Wednesday 8 April 2015

Dia, Abang Terbang Ku!!!


Karutan ke-5

“Tok Aki tak boleh buat manja macam ni. Manja muda lagi, banyak lagi benda manja nak buat. Manja tak boleh terima semua ni. Kalau nak ikut sangat janji tu kenapa tak kahwinkan saja abang Mat dengan Miss Kate, tapi kenapa Manja?”
Abang Mat menjeling aku tajam, tak pernah seumur hidupku ditenung Abang Mat begitu. Nampak sangat dia tidak suka cara aku bercakap dengan Tok Aki.
“Kenapa bukan abang mat? Kenapa harus manja yang jadi korban?”
“Manja, jangan nak jadi kurang ajar, cakap begini dengan Tok Aki.” Amaran pertama dari abang mat.
“Tak apa Mat, salah kita juga tak bincang elok-elok dengan dia. Tak beritahu dia sejak dulu lagi. Duduk Manja. Rumah ni masih ada kerusi, tak perlu nak berdiri.”
Aku duduk, tetapi masih tak puas hati. Aku buat tak peduli saja jelingan maut abang mat.
“Tok Aki dan Johan, arwah datuk Aufa kenal sejak kecil lagi. Kami membesar bersama, dan sewaktu dalam askar, Johan hampir ditembak tetapi Tok Aki berjaya selamatkan dia. Kerana itu kami makin rapat lebih seperti saudara sedarah. Untuk merapatkan lagi tali persaudaraan supaya lebih mengikat, Tok Aki dan arwah datuk Aufa dulu berjanji yang kami akan kahwinkan anak sulung kami untuk jadikan impian kami bersaudara satu kenyataan. Tapi bila anak sulung kami lahir kedua-duanya perempuan. Jadinya janji itu tak dapat dibuat. Selepas itu Datuk Aufa berpindah ke luar Negara dan kami terputus hubungan. Dan mereka kembali semula ke sini ketika emak kamu mengandungkan Ahmad dan Aufa baru berusia dua bulan. Emak kamu dan Mama Aufa, berjanji akan menyatukan dua anak sulung mereka ini. Masa tu emak kamu yakin dia akan melahirkan seorang puteri, oleh itu dia telah berjanji akan mengahwinkan puteri sulungnya yang akan lahir dengan Aufa, sekaligus selaras dengan perjanjian antara Tok Aki dengan Johan Liams, datuk Aufa. Maka janji ini diikat semula, walau apapun terjadi janji ini akan cuba kami kota. ”
“Tapi yang lahir Ahmad, bukannya Nur. Jadi janji itu tertunda lagi.” Emak menyampuk.
“Kan ada Miss Kate, kenapa masih nak jodohkan Danial dengan Manja?”
“Memang itu rangka-rangka asalnya. Tapi arwah Johan berkenan betul dengan kamu, sebaik saja dia melihat kamu dalam dukungan Aufa yang masa itu baru 10 tahun, dia terus nyatakan hajatnya untuk mengambil kamu Manja Auliya sebagai cucu menantunya. Bukan tak membantah tapi sesungguhnya Manja seorang manusia itu seharusnya berpegang teguh pada janji, manusia yang memungkiri janji akan dibenci dan dikeji. Johan begitu serius dan teguh dengan pendiriannya itu sehingga dalam wasiatnya juga dinyatakan hal ini. Maafkan Tok Aki kalau Manja rasa menjadi korban dalam hal ini, tapi Tok Aki yakin Manja akan bahagia hidup dengan Aufa. Tok Aki percaya dia dapat menjaga Manja dengan baik, dia akan membimbing Manja dengan sebaiknya. Tok Aki tak ragu itu.”
Aku diam, banyak benda nak ku luah, nak ku bantah tapi tak terkeluar. Sudahnya aku capai kunci EX5 dan memecut laju tak tahu nak ke mana. Aku buat tak peduli laungan keras Abang Mat yang memanggilku.
Air mata, jangan kau berani menitis. Aku takkan biarkan saja semua ini.
***

No comments:

Post a Comment