Wednesday 8 April 2015

Dia, Abang Terbang Ku!!!


Karutan ke-6

Angin laut terasa menampar muka. Rambut yang sengaja tidak ku ikat sudah mengerbang jadinya, aku tutup dengan topi. Tidak jauh dari aku ada beberapa pengunjung sedang memancing. Suasana yang tenang menyenangkan perasaan yang sedang berkecamuk ini.
Mataku bertembung dengan mata seorang kaki pancing, dia senyum, aku membalas senyumannya. Senyum kan satu sedekah, tak salah rasanya bersedekah. Dari tadi aku lihat dia setia menunggu tangkapan.
Kawasan di pinggir jalan keluar dari Lumut ini memang sering menjadi tumpuan kaki pancing melabuhkan joran, melepaskan gian. Ada yang datang bersama keluarga, sedikit terkagum aku dengan kesetiaan isteri menemani si suami menunggu umpan dimakan ikan.
Kalau satu masa nanti aku dapat suami kaki pancing, apakah aku akan jadi setia menemani seperti kakak dihadapanku ini? Terbayang pula wajah Danial tiba-tiba, dia juga kaki pancing. Ah, apakah benar aku akan menjadi isterinya? Kusut, kusut.
Aku mengeluh sebal dan rimas bila ketenangan kami diganggu sekumpulan mat motor yang lalu. Sengaja memainkan minyak, bising betul jadinya. Aku memalingkan wajah bila pandangan mataku bertembung dengan salah seorang dari mereka. Aku lihat dia berbisik kepada kawannya dan mereka berpatah balik, boleh berpatah balik pula. Aduh!
Enjin mereka matikan dan salah seorang mula menghampiri. Aku perasan kaki pancing yang ada di situ memandang kami, mungkin terganggu dengan kebisingan yang tiba-tiba.
“Adik cantik manis, nak abang teman kan ke?”
“Malam-malam seorang diri tepi laut putus cinta ke?”
“Abang Joe sanggup jadi penggantinya.”
Aku buat tak peduli saja, tapi mungkin reaksi ku yang macam batu menyakitkan hati mereka sehingga salah seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Joe menarik kunci motor aku. Memang kurang sivik.
“Naik motor dengan abang Joe saja lah. Kita pusing-pusing bakar jalan.”
“Bak balik kunci aku.” Suara ku tinggi.
Mataku bertembung dengan mata lelaki yang bertukar senyuman denganku tadi, tidak jauh dariku. Lelaki itu kulihat sudah berdiri dan menghampiri aku dan mat-mat motor yang berdiri mengelilingiku.
Barulah jelas wajahnya kulihat. Tadi jauh dan agak gelap jadi tak berapa nampak. Boleh tahan juga orangnya, agak tinggi dan matanya ketika bertemu dengan mataku, mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang kalau boleh tak nak aku ingat ketika ini.
“Saudara, bagilah balik harta orang. Kalau orang tak suka, tak payahlah nak jual murah diri tu.”
“Ni Mat Jambu mana pula duk meyemak ni. Nak makan siku abang Joe agaknya.” Si Joe Jongos kelihatan panas hati.
“Saya rasa saudara pun boleh tahu sendiri yang Cik ni minta dipulangkan balik hartanya. Tak baik mengganggu ketenangan orang lain.”
Suka pula aku lihat dia bersuara, tenang dan nampak yakin, tidak langsung gentar walau berhadapan dengan musuh yang lebih ramai.
“Kau apahal mat?”
Dia senyum. Dan aku terpana melihat senyuman yang terukir di wajahnya yang kulihat di bawah sinaran lampu malam ini. Apakah aku sudah gila sampai terbayang wajah Danial di wajah lelaki ini.
 Si Joengos menolak bahu lelaki itu. Dan aku lihat dia terundur ke belakang sedikit. Terkejut aku bila lelaki itu mencampakkan kunci motorku. Huh dasyatnya macam mana dia sempat ambil kunci tu dari tangan si Joengos.
Aku sambut dan dia menjerit padaku “GO!”
Bagai robot menerima arahan aku cuba hidupkan enjin, tapi gagal. Apasal ni selalu okay saja?
Aku lihat lelaki itu yang berdiri sebelah aku gelak, aku pandang dia pelik, kenapa?
Aku membaca gerak bibirnya, oh patutlah tak hidup aku lupa nak masukkan kunci, aku pula terjangkit gelaknya.
