Tuesday 31 March 2015

Dia, Abang Terbang Ku!!!


Karutan ke-3

“Manja, dah lunch?”
Arghhh benci betul si Danial ni. Kalau satu hari muka dia tak muncul di kedai kasut ni tak boleh ke? Sudah tu suka sangat panggil aku Manja, suka-suka hati dia sahaja.
Sehari sebelum bunga, Kemudian Teddy bear bapak beruang, Kelmarin bunga lagi, semalam coklat. Pemberian yang langsung tak boleh ku tolak. Diberi tanpa diminta dan diterima tanpa rela. Hari ini lunch pula. Aduh gila aku nak melawan godaan si mata coklat kehijauan ini.
Aku pura-pura tak dengar soalannya dan pantas melayan customer yang masuk. Customer keluar dan dia masih di sudut tadi. Berdiri dengan tangannya di dalam poket dan matanya memerhatikan aku. Aku menarik nafas, menggenggam jari jemari yang serasa seram sejuk.
Setiap kali dia memandangku, aku rasa serba tidak kena. Pandangannya bukan pandangan yang biasa, seolah menyimpan sesuatu yang tersembunyi.
Dia tenang sahaja tapi aku dah macam tsunami dalam diri ni. Badanpun rasa seram sejuk, macam tak rasa kulit yang melekat kat tulang ni.
Matanya tenang memerhatikan aku berjalan menghampirinya, dan aku pula bagai tak terasa kaki yang melangkah. Kenapa aku harus begini setiap kali berhadapan dengan Danial. Walhal dengan lelaki lain aku tak pernah rasa begini. Baru seminggu berhadapan dengannya tapi aku dah begini, aduiii.
“Miss Kate tak ada. Dia keluar pergi bank.” Aku memulakan bicara.
Aku berhenti di kaunter, dan dia berjalan menghampiri.
I know she’s not here. Saya datang nak ajak Manja lunch. Teman saya makan jom.”
Ini kali kedua dia tanya, takkan aku nak buat-buat tak dengar lagi sekali. Aduiii!
“Maaf, encik Danial. Tak dapat lah nak temankan, tak ada orang jaga kedai.”
Danial mengukirkan senyum Tom Welling membuatkan perut aku seram sejuk semacam. Paling pantang hati ni kalau dia senyum macam tu pada aku.
“Assalammualaikum sayangku.”
Dia mengenyitkan mata padaku sambil handphone dilekapkan ke telinga. Huh, meluat betul. Romeo.
“Sayang you tak kisah kan kalau I bawa lari Manja untuk hari ni ya?”
Terdengar nyaring suara di handphone. Suara Miss Kate.
Apa maksud dia bawa lari? Suka-suka hati sahaja, ingat aku ni apa? Kali ni aku lihat Danial menjarakkan diri sedikit dariku. Tapi macam lah aku tak boleh dengar.
“Abang Cuma nak luangkan masa dengan tunang abang. Nak kenal dia lebih rapat. Salah ke?”
Tunang? Siapa yang dia maksudkan tu agaknya? Kali ini dia perasan aku memerhatikannya dan dia semakin menjauhkan diri. Siap keluar dari kedai lagi. Amboi! Ingat aku nak curi dengar sangat ke, sorry!
Setengah jam kemudian, pintu kedai terbuka. Ah, dia ni lagi. Aku ingat dah balik. Matanya memandangku, aku buat tak perasan. Dia kelihatan resah menanti aku melayan customer dan aku perasan dia memegang handphone yang kebetulan sedang aku charge di kaunter.
Dia menekan-nekan handphoneku. Aku memandangnya tajam buat ek sahaja si tua ni masih selamba memegang handphoneku. Sebaik sahaja customer keluar, aku berlari ke kaunter, cuba merampas handphone dari tangannya.
Tangannya ditinggikan, aku menjingkit makin tinggi pula tangannya. Ee geram betullah dengan si Tua ni. Umur dah 28 tapi perangai macam budak-budak. Cukup tua bagi aku dan tak sepatutnya orang tua macam dia ni nak main jengkit jengkot dengan budak umur baru cukup macam aku ni.
Handphone aku tiba-tiba berbunyi dan dia menjawabnya. Panggilan telefon dari kawan sekelasku, kawan sejiwa, sekampung aku, si Amri.
“Oh, Amri. Maaf tunang saya tak nak cakap dengan awak.”
Sepantas itu juga handphone dia lepaskan dari tangannya dan mujur sempat aku sambut. Aku menjerit sekuat hatiku, geram dengan si tua ni. Tak peduli pada matanya yang tajam melihatku, marah sudah menguasai diri. Apa peduli pada matanya yang panah berapi menusuk jantung.
“Awak siapa suka-suka hati nak buat macam ni! Nama sahaja dah tua tapi perangai budak-budak!”
“Saya tak suka Manja gunakan nada begitu ketika cakap dengan saya. Saya belum pekak dan saya seperti mana yang Manja kata sudah tua dan saya orang tua yang patut Manja hormati dan tuturkan kata dengan nada yang sesuai untuk menghormati usia saya, Manjaku.”
“Berhenti panggil saya dengan nama itu.”
“Apa salah nama Manja, melambangkan kemanisan dan kelincahan diri pemilik nama itu. Saya suka nama itu. Atau Manja lebih suka saya panggil Manja dengan nama Auliya. Auliya means kekasih, and I won’t mind calling you either Manja or Auliya. Saya suka keduanya, Manja Kekasih ku. Auliya…”
Sudah rasa nak semput mendengar kata-katanya yang begitu indah di telingaku, matanya yang lembut memandangku. Sudah, hentikan ini semua.
“Awak tak layak untuk gunakan nama itu atau apa sahaja nama. Awak bukan siapa-siapa pada saya dan tak akan jadi apa-apa antara kita. Jadinya awak boleh pakai taktik romeo awak tu dan pergi cari perempuan yang rela dengar benda mengarut ni semua.”
“Allah swt sahaja tahu betapa kata-kata Manja itu salah.”
Sudah gunakan nama Allah swt pula. Benci aku dia ni, romeo. Entah berapa ramai perempuan dah terkulai layu dengan ayat power dia tapi bukan aku. Sorry! Aku mengangkat tangan malas nak layan. Handphone aku masukkan ke dalam poket.
Aku gapai tangan nak ambil pen, dia capai dulu pen itu dan selitkan ke poket baju kemejanya. Aku capai pen lain, sekali lagi dia ambil selit ke poket kemeja. Aku secepat kilat ambil markerpen tapi tangan dia lebih laju dan selit juga ke dalam poket. Aku gapai tangan ambil pensel, tangan dia lagi laju sudah digenggaman.
Penuh poket kemeja Polonya dengan alat tulis. Dah macam bekas pensel, lengkap semua ada pen, pensel, pemadam, markerpen, pembaris, gunting dan lain-lain. Gila, mulut aku mengejinya perlahan. Dia senyum sinis mendengar ‘pujianku’.
Aku lihat keliling kaunter tapi dah tak ada apa-apa alat tulis nak guna nak tulis rekod wang masuk untuk hari ini. Tak apa nanti sahaja aku catat bila si tua ni balik. Aku tekan mouse pc, dia boleh dengan selamba hati kering buat-buat terpijak suis PC.
Nafasku tarik, cuba tenangkan diri. Tapi mulutku terlepas memanggil dia mental dan dia menaikkan keningnya sebelah.
“Mana tahu?”
Aku buat muka pelik, tahu apa pula ni?
“Yang saya ini mental.”
Parah si tua ni, sudah lah buat lawak sendiri, lepas tu gelak sendiri. Kasihan.
Kereta Miss Kate! Huh, lega Miss Kate sudah balik. Tak perlu aku nak tengok dan terpaksa melayan karenah Danial. Muka sahaja mendebarkan jiwa tapi perangai menyakitkan segala-galanya.
“Lah, ada lagi sini awak Auliya. Saya ingat Abang Danial dah beritahu awak kedai tutup awal hari ini.”
Aku melihat wajah Miss Kate.
Biar betul kenapa pula nak tutup awal?
Tapi tak apa seronok juga dapat balik awal, tidur. Tak pun ajak Amri keluar melepak. Hehe. Mesti Amri hairan pasal call tadi tak mengapa nanti aku terangkan salah faham tu.
“Dia tak ada cakap pun.”
“Dah dia tak nak dengar kita cakap, tak nak tengok kita, macam mana nak beritahu.”
Wajah Danial aku pandang tajam dan dia pura-pura menyusun semula semua alat tulis yang dia rampas dari aku tadi. Satu-satu dia letakkan kembali ke atas meja. Mata aku melirik melihat susunan itu seakan membentuk namaku, M-A-N-J-A.
Perasaan halus yang aneh menyusup dalam hati melihat alat tulis yang disusunnya membentuk nama ku. Ah, Danial si tua ini selalu bikin hati aku menari rentak yang aneh dan tak kufahami.
Adakala ia membenci lelaki ini, ada kala ia meluat, ada kala ia suka dan ada masa ia merindu. Oh hati.
“Kenapa tutup awal Miss Kate?”
Thanks to someone… kita untung besar hari ini. Terlalu besar sampai kita boleh wrap early today. Just hoping that someone will remember he owe me a lot today.
Tak faham langsung apa yang Miss Kate beritahu ini. Dan aku lihat danial senyum. Urm macam ada sesuatu sahaja.
Geram dengan motor kesayangan abang Mat ini, tayarnya yang kempis kecut kutendang, kemudian mengaduh pula terasa sakit. Pergi tendang tayar motor tu buat apa, padan muka sendiri sakit.
Huh, tak guna pun kedai tutup awal kalau tayar motor pancit. Aku membelek tayar motor, lah bila masa pula aku terlanggar paku bapak gajah ini. Pagi tadi rasanya masa park dan kunci motor tak perasan pula. Aduh, macam mana nak balik rumah?
Terkejut aku mengurut dada bila terdengar bunyi hon. Ni Mitsubishi storm kuning mana pula berhenti belakang aku, siap hon-hon bagai. Cermin tingkap diturunkan. Cermin mata hitam menghiasi wajahnya yang memandangku. Senyumnya membuat aku sedikit resah.
Dia berkata sesuatu tetapi aku tak dengar, bunyi enjin Storm dan bunyi motor lalu mengganggu pendengaranku. Malas nak layan aku seluk handphone dari poket dan mendail nombor abang mat. Hampas kelapa betullah!
