Monday 9 February 2015

Dilanggar kupu-kupu







‘If I could give you one thing in life, I would give you the ability to see yourself through my eyes, only then would you realize how special you are to me.’

Hujan turun dan dia berlari, menikmati setiap titis yang membasahi wajah, bercampur air mata. Sepenuh hati nama Allah disebut.

 Wajah kesayangan menjelma, hati tersayat pilu…Allah.

Allah Maha Besar, Maha Berkuasa atas sesuatu… dan aku makhlukMU berserah, redha dan pasrah.

‘Humaira… kemerahanmu aku rindu… Sungguh aku rindu, aku ingin kita bersatu.’

Maira…


‘Kupu-kupu itu indah, dan keindahannya telah melanggarku.’

***

“Aina… your article made to the front page. Malam ni stay. Story approved baru balik.”

Whatt!! Tapi…”

Editornya mengangkat jari telunjuk dan menggoyang goyangkannya.

Highlightkan fakta penemuan kajian and make sure fakta you tak bercanggah. Ini eksklusif. Once siap inform I.”

Singa ak.a. Mak Jah atau nama sebenarnya Halejjah Saidon berlalu ke biliknya. Hilang sahaja kelibat ketuanya yang terkenal dengan ketegasan itu hilang, Aina mengeluh.

Handphone dicapai, tangan pantas menekan nekan skrin.

Tak lama kemudian suara John Legend melatari suasana, sendu sayu mendengar suara Legend mendendangkan All of Me.

Bertambah sayu hati bila wajah si kacak menghiasi skrin.

“Assalammualaikum Humaira…”

Salam dijawab, entah kenapa rasa berair mata.

“Tak boleh sangat ke?”

Alahai cairr…suara Cik abang dah memujuk. Entah kenapa rasa nak meleleh saja air mata.

“Aina tak pasti bila boleh habis kerja.”

“Abang rindu sangat… kan dah janji.”

 Senyap… dan talian mati. Aina cuba mendail kembali tapi talian di hujung sana sudah dimatikan. 

Haihhh… apalah nasib diri.

Ingat dapat lah malam ni meraikan hari lahir kesayangan sekali kena stayback pula.

***
 P/s: untuk awak yang sudi membaca, maaf andai karya hati saya tidak menepati selera awak semua. Akan saya sambung lagi.


No comments:

Post a Comment