Joengos mendekati dan cuba menumbuk lelaki ini, tetapi dia hanya berjaya menumbuk angin.
Aku bagai terpaku melihat mereka berdua saling berbalas penumbuk dan penendang. Dan akibatnya si Joengos tersungkur ke jalan.
Si Joengos bangkit, penumbuk sudah digenggam dan lelaki misteri ini sudah bersiap sedia dengan kekuda silatnya. Namun penumbuk tidak sempat dilayang bila kaki-kaki pancing yang cuma jadi pemerhati sejak tadi masing-masing sudah bangkit dan menghampiri.
“Hoi, nak buat pasal jangan kat sini!”
Dengar jeritan dari belakang, dan suasana yang hangat dengan aura membunuh mulai kendur. Si Joengos dan geng jongosnya kelam kabut mendapatkan motor masing-masing dan berlalu. Namun sempat bagi amaran kosong kepada kami di sini.
Namun kami sambut dengan ketawa. Baru kena gertak sedikit dah mencicit lari, ada hati nak bagi amaran segala.
Aku senyum tanda terima kasih kepada mereka semua, dan seorang kakak yang menemani suaminya memancing menepuk bahuku perlahan sebelum kembali semula menghadap pancing. Dan kini di depanku lelaki misteri ini masih memandangku, lama seolah memikirkan sesuatu. Aku senyum cuba tenangkan diri.
Hissy, tak suka betullah orang tenung aku macam aku ini alien baru turun dari langit.
“Er… terima kasih lah encik tolong saya tadi.”
Dia ni murah betul dengan senyuman. Manis sangat mukanya. Berderau juga darah ku tapi tak sehebat tsunami yang melanda jiwa setiap kali aku menatap wajah Danial. Ah, mengapa nama dia juga yang terlintas difikiran. Benci betul.
“Tak payah berencik dengan saya, just call me Aufa.”
Aufa lagi? Dei, berapa banyak orang nama Aufa lah yang aku jumpa, jangan-jangan Aufa ni pun ada kaitan dengan Liams juga. Silap-silap pernah juga nak ditunangkan dengan aku. Hehe, berangan saja aku ini.
“Kenapa muka macam terkejut sangat?”
“Tak ada apa-apa. Cuma awak mengingatkan saya pada seseorang.”
“Suami ke?”
Aku tergelak besar sebelum menggeleng kepala.
“Saya nampak macam dah kahwin ke?”
“Tak ada lah, just takut juga kalau saya mengganggu hak orang. Mati nanti kena kapak. Walaupun awak sebenarnya nampak sangat muda nak jadi hak orang, tapi siapa tahu kan. Just berjaga-jaga.”
Terbayang lintasan wajah Danial memegang kapak sambil berlari mengejar Aufa, gerunnya aku. Teringat di Teluk Senangin selamba saja dia mengangkat aku naik ke atas motor. Tak mustahil juga kan kalau dia dapat tahu aku merayau sampai tengah malam tak balik-balik rumah, dia akan mengamuk besar.
“Tak apa. Dia hanya seseorang, tak bermakna apa-apa.”
Entah mengapa aku rasa senyuman yang Aufa ukirkan agak sinis. Kenapa ya?
“Er, awak terima kasih sebab tolong saya tadi, tak tahu nak balas macam mana.”
“Maaf kalau awak terasa tapi lain kali er…cik…”
“Nama saya Auliya.”
Dia pandang aku pelik, tapi senyum kemudiannya. Dia ini mat senyum agaknya. Berbeza betul dengan si Danial yang jarang senyum tapi cukup dengan lirikan mata cukup buat aku terpaku, terpegun dan terkeras kejur hatiku.
“Auliya… kalau boleh lain kali janganlah keluar lewat malam begini, sendirian pula. Jenayah itu tak mengenal waktu, siapa atau apa-apapun. Just be careful. Jangan risaukan orang yang menyayangi awak, mesti mereka susah hati. Jangan terlalu berani. Kita tak tahu niat manusia, dengan saya pun awak jangan terlalu percaya, entah-entah saya ini orang jahat ke, penjenayah ke. Apapun sentiasa hati-hati Auliya.”
Aku Cuma angguk mendengar nasihatnya, malas nak komen lebih. Kerana satu kata-kata dia memang betul dan kedua dia memang betul. Mungkin ini hukuman aku sebab tak dengar cakap orang tua dan tak reti nak balik rumah sejak asar tadi.
“Auliya marah ke? Maaf saya rasa saya terpanggil nak menegur. Saya lihat Auliya lebih muda dari saya dan saya rasa terpanggil untuk menegur. Maaf kalau saya melebihi had.”