Suara wanita menyambut penggilanku. Maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Telefon Amri tak berangkat pula.
“Tayar motor Manja pancit ni.”
Terlepas handphone dari tanganku dan pantas sahaja dia sambut sebelum jatuh ke jalan. Selamba sahaja dia sambut pakai kaki, melambungnya dan disambut dengan tangan. Kus semangat dia ni kalau tak terkejutkan aku sehari tak boleh ke?
“Sorry, manja.”
Tangan aku pantas sahaja mengambil kembali handphone yang dia hulurkan.
“Lain kali boleh tak tolong beri salam dulu ke apa ke? Nasib baik saya tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama innalillah.”
Dia senyum macam tak senyum sahaja. Tangannya memegang EX5 abang Mat. Rimas betul tengok cermin mata hitam dia ni. Rasa tak tenteram diri direnung dari sebalik kaca mata bapak reben dia tu. Huh!
“Jom, saya hantar Manja balik rumah. Takkan nak tercacak bawah matahari terik ni sampai besok pagi? Tak adanya tayar awak tu nak kembung balik.”
“Tak apalah Encik Danial. Saya tunggu orang datang ambil.”
“Orang apa? Orang Utan?”
Aku menjeling si tua ni. Geram. Penyibuk sahaja. Tak pedulikan dia, aku dail lagi nombor Amri, abang mat atau siapa sahaja yang terlintas. Apa semua orang campak handphone dalam laut ke? Dah tak ada tangan atau jari putus semua sampai tak boleh nak tekan punat answer call ke?
Peluh terasa di belakang baju, aduh panas betul hari ni! Betul-betullah kejadian hari ini.
“Dari tadi saya tengok awak dok tekan-tekan handphone tu, agaknya kalau dia bernyawa dah lama dia menjerit meraung awak dok picit-picit dia. Masuk lah kereta saya jom. For your information, manjaku saya Aufa Danial tak makan orang, saya tak ada rekod polis, saya tak pernah pukul orang tanpa sebab, saya bukan perompak, pencuri, penjenayah, perogol atau pembunuh bersiri. Saya jamin awak akan selamat sampai ke rumah awak lengkap mata, hidung, mulut, telinga, kepala, rambut, tangan, kaki badan dan lain-lainnya tanpa ada kurang atau berlebih, still perfect as ever. ”
Aku pandang dia, masih lagi ragu-ragu. Lebih seram dengan hati ini sebenarnya yang selalu tidak tenteram setiap kali berdua dengan si mata coklat hijau ini.
“Manja ku, abang cuma nak hantar manja balik bukan nak bawa manja pergi goncang tangan tok kadi. Buat apa lah fikir sampai berlipat-lipat dahi.”
Oh my God! Dia bahasakan diri dia abang? Ini buat lagi seram. Okay, dia bukannya nak paksa kau kahwin pun Manja, dia Cuma nak hantar kau balik, balik rumah kau bukan rumah tok kadi. So chill!
“Tapi takkan saya nak tinggalkan motor saya kat sini?”
Just get in the car, panas terik kat luar ni. Bak sini kunci.”
Dia bukakan pintu kereta dan aku masuk. Aku lihat dia menelefon seseorang dalam lima minit selepas itu aku lihat dia masuk ke dalam kedai. Tak lama dia keluar semula dan masuk ke dalam kereta. Dia memandang tepat ke mata aku dan aku lihat wajahku di kaca mata hitamnya. Dia mendekati aku dan aku menjauhkan tubuh, apa kena dia ni?
 Tangannya pantas diangkat. Dia sengih melihat reaksiku. Jarinya menunjuk seatbelt dan mulutnya mengumam ‘pakai’ dan pantas aku kenakan.
“Kunci pada Katerina. Nanti mekanik datang baiki motor manja. Tak petang ini esok siap lah.”
Huh, biar benar bukannya cedera parahpun ex5 tu nak sampai esok baru siap. Tayar pancit saja pun.
Aku beritahu dia alamat rumah ku dan dia hanya mengangguk. Tahu ke mamat ni?
“Abang tahu. Abang orang Manjung kot.”
Hissy, tak suka betul bila dia bahasakan dirinya abang, rasa pelik betul. Rasa macam lain sahaja di telinga ini. Bukankah panggilan abang itu biasanya untuk yang istimewa selain digunakan untuk orang yang lebih tua atau keluarga? Dia bukan keluargaku, istimewa lagilah bukan, tua tu mungkin.
Ha, ambil sebab yang akhir tu. Dia memang tua, tua dari aku, Sembilan tahun beza jarak usia aku dan dia.
“Eh ini bukan jalan masuk kampung saya lah Encik Danial.”
“Abang kebulur dah ni. Kita makan dulu ya manja. Sanggup awak tengok Abang mati kebulur, nanti siapa pula nak hantar manja balik kan. ”
Bukan boleh bantahpun, kereta dia dah pun gerak jalan ke Lumut. Suka-suka hati sahaja. Macam tak ada kedai makan di manjung sampai nak ke Teluk Batik makan.
I would do anything for love, anything you've been dreaming of, but I just won’t do that...” Danial mengikut nyanyi lagu hits dendangan Meatloaf yang sedang dimainkan di radio.
