Saturday 14 February 2015

Malaikat_last chapter




 ***Sambungan Malaikat***

Just pull the trigger Cynthia. Bunuh saja aku.”

Johan mengaku kalah, sanggup hilang nyawa dari hidup atas nyawa Arjuna. Arjuna umpama bayangnya. Bayang yang sanggup berbuat apa sahaja atas nama persahabatan.

Kali ini bayangnya berpaling hanya untuk menyedarkan dia dari terus hidup menabur dosa, menganiaya satu jiwa bernama Batrisya.

Dan dalam tubuh Batrisya ada benihnya. Zuriatnya.

Menggeletar tangan yang memegang pistol. Mata melirik skrin Televisyen. Arjuna sudah terduduk di lantai, dikelilingi orang upahan Tania.

Ditendang dan ditumbuk bertalu-talu dan akhirnya Arjuna tumbang ke lantai.

Tanpa sedar Johan Cuma selangkah saja darinya.

Kill me and misery end.”

“Tidak… ”

Dari skrin TV terdengar kuat suara Arjuna mengerang sakit. Batrisya tidak sanggup untuk memandang. Suara tawa Tania umpama Pontianak laparkan darah.

“Pilihan di tangan kau… Antara Arjuna dan Johan Cuma satu akan hidup malam ini.”

Johan mendekat dan tangannya menggenggam erat tangan Batrisya membawa pistol itu tepat ke dadanya.

Kill me.”

Terganggu dengan suara teriakan Arjuna dari skrin TV, jarinya yang memegang picu pistol tertekan dan sedasss tepat mengena dada Johan…

Sedass lagi dan Johan rebah melutut di kakinya.

Mama, just killed a man,
Put a gun against his head,
Pulled my trigger, now he's dead.
Mama, life had just begun,
But now I've gone and thrown it all away.

Pistol terlepas jatuh dari tangan yang menggeletar. Tubuh Johan yang terbaring menggeletak, maut Cuma menanti untuk mengambil nyawanya. Darah menyembur keluar dari mulutnya.

Johan merangkak menghampiri, Batrisya menjerit ketakutan. Langkahnya semakin terundur terundur hingga belakangnya menyentuh dinding. Tiada ruang untuk melarikan diri lagi.

Tangan Johan berlumuran darah memaut kakinya, semakin hampir dan hampir… Batrisya memejam mata.

“Ma… Maafkan aku.”

Perkataan yang tersekat-sekat itu membuat Batrisya membuka matanya semula.

Serentak itu, tubuh Johan terjatuh lesu tak bernyawa ke dada Batrisya. Batrisya melaung memanggil nama Johan. Johan telah tiada.

Johan telah mati di tangannya.

Dia yang menembak dada Johan. Tangannya telah membunuh satu nyawa. Allah…

Arjuna… Bonda telah membunuh bapamu. Di akhir hayatnya maaf adalah perkataannya… Tapi Bonda telah membunuhnya.

Suara ketawa terdengar sayup. Dia kenal ketawa itu. Dia membesar bersama tawa wanita kejam itu.
Tania!

Mata kembali memfokus pada skrin televisyen di depan. Terasa sesak dada dan perut yang dihimpap mayat Johan. Ya… mayat.

Dia membunuh… tanpa sengaja membunuh untuk menyelamatkan satu nyawa… nyawa yang umpama Malaikat diutus Allah swt untuknya.

Skrin TV gelap. Arjuna…

“Maafkan aku… Johan.”

Tubuh kaku Johan ditolak sepenuh tenaga. Dengan tenaga yang ada, dia bangun tangan memegang perut yang terasa tegang.

Allah… selamatkanlah kedua-dua Arjunaku… Selamatkan lah kami dari kekejaman Tania…

Tania… wanita di sebalik kejayaan Johan. Wanita yang sanggup buat apa sahaja demi Cinta. Cintanya pada Johan. Cinta membuat dia buta… Bila tahu Johan curang dan meninggalkan benih dalam perut Batrisya. Dia naik hantu.

Kini Johan telah mati… hatinya puas… puas kerna Johan tidak mengecap bahagia melihat benihnya menjadi manusia.

Batrisya berjalan mengikut arah suara Tania yang berselang seli dengan suara Arjuna melengking nyaring mengerang kesakitan.

Pintu dibuka dan dia melihat Tania sedang mengelar lengan Arjuna. Sambil pisau di tangan melakar lakar kulit Arjuna. Suara Arjuna meratap pedih dan perih. Darah mengalir membasahi tubuh Arjuna.

“Lepaskan dia… Apa dosa kami pada kamu?”

Picu Pistol ditarik, sedas tembakan tepat mengena kepala orang suruhan Tania. Sekali lagi picu ditarik dan seorang lagi suruhan Tania tumbang ke lantai.

Biarlah aku membunuh berkali-kali, andai ini mampu selamatkan nyawa kesayanganku. Aku mahu dia melihat dunia.

Tania terpaling, pisau di tangan terlepas. Berdenting bunyi pisau jatuh terkena lantai. Serentak itu Batrisya menarik picu lagi… Ditarik dan ditarik lagi. Kosong tak berisi.

Tania ketawa nyaring.

“Perempuan bodoh, kau cuba nak bunuh aku? Aku?”

Rasa semakin tegang dan memulas perut. Terasa basah… Allahu Akbar, apakah sudah saatnya Bonda melahirkan kamu Arjuna?

Tania menghampiri, dan Batrisya terduduk… senak menahan sakit. Bila-bila masa sahaja dia akan melahirkan. Allah..padaMU hambaMU ini berserah.

Selamatkan Arjuna-Arjuna ku…

Kesempatan ini diambil Tania. Dahi Batrisya ditunjal, gadis kesayangan Johan ini ditarik diseret. Bersama seretan itu, air ketuban Batrisya membasahi lantai. Dia diseret hingga dia jatuh dalam dakapan seseorang… Bau hanyir darah menusuk hidung.

Tania ketawa, bagai dirasuk Lucifer. Dia menyanyi nyanyi lagi…

Johan sudah mati.Johan sudah pergi. Padan muka khianati aku lagi

“Arjuna… Arjuna…”

Nama lelaki ini dipanggil. Terasa kemas tangan yang memegang pinggangnya. Syukur sahabat Johan ini masih hidup, masih bernyawa.

Mata mereka masing-masing mengawasi Tania yang sudahpun duduk melutut menangis mengongoi menyebut nama Johan.

“Aku nak kau pergi dari sini bila ada peluang…”suara Arjuna lemah berbisik ditelinganya.

“Aku akan melahirkan Arjuna... aku tak punya daya lagi.”

“Dengar sini. Aku nak kau bangun dan lari.”

Satu patah satu patah Arjuna bersuara, hampir tak kedengaran.

I won’t leave you behind. Arjuna…”

Keluhan berat keluar dari bibir Arjuna. Wanita degil.

“Aku akan mati Arjuna… akan mati. Aku tahu aku akan mati. Tapi tolong jangan biarkan Arjuna aku mati.”

Tangan menggenggam kukuh lengan Arjuna, memaksa Arjuna memandang ke dalam matanya. Meminta Arjuna berjanji.

“Pastikan Arjuna aku hidup… Pastikan Islam tersemat kukuh dalam jiwanya hatinya darah dagingnya. Janji padaku.”

Arjuna diam, lama cuba menahan perit pedih luka yang menusuk nusuk.

“Aku… aku…”

“Janji padaku…”

“Kau tak akan mati. Aku akan pastikan kau dan Arjuna hidup.”

“Kau tahu Arjuna?”

Apa? Mata Arjuna membuat isyarat.

“Kau ibarat Malaikat didatangkan Allah untukku. Malangnya kau bukan Tuhan… Mati itu satu kepastian.”

Mata mereka teralih pada Tania yang tiba-tiba terdiam. Serentak itu Batrisya mengerang menahan sakit…

Lengan Arjuna dicengkam kejap, menahan rasa sakit kontraksi… semakin kerap.

Mata Arjuna mengawasi Tania yang kelihatan kaku berdiri. Batrisya menggigit bibir, menahan sakit.

Terkejut kedua mereka melihat Tania yang tiba-tiba menjerit meracau, meronta.

Tangannya di lehernya sendiri, mencengkam batang tengkuk.

Makin terundur langkahnya ke belakang dan ke belakang.

“Johan…Johan jangan bunuh aku!”

Arjuna merasa terganggu. Di depan Tania yang seperti kerasukan dan di sisi erangan Batrisya kian dasyat… syahdu mencengkam jiwa.

“Allah… Allah…”

Bagai dipaut semangat yang entah merasuk dari mana, Arjuna bangkit. Tangan merangkul tubuh Batrisya. Ya dia mahu membawa mereka keluar dari sini… hidup hidup.

