Wednesday 8 April 2015

Dia, Abang Terbang Ku!!!


Karutan ke-7

Setelah dua hari buat cuti sendiri, pagi ini aku ke Liams. Terkejut melihat Kayline sudah masuk kerja semula. Kata nak cuti seminggu. Cepatnya habis dia bercuti.
Tujuanku hanya satu hari ini, aku mahu berhenti kerja. Aku tidak mahu merasa terus terhutang budi kepada keluarga Liams.
“Awak cuti tanpa notis, dan sekarang awak nak berhenti. Apa yang tak kena Auliya? Awak boleh kongsi dengan saya kalau awak ada masalah. Saya bukan majikan yang kejam.”
“Saya tak nak kerja, itu sahaja. Saya tak ada apa-apa masalah dengan kerja ini.”
“Ini tentu pasal abang saya kan. Look here, Auliya. Saya takkan terima ini, lagipun saya perlukan awak sekarang. Kayline pun terpaksa saya panggil masuk kerja kut walhal dia ada baki cuti lagi. Maaf saya memang tak boleh terima, awak janji dengan saya awak nak kerja sini sampai lepas dapat result spm, so it will be. Jangan kerna my along awak tiba-tiba nak berputus arang berkerat rotan dengan saya dan my Liams.
Aku terkedu, tak sangka Miss Kate dapat baca niatku. Selain dari rumah, Liams saja tempat ku habiskan masa. Tapi nampak gayanya dua-dua tempat ini pasti ada si tom Welling itu.
Huh, tak rela diriku, sudahlah kena paksa tunang, lepas tu kena paksa pula tengok muka dia hari-hari. Tak sanggup lagi hati ini.
“Sudah lah Auliya. Pergi sambung buat kerja awak. Jangan pedulikan hal lain-lain, ingat kerja tetap kerja jangan campur dengan hal lain.”
“Maafkan saya, Miss Kate tapi saya memang tak boleh nak terus kerja di sini. Hari ini saya datang Cuma nak beritahu saya nak berhenti kerja. Tak dapat gaji untuk bulan ni pun tak apa. Saya minta diri dulu.”
Di depan pintu aku bertembung dengan dia, dia menghadang jalanku. Aku ke kiri, dia ke kiri, aku ke kanan dia ke kanan, aku berdiri peluk tubuh tak puas hati, dia boleh letak tangan dia mendepa menghalang pintu. Aku menunduk dan lalu di bawah ketiaknya. Haha, berjaya juga lepas. Lima kaki confirm boleh lepas bawah enam kaki.
“Manja tak kerja ke hari ni?”
Laungannya aku biarkan tak berjawab. Motor kuhidupkan dan kulihat dari cermin sisi, dia hanya berdiri memerhatikan aku berlalu. Apa dia ni tak ada kerja ke? Aku asyik nampak muka dia sahaja di Liams?
Mana dia dapat duit ribu riban ringgit Malaysia tu kalau dah kerjanya sejak aku jumpa dia asyik di Liams? Entah-entah dia ni buat kerja jahat kot itu pasal lah cepat kaya?
Destinasi pertama isi minyak motor penuh-penuh, sampai meter minyak tu mencanak-canak tunjuk full.
Pusing-pusing keliling pekan Sitiawan, pergi Manjung pula, haissy sudah tak tahu nak pergi mana pula. Berhenti pula di tepi jalan, telefon Amri tak berangkat. Gigih betul kawan aku seorang ni kerja, sampai aku telefon tak berangkat-angkat aku call dari pagi tadi.
SMS masuk, nombor siapa pula ni? Tadi Miss Kate SMS, siap call lagi kata dia bagi aku cuti hari ni. Tapi jangan harap nak berhenti.
-Benci sangat aih dekat abang?-
-Siapa ini?-
-Tengok belakang-
SMS itu aku biarkan tak berjawab. Hissy, siapa pula agaknya, siap suruh tengok belakang pula, huh! Tapi aku tengok juga dari cermin sisi. Alamak hai, bila masa pula Storm kuning itu ada di belakangku.
Dia hon, aku siap sedia nak pakai helmet. Dia keluar aku masih berusaha nak hidupkan EX5, apahal ni kunci semua dah pasang, janganlah meragam. Hai takkan EX5 pun gabra tengok superman Malaysia ni?