Dia melirik memandangku penuh makna seolahnya lagu ini dia nyanyikan untuk aku.
Huhu perasan lagi.
Jiwang betul abang miss Kate ni. Sudahlah suka dengar lagu-lagu cinta macam ni, bagi hadiah pada aku semuanya hadiah top ten yang selalu perempuan nak.  Aduh kalau bercakap tak sah kalau tak pandang mata. Rasa nak rentung hati aku dibuatnya. Bila dia senyum lagilah rasa nak meletup hatiku. Nasib baik jarang senyum.
“Dah habis makan kan? Tak kebulur kan? Sekarang boleh tak awak hantar saya balik?”
“Lupa pula nak kena pergi bank kejap. Bank-in duit, Manja tak kisah kan kita balik lepas tu? Urgent ni abang tak boleh tangguh. Supposedly before noon but I forget. Boleh ya Manja?”
Aku berfikir, dahi jadi berkerut-kerut geram.
“Manjaku?”
Akhirnya aku setuju, dan dia janji akan menghantar aku pulang selepas itu. Urm kalau tak juga aku balik jalan kaki pun sanggup. Biarlah kematu tapak kaki pun tak apa.
“Manja just stay in the car. I won’t be too long.”
Seminit dua minit sepuluh minit aku melayan lagu sambil menahan mata yang mengantuk. Sudah berapa kali aku menguap. Akhirnya aku terlelap.
Urm sedap betul bantal yang jadi alas kepala aku ni. Eh kejap! Bantal? Alas kepala? Bukan tadi aku dalam Storm Danial ke? Ops, apa yang berlaku ini?
Mata aku buka, dan sepasang mata redup coklat kehijauan memandangku penuh perhatian dan bibirnya senyum. Pantas aku tersedar bagai disentak dengan arus elektrik bervoltan tinggi. Rupanya yang kusangka bantal alas kepala yang empuk dan selesa itu adalah bahu si jiwang ini. Dan aku, aku tertidur di bahunya, siap lentok-lentok segala.
Kepalaku terlanggar dagunya. Dia mengaduh, dan hilang kawalan memandu. Mujur tak ada kereta lain. Kalau tak mahu percuma masuk hospital. Aneh dia hanya ketawa.
Aduh malunya. You’ve been found guilty by sleeping at his shoulder, on this man’s shoulder that you’ve despised. Aufa Danial’s shoulder.
Mata aku meliar mencari kesan kesan yang tak sepatutnya di kemeja Danial.
“Tak sempat nak ada kesan pun manjaku. No worries, kalau adapun abang tak kisah. Dengan manja apapun boleh. Nak kena kahwin paksa pun abang sanggup.”
Eh eh dia ni, melebih pula! Aku beri dia jelingan maut plus muka meluat. Sebelum mata aku alihkan ke luar.
“Apasal jalan ikut sini, kan jauh.”
Dia kelihatan meregangkan sedikit tangannya, aku memang suka tengok cara dia memandu. Tenang dan rasa selamat. Nampak yakin dengan apa yang dia lakukan. Tahu apa yang dia mahukan. Nampak cool dan urm seksi, hahaha gatal lah kau ni Manja!
“Tadi kan cik manja tidur, abang tak sampai hati nak kejut.”
Terdiam. Malunya. Lama sangat ke aku tertidur kat bahu dia tadi? Boleh dia tahan berat kepala aku sambil memandu. Mesti lenguh tangan.
“Sekejap saja ni. Nanti sampai lah. Bukannya rumah manja tu keluar dari Manjung pun. Tok sah duk risaulah. Ni… Manja result Spm bila keluar?”
“Awal bulan March, kenapa tanya?”
“Tak lama lagi dah. Nanti nak sambung belajar kat mana? Minat apa?”
Dia tanya aku pasal masa depan la pula. Dah nampak macam cikgu displin pula Danial ni. Tapi senang mendengarnya begini dan menjawab soalannya. Aku terasa diberi perhatian dan dipeduli.
“Tak ada target tapi kalau boleh semenanjung sahaja.  Saya minat bahagian penulisan, tapi Tok Aki tak setuju. Katanya sesiapa saja boleh jadi penulis, tidak perlu beria sampai nak belajar hingga ke universiti. Dia suruh ambil pengurusan. Senang katanya, tak tahu kenapa. Kenapa tanya? Nak sponsor saya belajar ke, baguslah tak perlu buat pinjaman.” Aku tergelak sengaja mengusiknya.
“Okay. Nanti kalau manja dapat mana-mana, beritahu abang. I will give you full loan, tak perlu bayar balik.”
Wajahnya kupandang tak percaya. Tapi wajahnya serius, tak nampak macam bergurau pun. Secalit senyum pun tak nampak.
“Saya gurau saja lah Encik Danial.”
“Tapi abang serius, nanti manja cakap sahaja berapa manja nak. If your interest is on writing, go on. Buat tak peduli saja Tok Aki tu. Cakap kat mana saja manja nak belajar, abang akan cuba tolong selagi abang mampu. InsyaAllah. Tok Aki mesti lembut hati lama-lama. Manja kan cucu kesayangan dia. Jangan ikutkan kehendak orang, ikut minat kita. Baru ada feel nak belajar, baru ikhlas saja perbuatan dan lapang dada nak terima ilmu.”
