Wednesday 8 April 2015

Dia, Abang Terbang Ku!!!



KARUTAN KE-9

Dari jauh aku sudah nampak Storm kuning milik abang terbang, inilah masanya nak tunjuk aksi, huhu.
Ku pecut laju RXZ memotong abang terbang. Saat kami bersebelahan matanya tajam menikamku, pantas ku alih pandangan dan memecut laju meninggalkan dia makan asap motorku.
Aku dengar bunyi hon, dia tegur aku agaknya. Perasankah dia aku yang memotongnya dengan penuh gaya ini?
Tepat ku sampai di Liams, dia juga sampai. Aku sengaja duduk di atas Rxz, helmet masih tak kutanggalkan. Bila kulihat dia sudah keluar dari kereta, baru kubuka helmet. Rambut panjang yang ku potong pendek aku betulkan. Huru hara jadinya rambut hero koreaku dek helmet Amri ni.
Dia mulanya jalan sahaja melepasi aku, sepertinya tidak mengenaliku. Nampak sombong dan berkarisma sahaja abang terbang hari ini, dengan kot di tangan dan cermin mata hitamnya. Manalah nak perasan aku yang penuh bergaya hari ini.
Dia ni pakailah apa sahaja, tetap nampak macho dan berkarisma. Tak pernah gagal buat hatiku berdegup.
Tepat didepan muka pintu Liams, dia berpaling memandangku. Cermin mata hitamnya ditanggalkan. Matanya tepat memandangku dan aku cuba mengawal hati dan riak wajah berlagakku.
Maintain berlagak dan berkeyakinan, please Manja. Jangan biar dia nampak yang kau menunggu reaksinya.
Dia tidak menghampiriku, seperti yang aku mahukan. Dia tidak menegurku seperti yang aku mahukan. Sebaliknya dia buat bodoh sahaja dengan ku. Sekejap sahaja dia memandangku, tak sampai sesaat pun sebelum dia segera masuk ke Liams.
Dan aku kecewa. Kenapa harus kau kecewa Manja? Bukankah ini kaumahukan? Supaya dia bencikan kau? Supaya ikatan antara kalian putus? Supaya kau bisa terbang tinggi jauh dari percaturan ini?
Aku tidak jadi masuk kerja, aku sms Miss Kate minta cuti lagi, siapa suruh paksa aku kerja. Bukankah aku minta berhenti? Sekarang rasakanlah sendiri.
Rxz kuhidupkan dan aku memecut entah tak tahu ke mana. Hatiku jadi hancur berkeping-keping bila terkenang wajah Danial tadi. Nampak sangat dia benci, dia tak peduli!
Aku fikir aku akan senang dengan begini, tapi mengapa hati ini rasa sakit melihat reaksinya.Dia tidak peduli, dia tidak kisah.
Ini bermakna aku bukan sesiapa baginya. Aku mengharapkan dia menegur, dia marah perubahan yang aku lakukan tapi kenapa dia seolah tidak peduli.
Cheer up Manja Auliya! Ini adalah satu petanda yang baik. Mungkin esok atau lusa dia akan memutuskan hubungan yang tercipta tanpa rela ini.

***

No comments:

Post a Comment