Alhamdulillah dah boleh start, aku press tapi tak boleh bergerak. Apahal pula lagi ni, gear dah masuk kot. Aku kerling cermin sisi, Ya Allah bapak budak!
Aku menoleh, dia buat muka selamba tangannya masih memegang kuat ex5, macam manalah nak bergerak? Aduhai…
Dia sudah duduk membonceng di belakang, hissy tak selesanya. Aku buang gear dan matikan enjin. Kunci ku ambil, motor ku tongkat dan aku bingkas turun biarkan saja si tua ni duduk di atas ex5.
Tapi dia masih selamba. Aku tengok dia, dan dia tengok aku semula.
Cermin mata hitam bapak reben dia sudah diselitnya di kolar bajunya.
Hai melihat dia di bawah cahaya matahari ni, duduk di atas ex5 dah macam tengok model promote motor pula, wajahnya yang eksklusif tapi promote ex5 buruk ku.Melihatkan ini, mengingatkan aku, wajah dan gaya sebegini pernah ku lihat dimana-mana, entahlah.
Sebuah lori kontena lalu, dan aku rasa macam nak terbang bila lori itu lalu laju di sebelah kami, membawa angin bertiup dan aku lihat rambutnya yang ikal hitam tetapi sedikit keperangan itu ditiup angin.
Aduh Tuhan ku, mahu terbakar menanah hati ini melihat keindahan si Adam di hadapanku ini. Pantas bibirku mengucap SubhanAllah. Segala pujian hanya padaNYA yang mencipta sebaik-baik kejadian.
Kejadian yang sebaik Aufa Danial yang membuat hatiku berdebar tapi kukatakan benci. Hakikatnya ku sendiri tak pasti, yang pasti kadang ia benci dan terkadang ia merindui.
Membenci dan merindui tunangan sendiri. Bukankah dia yang membuat tiang konkrit hati ini bergegar saat pertama kali kami bertentangan mata? Jadi apa lagi yang harus kau lawan dan nafi, Manja? Sambut sahaja pertunangan ini dengan hati yang rela.
Oh tidak, aku tidak mahu usia mudaku diatur-atur begini, tidak suka hidupku bagai buah catur di tangan keluarga. Bergerak ikut kemahuan yang memegang. Aku masih muda, aku mahu merasai banyak lagi tetapi pertunangan ini bagai menyekat mengehad diriku menggapai apa yang mahu kukejar dalam hidup.
“Manja Auliya, kenapa nak berhenti kerja?”
Wajahnya serius. Haih, dia ni sebiji macam Tok Aki kalau nak marah suka panggil nama penuh. Oh sungguh old school.
“Sebab nak berhenti kerja lah saya berhenti, kenapa apa pula?”
Berubah wajahnya, terkejut agaknya mendengar nada suaraku dan jawapanku. Tapi kemudian dia senyum pula, huh perubahan emosi yang sukar kubaca, sukar.
“Manja cuba dekat sikit ketika bercakap dengan abang, pandang muka abang betul-betul. Abang Cuma nak Manja kenal siapa abang, nak kita berkenalan. Tapi kalau Manja lebih suka nak kenal abang lepas kita kahwin abang tak kisah, abang lagi suka. Lebih manis lebih indah.”
“Kita kahwin? Bila? Siapa nak kahwin dengan awak?”
Aku duduk di tepi jalan, dan dia boleh mengayuh motor dengan kakinya mendekati ku, dan kami dekat. Dia tunduk memandangku.
“Manja tak suka abang ke?”
Aku mengangguk laju.
Padahal hati dah nak cair bila anak mata coklat kehijauan itu memandang tepat ke anak mataku. Duk bayangkan Clark Kent versi Smallville duk mengayat aku, hehehe. Superman Melayu atau abang terbang di hadapanku dan aku sempat berangan aku teman wanitanya hehehe.
Kalau Amri nampak ni mahu dia terlopong, tengok ada juga orang nak pada aku. Choppp!! Danial bukan nak kat aku, tapi kerana tanggungjawab, tanggungjawab. Habis berkecai semua angan-angan.
“Benci? Benci sampai nak membunuh?”
Aku angguk tapi kemudian menggeleng.
“Okay tidak lah sampai nak membunuh. Kira masih boleh terima lah?”
Aku geleng.
