Thursday 19 July 2012

cintaakudiakami: K.A.M.I.

cintaakudiakami: K.A.M.I.: Sahabat, Kawan, Rakan...apa beza antara semua ini... It has been long time since my last day of SPM...(huhuhu tetibe mood teringat kawan2 ...

K.A.M.I.

Sahabat, Kawan, Rakan...apa beza antara semua ini...

It has been long time since my last day of SPM...(huhuhu tetibe mood teringat kawan2 sekolah)
Our last gathering is on December 2010...sadly itupun tak semua dapat datang...seronok tengok kawan walaupun dalam gambar huhuhuhuhu...

wish our ship last forever my dear Hafiz, Ju and Adib...hehehehehe

its take two for everything...all i need is u guys

Kisah hidup kita masih panjang tak terjangkau akal maka biarkan sahaja yer dak??hehehe

Ju and me...

Miss u already...

Kengkawan sentiasa di hati~



kita berjumpa, berselisih, dan berbaik...itu yg buat kita selamba

Wednesday 18 July 2012

BIAR MIMPI SAMPAI BINTANG


Aku bukan seorang Puteri, aku hanya anak gadis kebanyakan yang tinggalnya di kampung. Aku bukan puteri, aku Cuma orang biasa. Walau bukan puteri, tidak bermakna seseorang itu tidak boleh punya angan dan impian, bukan begitu?
Seperti gadis seusiaku, aku juga punya impian, cita- cita dan angan angan.
Salah kah andai kita bermimpi sampai ke bintang?
Bagiku biar kita mimpi sampai ke bintang…kerna lebih gigih seseorang itu berusaha bila mimpi dan impiannya itu setinggi melebihi galah yang tak akan mungkin mampu digapai.
Bukankah memang sepatutnya mimpi itu biarlah setinggi langit, menjangkau awan?
Aku mahu disayangi, diterima seadanya oleh insan di sekelilingku..tidakku pinta banyak…hanya ku mahu senyuman tetap hadir walau hidup tidak seindah mana.
Biar pun ku mimpi sampai ke bintang tidak lah pula ku mahu jatuh seperti Mat Jenin, akibat khusyuk melayan mimpi. Berangan dan berangan dan berangan alpa diri sedang memanjat nyiur sebatang tinggi ke langit akhirnya jatuh ke bumi.
Aku mahu bermimpi sampai ke bintang tapi masih berteraskan bumi, masih mampu menghidu aroma tanah, agar aku tidak lupa ia hanya akan terus ada dalam mimpi andai tidak ku gembleng tenaga gerakkan kaki juga tangan berusaha agar mimpi tidak terus jadi mimpi, biar ia bertukar jadi realiti.
Semua Realiti itu asalnya lahir dari kotak impian yang kita rancang di minda, didahulukan dengan usaha. Nah, akhirnya ia berbunga, dan berbuah dan berhasil…
Jadi tidak salah andai ku bermimpi bukan. Janji aku tahu dan berusaha menjadikannya sebuah realiti, bukan hanya fantasi mainan tidurku semata.
Dan mimpi ku pula bukanlah aku mahu harta melangit jatuh turun ke riba, mengangkat aku menjadi jutawan segera. Tidak pula aku impi anak raja datang berkuda putih mengalungkan aku mutiara mengangkat aku menjadi permaisuri buat kerajaannya. Tidak pula dan tak pernah terlintas aku mahu diangkat sebagai penakluk dunia.
Impian bagiku adalah aku mampu hidup bahagia. Bahagia bagiku bila aku mampu tersenyum mensyukuri setiap nikmat dan rahmat kurniaan ILAHI…Jika ada kesusahan, aku mapu menempuhnya dengan penuh kesabaran..kerna:
-Rezeki itu dari ALLAH
-Dugaan itu ujian ALLAH buat hambaNYA
*kerna dia sayangkan kita kerna itu kita diuji…agar kita jadi lebih tabah, sabar dalam menempuh hidup ini sebagai seorang Islam
            Aku juga bermimpi mahu hidup tidak terlalu senang dan tidak terlalu susah, walau tidak kaya, tapi tidak juga aku hidup merempat di tengah jalan. Aku mahu hidup yang sederhana, dan aku mampu lihat ibuku tersenyum, ayahku tersenyum begitu juga keluargaku, kami mampu tersenyum tidak lagi merungut kekurangan di sana di sini.
            Anganku aku mahu bakal ayah kepada anak anak ku mampu menerimaku keluargaku seadanya, kekurangan dan kelebihanku diterima. Moga dia mampu membimbing ke jalan yang diredhai ALLAH..Agar dapat sama sama kami menikmati syurga di akhirat kelak, agar aku mampu menjadi ketua bidadarinya di sana kelak…
            Aku mahu satu hari di mana aku mampu mebuat emak dan ayah senyum denganku, aku mampu member mereka kebahagiaan…
Walau aku bukan puteri, aku juga mahu bermimpi…Aku berharap mimpi ini akan jadi kenyataan Ya ALLAH…moga mimpiku ini dapat menjadi reality…dan dapat berdiri sama tinggi dengan kerdipan sinanya bintang. INSYA ALLAH