“Tak, tak apa. Saya tahu awak maksudkan yang baik. Anyway thanks, tak tahu nak balas macam mana. Er… saya rasa saya minta diri dulu lah, awak pergi lah sambung memancing balik.”
“Nak balik, seorang?”
Aku angguk, pelik. Ada nampak aku beramai-ramai ke? Ni yang naik seram ni.
“Sekejap ya Man… Er Auliya. Kejap.”
Dia kelihatan tersasul, hisyy merepeklah mungkin hanya perasaan aku sahaja ingat dia nak panggil namaku yang satu lagi itu.
Aku lihat dia mengemas peralatan memancingnya dan terdengar bunyi alarm kereta, pintu kereta dibuka. Dia menyumbatkan segala mak datuk nenek jorannya, dan kotak gabus putih kecil yang mungkin diisi umpan ke dalam boot Satria GTI.
Wow, Satria GTI kereta idaman hatiku. Naik satu mata lagi untuk lelaki ini.
Dia menghadap aku semula, dan aku memakai helmet dan siap-siap untuk menghidupkan enjin motor.
“Auliya jalan dulu, saya follow belakang ya.”
Ha nak mati kalau abang Mat nampak aku kena follow dengan lelaki kat belakang, mati aku dikerjakannya. Silap-silap EX5 ini dirantainya pula nanti.
“Saya Cuma ikut Auliya dari belakang, sehingga Auliya sampai rumah. Saya Cuma nak pastikan Auliya selamat. Not more and not less.”  
Akhirnya aku jalan dulu di hadapan dan dia mengekor aku dari belakang dan sampai sahaja di kawasan rumah ku, dia memberhentikan keretanya, melihat aku sebelum melambai tangannya dan berlalu.
Ah ruginya aku, aku hanya tahu namanya sahaja, sedangkan dia tahu namaku dan rumahku lagi. Ah, rugi rugi kenapalah tak minta nombor telefon dia tadi.
 Ah, Manja jangan kau lupa diri. Kau tunangan orang. Bukan sebarangan orang tapi orang kuat Tok Aki. Dush, dush!
Abang majikan kau pula. Lagi sekali dush, dush, dush!
Aku buka pintu rumah perlahan-lahan, terkejut aku bila lihat lampu terang benderang dan di ruang tamu duduk Tok Aki, Emak dan abang Mat yang sedang berjalan ulang alik. Aku beri salam dan semua memandang.
“Manja Auliya, dari petang bawa ke tengah malam, ke mana kau pergi ha? Merisaukan semua orang, handphone off pula tu.”
“Ahmad Hassan, adik tu untung balik. Jangan dijerkah begitu. Bukankah baik duduk berbincang elok-elok.”
Suara Tok Aki walau didengar lembut namun aku tahu dia juga marah pada ku. Kebiasaan diri Tok Aki bila marah kami adik beradik, suka dipanggil dengan nama penuh.
“Manja Auliya, duduk dulu. Mesti penat kan seharian duk ukur jalan. Nasib baik jumpa sign board balik rumah. Kalau tak, tak tahulah.”
Dush dush, Boom! Terasa sindiran Tok Aki tepat sasarannya.
Aku baru perasan kehadiran tubuh tinggi lampai yang berdiri menyandar di tepi tingkap, wajahnya keruh. Terasa pandangannya tepat memanah jantung. Sejak bila dia ada di sini, sungguh aku tak perasan. Tak perasan pula aku keretanya di luar tadi.
Huh, menyampah aku lihat si penyibuk ini.
“Maaflah Tok Aki, emak abang mat, Manja nak masuk bilik dulu.”
Tanpa tunggu reaksi mereka, aku masuk ke dalam bilik dan pintu kukunci. Tak peduli ketukan abang Mat di pintu, macam nak roboh pintu dibuatnya. Lantak lah, apa nak jadi, jadilah.
“Mat biarlah dia, beri dia masa.”
Aku mencebik bibir mendengar suara itu. Huh, konon memahami. Kalau kau faham aku, kau sepatutnya batalkan saja pertunangan ini. Itu yang aku mahu.
“Ikut hati aku Aufa, esok juga aku nikahkan kau dengan dia. Rasa sesak dada nak jaga puteri kayangan seorang ni.” Suara abang mat pula.
“Mat dia masih muda. Tak apa. Mungkin dia perlukan masa.” Suara Tok Aki pula.
Malas nak dengar apa-apa lagi yang berkaitan dengan hal ini, aku sumbat telinga dengan earphone dan lagu Nirvana kukuatkan suara semaksima mungkin.

***

No comments:

Post a Comment