“Tak boleh terima abang sebab abang tua? Sebab Manja muda? Abang tua?”
Aku angguk dengan lajunya. Dia bulatkan mata. Haha, comelnya.                                      
“Maafkan abang pasal usia itu abang tak boleh nak buat apa, tak boleh nak ubah. It’s a fact that I’m 10 years older than you are, Cherie. Tapi umur kan hanya nombor. Abang pun okay saja boleh terima manja abang muda s-e-p-u-l-u-h tahun dari abang. Abang tak merungutpun, suka lagi ada.”
Hissy, dia ni memang suka mengeja ke apa? Tak payah nak tekankan sangat 10 tu boleh tak? Memanglah dia boleh terima sebab aku nombor kecil, tapi dia nombor besar, mana boleh samakan. Tapi aku masih membisu, masih buat tak peduli.
“Okay, memandangkan Manja dah tak ada kerja, confirm Tok Aki, abang Mat dengan emak takkan bagi Manja duit poket, abang ada tawaran kerja untuk Manja ia datang dengan sesuatu yang tak boleh ditolak. Gaji boleh dirunding, tapi confirm ribu riban, ada elaun makanan, pakaian, keperluan harian, tempat tinggal tersedia. Siap ada percutian keluarga, hari keluarga lagi, nak pergi mana cakap saja. InsyaAllah semua boss boleh tanggung. Kerjanya pun senang. Pendek kata all in one.
Menarik! Tapi macam pelik saja kerja ini, banyak sangat kelebihan. Lagipun aku SPM pun belum confirm lepas lagi takkan boleh pegang gaji ribu riban?
“Penat lah abang dok bercakap dari tadi, Manja sepatahpun tak cakap apa, bisu aih?”
Aku buat muka, dia pula naikkan kening.
“Orang kata diam anak dara tu tanda setuju, maknanya setuju lah dengan offer kerja tu?”
“Eh, bila pula? Kerja apa?”
“Yang abang cakap tadi tu.”
“Kerja apa macam tu?”
“Jadi milik abang yang sah, jadi isteri abang. Sehidup dan semati. Hingga akhirat InsyaAllah. Cuba terima kelebihan dan kekurangan abang dan abang juga akan cuba terima kelebihan kekurangan Manja. Sebagai isteri abang, InsyaAllah semua kelebihan yang abang sebut tadi tu akan Manja dapat. Abang akan cuba usahakan, insyaAllah. Tapi kalau manja minta bulan bintang, nak mendarat di matahari abang minta maaf itu memang tak boleh. Bulan bintang tu memang dah cantik di langit sana, tak mahu mencacatkan langit. Biarlah mereka di situ. Takkan abang sampai hati nak cacatkan langit. Biar saja mereka di situ. Kalau Manja pinta nak terbang di awan, insyaAllah abang boleh usahakan. Cakap sahaja nak terbang ke mana, insyaAllah abang akan bawa manja terbang. Terimalah tawaran untuk menjadi makmum abang dan biar abang jadi imam Manja. Di dunia dan akhirat. Jadilah milik abang yang sah, seperti mana yang keluarga kita mahukan sejak dulu dan abang jua.”
…seperti mana yang keluarga kita mahukan dan abang jua.
Abang jua? Maknanya keinginan itu jua keinginannya. Hissy, takkanlah si tua ni ada hati pada budak baru cukup umur macam aku ni? Aku pandang dia, huh seriusnya muka.
Aku melurut bulu roma di tangan yang terasa seram dengan kata-kata Danial. Wajahnya serius, nampak yakin dan berpegang teguh pada kata-katanya. Dan hatiku bagai kecut takut mendengar ketegasan dan keyakinan kata-katanya.
Ikut hati nak sahaja aku start motor blah, tapi dia di atas ex5. Macam mana aku nak lari seperti kebiasaannya. Nak tak nak, memang kena mengadap dan selesaikan semuanya. Tapi serius perutku naik kecut dengar bicaranya, aku tak suka topik ini.
Macam mana nak buat ya sampai topik ini tidak dibicarakan lagi.
“Hai, bisu balik? Diam setuju la ya.”
“Saya tak sesuai untuk awak.” Perlahan aku tuturkan kegusaranku.
“Siapa cakap, meh abang nak jumpa dia.”
“Saya yang cakap. Saya muda lagi kot.”
