Tuesday 31 March 2015

Dilanggar Kupu-Kupu : Catatan ke-2



Berdebar rasa hati Aina, beberapa kali dia menilik wajah di cermin.

‘Ah, kalau dia ikhlas. Pasti tidak kisah dengan penampilan luaran ku.’
  
Gen-2 Putih diparkir bersebelahan Satria Hitam.  Dari gambaran yang diceritakan GentleGuys  Aina tahu itu kereta jejaka misteri itu.

Sebulan berchatting di Yahoo Messenger, baru hari ini mereka bertemu. Tangan digenggam mengumpul semangat. Sayang baru nak melangkah keluar dari kereta hujan jatuh menitis ke bumi.

Hujan lebat tiba-tiba.

Aina mengeluh, teringat payung Petronas tertinggal di rumah sewa. Alahai….
Macam mana ni? Nak redah sahaja ke masuk G-Hut Bistro atau tunggu sampai hujan lebat ni reda? Kusut… kusut… sudahlah si dia sudah siap menunggu di dalam.

Kalau redah, habislah basah bajunya. Tapi kalau tunggu, kasihan pada si jejaka.

Sedang berperang dengan perasaan, cermin keretanya diketuk seseorang.

Dia mengangkat wajah, terkejut melihat wajah yang menjenguk. Mak Aih, putihnya.

Diingatkan hantu tapi bila cermin tingkap diturunkan. Dan pabila segaris senyuman terpamer di bibir jejaka ini. Aina menarik nafas lega.

Dia! Dia datang dengan sekaki payung melindungi tubuh dari hujan.

“Aina Humaira?”

“Haikal Addin?”

Masing-masing mengangguk dan ketawa meletus di bibir.

“Sudi teman saya cik adik manis?”

“Tapi saya tak ada payung nak redah hujan lebat. Dan awak Cuma ada satu payung.”

Jejaka itu mendekat, menunduk wajah merenung tepat ke matanya.

“Jangan kata payung… hidup ini pun saya sanggup kongsi dengan awak.”

Aina terdiam, perlahan senyuman tergaris di wajah. Kembang hati dengan kata manis si jejaka.

Akur permintaan jejaka yang kelihatan baju kemejanya sudah terkena tempias hujan. 

Aina mematikan enjin dan keluar dari GEN-2.

“Mari kita, Aina Humaira.”

“Ya Haikal Addin.”

Bertemankan jejaka misteri disisi dan Cuma berbumbungkan payung kecil mereka berdua berlari anak meredah hujan lebat.

Dan masing-masing mengulum senyum, bahagia.

***
all by myself..all by myself..dunt wanna live all by myself anymore.OK Tettt..cukup. Please do ignore my kejiwangan self obsession. For that someone, thank you and keep strong. My Doa is always with you.InsyaAllah

1 comment: