Wednesday 8 April 2015

Dia, Abang Terbang Ku!!!

                                                                                      


                                                                      Karutan ke-4


Pagi esoknya gigih aku pergi kerja satu jam lebih awal, minta tolong Amri ambil di rumah. Nasib baik Tok Aki tak nampak aku bonceng Rxz Amri. Kalau tak siap telinga sajalah dengar ceramah balik kerja nanti.
“Gila awal kau pergi kerja hari ini. Bukan masuk pukul 9 setengah pagi ke?”
“Saja nak ajak kau breakfast sama. Dah lama kan kita tak makan sama-sama macam masa sekolah dulu? Tiba-tiba rindu.”
Amri pandang aku cuak. Siap tenung muka aku macam nampak benda pelik. Tangannya dilekap ke dahi aku, tak sempat nak elak.
“Aku rasa sejak kau tak jadi tunang ni, otak kau dah terkena kejutanlah. Bukan hari-hari ke kita melepak sama? Breakfast lunch dinner semua muka aku juga yang teman kau melantak. Kau confirm tak nak aku hantar kau pergi klinik? Risau aku. Kau MC lah hari ni, aku bawa kau jumpa Doktor jom!”
Pappp! Pantas tangan kulayangkan ke bahu Amri. Mengaduh sakit juga dia. Tapi dia boleh lagi ketawa, suka tengok aku marah. Rasa macam nak runtuh restoran Briyani mamak ni dengan ketawa Amri.
Perghh ketawa kalau tak macam petir tak sah. Malu aku, mata pelanggan yang ada semua memerhatikan kami dan aku memerhatikan kakiku, pura-pura aku tak ada disini.
“Dahlah. Kau dah habis makan kan? Aku nak kena masuk kerja dah ni.”
Storm kuning! Ah bukan dia seorang sahaja yang pakai kereta jenis tu di Manjung ni.
Aku brek mengejut dibuatnya, Amri yang berjalan di hadapanku sambil memasukkan kembali duit ke dalam dompet aku langgar.
Dia keluar dari Storm. Langkahnya diatur kemas ke arah aku dan Amri. Wajahnya sukar dibaca tapi kehadirannya sudah cukup membuat taufan bertiup kencang dalam hati. Argh, kacau macam mana dia boleh ada sini.
Dia semakin hampir, dan aku rasa macam nak menyuruk lari ke mana-mana, tak suka bertembung begini. Nampak sangat aku nak lari.
“Danial?”
Soalan Amri aku jawab dengan anggukan.
“Gila handsome macam ni kau tak nak? Terima sajalah Liya, bukan senang nak dapat. Bukan ada orangpun nak kat kau!”
Aku jeling Amri, geram. Bahunya kutepuk, Amri ketawa.
Salamnya disambut Amri, dan mereka bersalaman. Aku perasan pandangan mata Danial. Nampak macam marah. Tapi tak nampak berapi pun, nampak tenang. Sukar kubaca. Kecut perut.
“Aufa Danial.”
“Amri, kawan Auliya. Tadi kami baru lepas breakfast, er encik lambat sikit saja kalau tak boleh join sekali.”
“Amri, boleh panggil saya abang saja. Tak apalah abang dah kenyang.”
Mata dia memandangku sebelum memandang Amri semula. Hai, perli ke apa?
Aku pasti dia tak makan lagi. Kemungkinan besar aku akan dimakannya.
Membayangkan pastilah tadi dia sudah ke rumah, mungkin diberitahu oleh Tok Aki atau Emak yang aku sudah pergi. Dan dia ke sini untuk makan, dan tak sangka tertangkap aku terang jelas dan nyata disini.
Mesti dia marah.
“Kawan sekelas Manja ke?”
Amri kelihatan terdiam sebelum memandangku lama.
Dapat menangkap pandangan itu, tentu saja Amri pelik dan kecil hati mungkin.
Bukankah sepatutnya hanya keluargaku saja yang aku benarkan memanggilku Manja. Dia sendiri, sahabat sejakku kecil hanya memanggilku Auliya. Sedangkan Danial kenal tak sampai sebulan sudah memanggil aku manja.
“Ya, saya kawan sekelas dengan Auliya, sejak kecil lagi. Er kejap ya saya kena jawab call ni. Office.”