Sesenyap bayang dia bergerak, namun terhenti di muka pintu bila nyaring suara Tania menarik nafas.

Dan senyap…

Sekejapan itu juga langkah bayangnya bertukar rentak, dilajukan larian…

Tidak mahu peduli apa yang jadi pada isteri mendiang Johan. Apa yang penting masa ini nyawa wanita yang merenggut konkrit tiang hatinya.

Terasa berat dan kaku tubuh yang dikendong. Nama Batrisya diulang panggil. Tiada jawapan.

Terasa longlai kakinya. Terduduk dia melutut bersama jasad kaku Batrisya di dalam rangkulan. Dia mengongoi menangisi jasad Batrisya yang kaku. Masih panas rasa bahang tubuh yang dipeluk meski tiada lagi jantung berdetak.

Tiada nafas..kaku. Batrisya… Arjuna…

Mata tercari-cari sesuatu dan sebilah pedang yang terletak kemas dalam genggaman mayat konco Tania menjengah di pandangan mata.

Liur ditelan, membasahkan tekak yang kering. Sekering-kering hatinya selama ini… Tapi mampu kah dia?
Permintaan Batrisya kembali terlayar diingatan.

Niatnya dibulatkan, tekadnya jitu. Perlahan diletakkan jasad Batrisya…

Ini sahaja cara… masih ada cara untuk selamatkan Arjunamu Batrisyaku… Maafkan aku. Ini sahaja cara.
Demi seorang Arjuna.

***

“Kenapa Bapamu tidak ikut kita jemaah sekali ya anak kecil.”

Anak kecil itu senyum. Giginya yang cuma dua batang terhias di depan menambahkan geram mata yang memandang.

“Baba kata dia masih mencari arah jalan pintu Hidayah.”

Tercengang jemaah masjid usai solat jumaat ini.

“Panggil Baba mu masuk. Pintu masjid jalannya sentiasa terbuka.”

Anak kecil itu berlari pada Baba nya yang setia menanti duduk di tembok di luar pagar masjid. Lelaki bertubuh tinggi tegap dan berkulit pulit itu dipimpin masuk anaknya ke dalam perkarangan masjid.

“Assalammualaikum ya saudara.”

Babanya diam tidak menjawab salam murni itu, Cuma mengangguk dan menyambut salam jemaah.

“Nama saudara siapa?”

“Nama saya Arjuna Matthew Lee. Kenapa ya saya dipanggil, Anak saya nakal ya Tuan Guru?”

Senyum menghiasi wajah si Tua yang bertanya.

“SubhanAllah, kamu bukan muslim? Tapi anakmu..”

“Ya, anak jagaan saya seorang muslim.”

“Tapi kamu bukan?”

“Kerana arwah Ibu saya Batrisya dan bapa saya Johan, Atok. Kerana nama saya Arjuna, Islam agama saya.”

Suara si kecil menjawab.

Lelaki bertubuh tegap itu tersenyum, terpinga seketika bila dia dipeluk oleh lelaki tua berserban ini. Erat sekali.

“Terima kasih… Terima kasih kerana menjaga Anak kecil yatim piatu ini, memelihara agamanya, menjaga keislamannya. boleh Pak cik panggil anak ni Arjuna?”

 Sekali lagi Arjuna Matthew mengangguk. Tidak terkata dan terharu.

“Tok Guru… Bolehkah Islam menerima orang seperti aku?”

“Tiada perbezaan dalam Islam Arjuna… yang membezakan Cuma iman. Allah itu Maha Besar, Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.”

“Aku mahu sekali memeluk Islam, menyebut nama Allah di bibirku seperti arwah Batrisya menyebutnya…indah dan manis sekali.”

“Mari anakku… mari.”

Perlahan Arjuna menyambut huluran tangan Lelaki tua berserban itu, Dan tangan yang satu lagi memimpin si kecil Arjuna.

Buat pertama sekali sejak lapan tahun berlalu, hatinya tenang dan Arjuna Matthew Lee mampu tersenyum lebar.

Terima kasih Batrisya… kerana menggelar aku malaikat mu dan menghadirkan Arjuna buat melorongkan jalan keindahan Islam untuk diri aku.

Sesungguhnya Allah Tuhanku, Muhammad Rasulku, dan Islam agamaku

***TAMAT***

No comments:

Post a Comment