Tuesday 24 February 2015

Aku Kamu dan hidup

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggidNvoRH95bHAhBF6WLiiLZ6_RfdeJ7eeFiU7cIwoQN3Paw-JAvpI4cUxkCOsAtae0DLQv0jWnwCKRGHijpFbLjFyrJYqSCZqA-pYjo93KiqTiehqKgrtxiNMflEKH2er84536dKxNFA/s1600/11866-hidup.jpg
Salam sejahtera ke atas kamu...

Hari ni aku sejujurnya merasakan hidup ini sangat indah.

Ada masa kita gembira ketawa tak ingat dunia, ada waktu kita akan jatuh terduduk meratap menangis sedih, dan waktu lain kita akan bangkit dari kesedihan itu. Dan di akhirnya dengan izin Allah swt kita akan mampu senyum sendiri mengingatkan momen jatuh bangun berdiri dan berlari dalam hidup ini.

Normallah kita manusia ada kurang ada lebih.. Aku akui aku juga masih merangkak mencari arah hidup. Perlahan lahan aku cuba cari jalan untuk aku bangkit dari terus duduk terjelepok.

Renung keliling dan lihat.

Sejujurnya apa yang kamu nampak?

Aku nampak perubahan, aku nampak hasil usaha dari sebuah kesabaran dan aku dapat lihat indahnya coretan rentak kehidupan yang diciptakan Allah swt.

Mungkin kamu tidak beroleh yang kamu hajati tetapi lihatlah kamu dapat yang lebih baik kini.

Lihatlah disisimu, siapa yang sentiasa ada dengan kamu waktu ditendang disambut ditolak dan didakap oleh kehidupan.

Kamu punya aku dan aku punya kamu, dan kita berdua punya Allah swt sebaik-baik perencana.

Jangan lari lagi dari hidup... sambutlah ia dengan tangan didepa, peluklah ia... kecuplah ia... kerana di akhirnya hidup ini kita akan mampu senyum. InsyaAllah.








No comments:

Post a Comment