“Gaya encik Danial bercakap macam kenal saja Tok Aki saya.”
Dia diam.
“Hati abang kuat mengatakan dan yakin. Dahulu arwah grandpa abang pun tak sokong abang, tapi lama-lama dia faham dan dapat terima apa yang abang buat. Begitu jua hati Tok Aki manja, nanti lama-lama dia akan dapat terima juga. Lagipun tak guna juga Manja ambil pengurusan kalau tak minat. Tak boleh masuk otak. Ingat manja, you can always tell me, insyaAllah selagi terdaya abang akan tolong.”
Kata-katanya tidak aku balas. Kenal baru seminggu, tak sampai sebulan tapi dah bermacam-macam kebaikan dia cuba nak taburkan padaku buat aku takut. Aku tidak suka termakan budi. Biarlah aku susah sendiri.
Sampai sahaja di rumah, Tok Aki dan emak sedang menyembang di pangkin di bawah pokok rambutan. Dari jauh aku lihat bibir Tok Aki ingin berkata sesuatu tetapi terhenti. Aku menoleh belakang, melihat jari Danial di bibir. Kemudian dia mengusap pula muka.
Apa kena mamat ni tiba-tiba nak urut muka pula depan Tok Aki ni? Aisyyhh macam-macam ragam.
Malas nak fikir bukan-bukan, aku perkenalkan Danial kepada emak dan Tok Aki.
Dasyat betul layanan Tok Aki dan emak untuk si jiwang tua ini. Macam layan anak menantu sahaja lagaknya. Anak menantu? Huh, minta simpang jauh-jauh!
Danial tumpang solat zohor dan Tok Aki melarangnya balik siap minta ditemankan ke kebun. Dan dia menerima tanpa sebarang bantahan. Tak apalah mungkin dia memang berminat nak tahu. Biarlah. Selepas mengucapkan terima kasih dan melihat dia dan Tok Aki membonceng kapcai ke kebun aku naik ke bilik mandi dan tidur.
Petang Amri datang kejap, datang hantar kad tambah nilai handphone yang ku kirim. Sempat Amri tanyakan mengenai panggilan telefon tengahari tadi. Aku ceritakan hal yang sebenar. Amri bantai ketawakan aku, tak sangka ada orang nak kat aku katanya. Bertuah punya kawan.
Selepas asar aku lihat dia masih di sini, siap berkelah di pangkin. Emak siap gorengkan mee dan buat cucur udang buat minum petang. Sampai ke maghrib Danial bertapa di rumah kami. Dia hanya balik selepas solat berjemaah maghrib dengan kami. Itupun emak dan Tok Aki tak kasi balik, suruh tidur saja sini tapi Danial menolak dengan alasan:
“Tak apalah Tok Aki, mak cik lain kali saja lah. Lagipun dah janji dengan Ibu saya malam ini. Manjapun bukan suka saya lama-lama kat sini.”
Sudah aku pula disalahkan. Siap berlain kali pula. Dah macam bakal menantu pula gayanya. Amboiiiii!
Dia menyandarkan badannya yang tinggi lampai ke Storm dan memandang aku. Matanya di aras ketinggian enam kaki memandang tepat aku yang cuma tinggi lima kaki  yang entah berapa inci ini. Mak oi macam galah dia ni. Aku menyelak ke tepi rambut yang tiba-tiba diusik angin malam. Dan dia memerhatikan aku, tenang sahaja. Bibirnya kelihatan mengumam sesuatu yang tak jelas ditelinga.
“Terima kasih Encik Danial…” aku memula bicara, sekali lagi berterima kasih.
“Boleh tak minta tolong?”
Keningku naikkan, minta tolong apa pula ni?
“Tolong jangan berencik dengan abang, boleh tak. Rimas aih telinga ni.”
“Habis tu? Itu kan nama awak.”
“Nama abang Aufa Danial, dekat IC pun Aufa Danial. Tak ada E-N-C-I-K- pun dalam IC abang wahai manjaku.”
Dia dah mula dah.
“Takkan nak panggil D-a-n-i-a-l- saja kot, macam nampak sangat saya tak hormat awak yang lebih tua dari saya.”
“Panggil abang dengan panggilan nama abang sesuai lah dengan beza umur kita dan panggilan itu tunjuk kan yang manja hormatkan abang. Ke manja nak panggil abang sayang. Boleh sahaja, kecik tapak tangan stadium satu dunia ni abang sedia tadahkan dan terima.”
“Okay, baiklah pilih antara dua manja nak panggil abang ni abang atau sayang? Abang balik dulu ya manja. Esok abang datang ambil.
“Eh, tak payahlah encik er…”
Dia memberiku pandangan membunuh, huh macam boleh berdarah sahaja telinga dia tu agaknya kalau dengar aku panggil encik. Aku berdehem melegakan tekak.
“Er…abang tak payah ambillah esok. Manja boleh minta tolong…”
“Abang mat kan outstation JB. Amri? Naik Rxz tu?”
Aku terdiam. Mana dia tahu abang mat tak ada? Urm takkan itupun Tok Aki nak cerita kot. RXZ? Takkan lah dia nampak Amri datang kejap hantar topup sebelum asar tadi?
“Esok pukul 9 abang datang ambil. S-E-m-b-i-l-a-n tau.”
Tanpa tunggu aku setuju ataupun tidak, dia sudah masuk ke dalam Storm. Aduhai…

***

xxTerpanjang.Ececeehhxx

Dia, Abang Terbang Ku!!!


Karutan Ke-2

Sebulan berlalu

Excuse me Miss…”
“Opocot mak kau meletup!”
Kotak kasut yang kupegang dan ingin kususun kembali ke rak terjatuh. Malunya aku, macam mana boleh terkejut melatah pula tu. Habis jatuh saham aku.
Pemandangan yang sangat mendebarkan jiwa, memukaukan mata menyambut anak mataku.
“Wow, Tom Welling!” dengan penuh yakinnya aku berbunyi, menyebut nama pelakon Clark Kent versi Smallville pujaan hatiku.
Oh adakah aku berada di syurga? Wajahnya mendamaikan hati. Rasa nak tercabut jantung melihat makhluk Allah yang berdiri dihadapanku ini. Matanya yang coklat, eh hijau eh coklat memandang aku tepat, ceh dia senyum ke gelakkan aku ni?
Dari senyum senget dia sengih menampakkan giginya yang putih bersih tersusun rapi. Aduh sakit kepala aku mendongak memandang mat salih yang tinggi macam pintu rumah ni. Pantas akupun berdiri menghadapnya, pun terpaksa mendongak juga.
Yes, may I help you sir?”
Nasib baik, bahasa Inggeris aku ni boleh lah setakat nak bagi lepas mat salih tersesat. Boleh lah dari tak ada kan.
There’s something onyour hair.”
Aku sempat mengelak dari tangan si ‘Tom Welling’ ini menyentuh rambutku. Tangan kami berlaga dan bersentuhan, tapi pantas aku tepis. Amboiii suka-suka hati nak pegang anak dara orang. Kena jaga-jaga dengan Mat Salih ni. Langkah kuundurkan setapak, dua tapak dan dia buat muka selamba sahaja.
“Kurang adab.” Mulut ku berdesir halus, geram dengan orang yang langsung tak tahu nak jaga adab begini.
Sudahlah datang ke tempat orang, tapi tak reti nak menghormati adab dan budaya masyarakat tempat itu. Dia sepertinya mendengar kata-kataku, ah lantaklah bukan dia faham pun.
Oh God! Danial. Is that you my gorgeous hero?”
Bos aku, yang kupanggil Miss Kate, meluru ke arah ‘Tom Welling’, memeluk lelaki itu. Membuatkan aku terkedu dan terundur ke belakang. Lelaki yang dia panggil Danial ini mengangkat Miss Kate dan memusingnya. Mereka kelihatan bahagia sekali. Berpusing berdua macam patung dalam kotak muzik.
Sama cantik sama padan, tapi sayang tak reti nak tengok tempat dan keadaan ke nak melepas rindu dendam. Takkan tak nampak aku yang tercongok kat sini?
“Angin lautan pasifik tidak langsung mengganggumu ya. Masih sama seperti dahulu.”
Eh, telinga aku ni salah dengar ke Miss Kate cakap bahasa Melayu dengan mat Salih ni?
Danial berbisik sesuatu ke telinga Miss Kate. Berbulu betul aku tengok gelagat manusia berdua ni. Tangan Danial melingkari pinggang Miss Kate. Miss Kate ni pun satu kalau dah tak takut pada dosa, fikir-fikirkan lah aku yang sakit mata tengok kelakuan mereka. Tahu lah awak tu keturunan mat salih tapi janganlah perangai tu nak terlalu ‘mat salih’ dari ‘mat salih original’.
Malas nak layan dan tengok, aku kembali semula menyusun kotak-kotak kasut. Sesekali aku perasan mata coklat kehijauan itu melihatku, tapi aku buat tak peduli. Suara mereka berbual lebih kepada berbisik dan ketawa Miss Kate melatari suasana.
Nama penuhku dipanggil, memang tak suka bila orang memanggilku dengan nama penuh. Kombinasi nama dari dua orang yang paling kusayangi, arwah Baba dan Tok Aki. Manja dari Tok Aki dan Auliya dari Baba. Bila digabungkan menjadi Manja Auliya.
Nama Manja itu kedengarannya macam mengada-ngada dan pampered. Kerana itu aku lebih suka kalau orang memanggilku Auliya. Hanya Auliya tanpa menyebut Manja. Hanya keluarga sahaja aku izinkan memanggilku dengan nama Manja. Orang lain harap maaf tak kisah lah rapat mana sekalipun.
“Auliya, kenalkan abang sulung saya, Danial Liams.”
Abang sulung dia? Ya Allah berdosanya aku kutuk mereka macam-macam tadi. Katerina Liams, Danial Liams. Urm, padanlah.
Mata itu memandangku tepat, aduh boleh bergegar pintu hati aku ini bila dia renung macam ni. Oh tolong tolong janganlah aku pitam kena panah mata abang Miss Kate.
“Assalammualaikum Manja. Saya Aufa Danial Liams, malangnya bukan Tom Welling kan.”
Salam yang diucapkan pada aku jelas bukti dia seorang muslim dan dia abang Miss Kate. Oh mati aku, Tom Welling di hadapanku ini pandai speaking Melayu.
Sudah pasti dia juga faham aku kata dia tak beradab. Oh Tuhan memang minta nyawa. Tolonglah alihkan mata awak yang berbisa tu dari saya. Eh, sekejap apa nama dia tadi Aufa Danial? Aufa? Eh nama Aufa juga, macam nama bakal tunang aku yang tak jadi. Urmmm…
“Waalaikummussalam.”
Dia masih memandangku dengan senyuman yang misteri. Oh Tuhan…aku rasa nak luruh segala tulang temulang. Selama 18 tahun aku hidup inilah kali pertama aku merasai begini.
By the way Auliya, atas rambut awak ada bulu ayam.” Miss Kate menegurku.
Danial memandangku penuh makna. Dia boleh kenyit mata pula. Aih nasib baik dah besar sikit kalau tak ada yang kena lastik matanya. Seperti mana kecil-kecil dahulu, kalau tak puas hati pasti aku tembak dengan lastik ku.
Bertambah-tambah malu rasanya. Aduh, mana nak letak muka ni. Rasa nak nyorok dalam kotak kasut. Oh Tuhan…


***

Dilanggar Kupu-Kupu:Catatan 3



Aina mengeluh. Musim cinta sudah lama berlalu. Kesibukan kerjaya masing-masing membataskan waktu antara mereka.

Tas tangan dicapai, kunci diambil. Langkah dicepatkan keluar dari kawasan parking.
Terasa meremang roma, seperti diekori. Mata melirik kiri dan kanan. Tiada sesiapa yang ada Cuma kepekatan malam.

Bila dipercepatkan langkah semakin kuat rasa itu, langkah dihentikan dan ditoleh belakang.
Tiada siapa.

Teringat kisah penculikan dan pembunuhan yang berleluasa kini,membuat jantung rasa tak bernada. Kecut.

Selangkah diteruskan, hati jadi berdebar kembali.

Terdengar petikan gitar. Langkah terhenti.

Dia kenal nada ini.  Debar yang tadi menggila diganti rasa sendu. Suara itu.
Ku sangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Berbulan lamanya wajah itu tidak ditatap. Rindu membelasah jiwanya sehari hari.
Dia memalingkan tubuh. Di situ si Dia duduk, jemari memetik gitar kayu. Senyuman terlempar dan air matanya setitik jatuh, disapu namun jatuh dan jatuh lagi.

“Haikal Addin…”

Petikan gitar romantis melatari pertemuan, lilin menemani kiri dan kanan pujaan hatinya.

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Langkahnya mendekati Addin. Addin mendongak

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Mata mereka bersatu. Aina menutup mulut, menahan esakan. Seperti tidak percaya separuh jiwanya ini ada di depan mata. 

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Selangkah lagi dan dia Cuma tinggal menunduk dan duduk di sisi Lelaki ini. Apa makna pertemuan ini? Katanya… offshore. Mata bertentangan dan segala rasa hilang yang ada Cuma rindu dan sayang yang meluap untuk Addin nya.