“Muda atau tuanya usia bukan ukuran padanan seseorang.”
“Saya tak cantik, pendek, SPM pun belum tentu lulus. Masak tak pandai, kemas rumah malas. Baju pun keromok tak bergosok. Selekeh serabai. Pendek kata saya tak sesuai langsung dengan awak. Awak takkan nak setuju membuta tuli saja dengan permintaan keluarga kita, nak jadikan budak macam saya seorang isteri?”
“Tahu tak apa.”
Sudah itu pula jawabnya, aku mencebik bibir. Geram.
“Jadinya abang boleh terima semua itu kenapa Manja tak boleh nak terima tunangan Manja yang ala-ala Tom Welling ni?”
Dia angkat kening, aku tunjuk penumbuk. Jangan nak samakan dirimu dengan Superman ku. Kamu jauh beda.
Dia itu hanya buat aku ucap Alhamdulillah dengan keindahannya, tapi awak Danial, abang terbang yang membuatkan hati saya terkejut terkeras dan terpaku. Awak pencuri hati saya, tapi dia penyelamat hero pujaan, hehehe.
“Manja, dengar sini. Abang bukan nak cari model iklan nak tengok manja cantik atau tinggi atau apa sahaja, Manja dah cukup indah di mata abang. Tak pandai masak, tak pandai kemas rumah, tak pandai gosok baju ke apa ke itu tak penting, tolak tepi. abang bukan nak cari orang gaji.  Semua tu boleh diajar boleh diterap boleh dibentuk. Dan Manja abang tak pernah membuta tuli terima permintaan keluarga kita, abang memilih manja kerana manja yang abang mahukan sebagai suri di hati abang, suri dalam rumahtangga abang. Kawan dan lawan abang, peneman susah dan senang. Faham tak, budak kecik?”
Tolong tolong aku dah naik lemas dengar segala ayat mengancam nyawa dari pemandangan memukaukan jiwa. Matanya yang tajam menikam dan kata-katanya buat aku rasa dah terbang ke langit biru.
Tapi nanti dulu, dia panggil aku apa? Budak kecik?
“Abang tak punya banyak masa nak luang dengan Manja. Dua minggu lagi abang terpaksa fly balik ke New York. Abang akan busy dengan kerja abang sampailah pertengahan tahun ini. Mungkin dalam Julai baru abang dapat balik ke Malaysia semula. Nak tak nak dua minggu ni sahaja yang kita punya untuk berkenalan dan dalam masa dua minggu ni sahaja dapat abang beri untuk manja buat keputusan sama ada nak ikut abang ke New York atau tinggal di Malaysia selepas kita kahwin nanti. Kalau tak dapat jua keputusan abang sanggup tinggalkan semua kerja untuk Manja dan pulang ke Manjung.”
Bulat mataku? Apa dia mengarut ni?
“Apa maksud awak? Kita kahwin? Bila saya beri persetujuan untuk kahwin dengan awak?”
Dari atas ex5, matanya rasa tajam menikam. Nak marah kenapa pula? Aku ada hak untuk menolak kot!
“Saya nak kita putuskan pertunangan ini. Saya tak mau kahwin dengan awak, apa lagi nak ikut awak ke mana-mana. Tak mau. Paksa lah macam manapun saya memang tak mau. Berapa kali awak tanya pun saya tetap akan tolak. Apa-apapun dari awak saya tak mau.”
Aku merengus, marah geram dengan orang tak faham bahasa.
 “Walau jauh mana Manja cuba tolak, Manja cuba lari dari abang. Percayalah, Manja tetap akan menjadi milik abang. Sebab Manja pilihan abang. Faham tak budak kecik?”
Dan dia selamba badak merenungku dengan mata nya yang menikam nikam hatiku. Dan aku rasa bagai aiskrim mencair dengan kata-katanya.
“Tak mau faham! Dah tepi, orang dah tak sabar nak pi jamban ni. Ada Storm sibuk menyemak kat motor kita.”
Aku membengkeng geram, sempat pula kupetik perumpamaan darinya merujuk kepada perbuatan merempit. Dia galak ketawa namun memberiku laluan, dan dia masih ketawa ketika aku berusaha menghidupkan ex5.
Ishhh… Ex5 ni.

***
xx Maaf andai tak kena di jiwa.cuma suka-suka. xx 

No comments:

Post a Comment