sebagai seorang perempuan, bukannya seorang lelaki Amira.”
“Kau jangan kaitkan mak bapak aku, Adrian. Suka hatilah aku nak jadi apa, bukan aku susahkan kau pun.”
“Sedarlah Amira. Berhenti berlagak macam kau ni seorang lelaki. Merempit ke sana sini bergaya macam lelaki. Berhentilah Amira. Sudah fitrah kau memang seorang perempuan.”
“Lepaskan aku. Suka hati aku nak jadi apa, nak buat apa. Buat apa kau kisah? Kau tu siapa nak tegur aku?”
Sekuat hati aku menjerit, geram tak dapat melawan kudrat Adrian. Jelas masing-masing bagai patung terkunci tergamam tak mampu melakukan apa-apa. Saat ini wajah Jeremy terbayang diingatanku, kalaulah dia ada. Setidaknya dia tidaklah pengecut macam yang ada ini.
“Berhentilah daripada terus menipu diri sendiri Amira. Lihat aku Cuma mengunci pergerakan kau begini, kau tidak kuat untuk melawan. Terbukti kau masih seorang perempuan, insan lemah yang perlu perlindungan seorang lelaki. Allah swt menjadikan sesuatu itu bersebab sayangku. Allah telah jadikan kau dengan semulajadinya wanita yang sempurna, mengapa harus kau nafikan pemberian Tuhan untuk mu ini? Sedarlah…”
Dia berbisik lembut tapi cukup membuat teriakanku terhenti. Membuat aku tergamam, terdiam dengan kata-katanya.
Tidak pernah, selama umur hidupku ditegur begini. Ayah tak pernah ambil kisah. Ibu? Tidak kutahu ke mana dia menghilang. Kerana dia, aku membenci perempuan dan kerana dia aku begitu benci menjadi seorang perempuan.
“Hei, kenapa kecoh sangat ni?”
Suara Cikgu Aminah, bagai halilintar mengejutkan kelas. Serentak itu, Adrian melepaskan aku pergi.
“Amira kenapa terjerit-jerit macam orang gila? Awak ingat ini hutan atau zoo untuk awak memekik melolong macam tu? Adrian awak sebagai ketua pelajar pun takkan tak boleh nak handle kelas sendiri?”
Aku pantas berlari keluar dari kelas. Benci aku melihat wajah Puan Aminah dan Adrian. Begitu juga dengan teman-temannya yang langsung tak berkutik untuk menolongku tadi. Hanya mampu melihat sahaja. Apa salah aku pada mereka?
Aku menarik nafas. Penat berlari aku berhenti. Menyandar pada batang pohon kemboja. Kata-kata Adrian dan Cikgu Aminah menyerbu ingatanku. Pedih menusuk-nusuk jiwa.