Seorang Humaira yang merindui… Perlahan dia merendahkan tubuh, dan melabuhkan diri duduk di sisi Haikal Addin.

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan ku biarkan mati hatiku selamanya
Hingga engkau datang membangunkan aku

Sebak,  Tak sanggup mendengar bait-bait lirik terakhir lirik Relakan Jiwa, tangannya pantas memegang gitar.

Tak mahu mendengar perkataan mati itu disebut, memang mati itu pasti tapi tak sanggup akan kehilangan separuh jiwanya ini.

Sepantas itu petikan gitar terhenti dan suara itu terdiam. Dia mendongak wajah semula bila perlahan dagunya disentuh, diminta melihat tepat ke wajah.

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

“Haikal Addin…” hanya itu yang mampu terluah.

Perlahan dari duduk bersantai bersandar di dinding koridor, Haikal Addin mengubah posisi. Gitar disandar ke dinding. Tangan meraba poket belakang jeans lusuh. Merendahkan diri melutut di depan kesayangan yang sudah merah wajah menahan tangis.

Tangan menutup mulut, menahan segala rasa.

“Aina Humaira, Saya tak kaya, saya tak punya kereta mewah… saya baru merangkak membina masa depan. Saya tak dapat nak janjikan kemewahan tapi saya janji akan beri awak cinta kasih dan sayang yang nilainya lebih dari segala harta kekayaan dunia. Yang saya punya hanya hati ini tapi awak dah curi. Tinggal Cuma hidup ini, sudi tak kiranya awak terima saya dan kongsi hidup ini dengan cinta kasih dan sayang saya di dalamnya?

“Apa katamu Humaira ku?”

Perlahan dia mengangguk. Dan sepantas itu juga Haikal meraup wajah lega. Tak rugi dia memohon merayu orang atasan melepaskan dia cuti. Siap bertukar syif dengan kawan sekerja, berderet lamanya tanpa off semata untuk membuat kejutan di hari lahir kekasih hati.

Alhamdulillah urusannya dipermudahkan Allah swt. Syukur.


***

Kalau ada tersalah fakta di mana-mana.Hanya mencuba untuk seseorang.Love Ya

Dilanggar Kupu-Kupu : Catatan ke-2



Berdebar rasa hati Aina, beberapa kali dia menilik wajah di cermin.

‘Ah, kalau dia ikhlas. Pasti tidak kisah dengan penampilan luaran ku.’
  
Gen-2 Putih diparkir bersebelahan Satria Hitam.  Dari gambaran yang diceritakan GentleGuys  Aina tahu itu kereta jejaka misteri itu.

Sebulan berchatting di Yahoo Messenger, baru hari ini mereka bertemu. Tangan digenggam mengumpul semangat. Sayang baru nak melangkah keluar dari kereta hujan jatuh menitis ke bumi.

Hujan lebat tiba-tiba.

Aina mengeluh, teringat payung Petronas tertinggal di rumah sewa. Alahai….
Macam mana ni? Nak redah sahaja ke masuk G-Hut Bistro atau tunggu sampai hujan lebat ni reda? Kusut… kusut… sudahlah si dia sudah siap menunggu di dalam.

Kalau redah, habislah basah bajunya. Tapi kalau tunggu, kasihan pada si jejaka.

Sedang berperang dengan perasaan, cermin keretanya diketuk seseorang.

Dia mengangkat wajah, terkejut melihat wajah yang menjenguk. Mak Aih, putihnya.

Diingatkan hantu tapi bila cermin tingkap diturunkan. Dan pabila segaris senyuman terpamer di bibir jejaka ini. Aina menarik nafas lega.

Dia! Dia datang dengan sekaki payung melindungi tubuh dari hujan.

“Aina Humaira?”

“Haikal Addin?”

Masing-masing mengangguk dan ketawa meletus di bibir.

“Sudi teman saya cik adik manis?”

“Tapi saya tak ada payung nak redah hujan lebat. Dan awak Cuma ada satu payung.”

Jejaka itu mendekat, menunduk wajah merenung tepat ke matanya.

“Jangan kata payung… hidup ini pun saya sanggup kongsi dengan awak.”

Aina terdiam, perlahan senyuman tergaris di wajah. Kembang hati dengan kata manis si jejaka.

Akur permintaan jejaka yang kelihatan baju kemejanya sudah terkena tempias hujan. 

Aina mematikan enjin dan keluar dari GEN-2.

“Mari kita, Aina Humaira.”

“Ya Haikal Addin.”

Bertemankan jejaka misteri disisi dan Cuma berbumbungkan payung kecil mereka berdua berlari anak meredah hujan lebat.

Dan masing-masing mengulum senyum, bahagia.

***
all by myself..all by myself..dunt wanna live all by myself anymore.OK Tettt..cukup. Please do ignore my kejiwangan self obsession. For that someone, thank you and keep strong. My Doa is always with you.InsyaAllah