Wednesday 8 April 2015

Dia, Abang Terbang Ku!!!



Karutan ke-8

“Kau dah gila atau memang kau sengaja nak buat gila, Auliya?”
Aku sengih, melihat Amri marah aku sudah dapat rasakan  kemenangan di pihakku. RXZ lama Amri ku usap mesra, membayangkan wajah dia bila melihat aku merempit dengan RXZ ini nanti.
Membayangkan matanya yang akan melancarkan laser tepat ke hatiku tapi nanti masa itu aku akan pasang perisai siap-siap. Dan bila dia marah dia akan membatalkan pertunangan kami, tak mungkin dia akan suka pada aku lagi, tambah-tambah bila tengok aku merempit nanti.
Dia kan benci penunggang motorsikal yang suka bawa motor laju-laju macam nak pergi jamban katanya. Kalau jadi minah rempit boleh buat dia benci aku dan batalkan pertunangan kami, aku sanggup merempit belajar terbang guna rxz ni pun aku sanggup.
“Dah sengih pula? Sorry beb, aku takkan izinkan kau bawa kesayangan aku ni. Kalau kau nak duduk belakang boleh aku bawa tapi nak bagi kau bawa sorry. Jahanam kesayangan aku nanti, kau bawa ex5 pun kecut kecut, ada hati nak bakar jalan dengan z aku.”
Kucekak pinggang, kunci dari tangan Amri aku rampas.
“Kalau kau tak nak bagi aku pinjam, motor ni aku tarik. Ingat aku bagi duit ratus ringgit Malaysia untuk kau betulkan kesayangan kau ni untuk kau ke? Sorry bestie, kalau kau tak nak ajar aku bawa, aku boleh belajar sendiri. Tapi jangan harap kau dapat balik rxz ni.”
Aku sudah melangkah mendapatkan ex5, bila Amri memanggilku, dari rupanya aku sudah tahu dia sudah cair dan mengalah denganku.
“Aku tahu kenapa kau nak buat semua ni Auliya. Tapi kau rasa akan berjaya ke? Aku risau lah, benda yang kau cuba lakukan ni bahaya. Silap-silap kau gagal dan ‘gol’ terus.”
Aku senyum sahaja, sambil mengangkat-angkat kening.
“Tak cuba tak tahu, kau sahabat aku, kata nak sehidup semati, takkan ni pun tak boleh tolong?”
Amri garu kepala, nampak sangat serba salah. Nampak gaya jalan kemenangan semakin meluas. Tahniah Manja!


***

No comments:

Post a Comment