Amri ke tepi menjawab telefon dan kami tinggal berdua, berdepan, dari mata coklat kehijauannya ke mata coklat ku dan di aras enam kaki, wajahnya, matanya semuanya terasa panas berapi. Dia marah. Senyumnya sinis.
“Abang ingat nak singgah breakfast before pick my manja up. Tak sangka belum makan, abang dah rasa kenyang. Never expected that my manja will be here, early wow look at the time, it still 8.30 in the morning. Bukan sepatutnya abang ambil manja pukul Sembilan?”
Oh, dia tak pergi lagi rumah. Alhamdulillah maknanya tiada siapa sedar dan perasan aku membonceng RXZ Amri. Selamat dari ceramah.
Tapi yang di depan mata ni, macam tak sabar nak menceramahkan aku. Membelasah aku dengan kata-katanya.
Aku mendongak, meredakan hati yang berdegup tak sekata. Yang didepanku ini manusia juga bukannya apa-apa dan bukan juga sesiapa. Dia hanya abang kepada bos tempat aku bekerja. Tak lebih dan tak kurang.
“Seingat saya, saya tidak ada katapun saya nak atau setuju.”
“Manja, kenapa nak degil sangat? I was just trying to help you, its not that I am going to suck out your blood. Abang bukan vampire manja. Tak perlu takut sangat sampai nak pandang pun tak nak. Buruk aih abang ni?”
Amri datang. Jelas Amri pelik dengan kami berdua. Danial dengan wajahnya yang begitu, sukar ditelah dan dibaca dan aku yang berdiri jauh darinya dengan wajah yang tak puas hati begini.
“Er Auliya. Jom aku hantar kau pi kedai. Abang kami gerak dulu.”
“Amri, macam ni, biar abang yang hantar Manja. Lagipun abang memang nak ke Liams. Amri tak payah nak patah balik segala nanti.”
Aku buat muka kesian, sengaja pandang muka sahabatku ini lama-lama, bagi dia setuju denganku. Tak nak aku berduaan dengan Danial, rasa tak tenteram jiwa dan minda ini.
“Abang akan jaga Manja sebaiknya Amri. Dia akan sampai ke Liams dengan selamatnya. Takkan abang nak buat bukan-bukan kat tunang sendiri.”
Amri ketawa, dan dia setuju. Aku buat muka tak puas hati. Amri sempat menepuk bahuku sebelum pergi dan aku melihat Rxz nya dipecut laju meninggalkan kami. Huh, apa lah punya kawan.
“Saya tak suka awak kata macam tu pada Amri tadi.”
“Kata apa?”
“Pasal tunang tu.”
Danial memandang aku lama, terasa anak matanya bagai panah tepat memandang terus ke dalam hati. Dia memandang depan semula tapi tindakannya menekan hon tiba-tiba mengejutkan aku. Dia menegur penunggang motorsikal yang entah dari mana muncul tiba-tiba saja memotong kami. Laju kalah nak lumba dengan Rossi.
“Kalau boleh abang tak nak tengok Manja naik motor lagi, tambah-tambah Rxz si Amri. Tengoklah tadi dia pecut motor macam mana, macam tak tahan nak pergi jamban sangat lagaknya.”
Aku senyum. Dia ni dah kenapa? Habis EX5 abang mat yang aku bawa pergi balik kerja ke hulu ke hilir tu bukan motor ke?
“Kita marah dia boleh senyum pula.”
“Tak adalah cara awak bercakap tu, saya ni pergi balik kerja pergi mana-mana dengan motor kot. Amri tu tadi nak cepat, kalau dia bawa saya rasanya siput merempit lagi laju. Tok sah lah dok risau.”
Dia diam. Sampai masuk dalam kedaipun dia masih senyap. Tapi masih setia menemani aku sambil membantu aku mengemas kedai.
Dia duduk di kaunter, Miss Kate di dalam pejabat dan aku sedang mengemob lantai bila dia tiba-tiba mengeluarkan idea gila dia. Huh, dia ni banyak sangat duit ke sampai nak tabur kat aku ni?
“Esok abang daftarkan Manja untuk kelas lesen memandu kereta. Nanti abang cakap pada Katerina, suruh dia bagi manja cuti.”
Mop terlepas jatuh dari tanganku. Tak kisahlah jantung aku nak bergegar ke hati aku nak meletup ke setiap kali aku pandang dia. Matanya aku pandang tepat dan dia terdiam melihat reaksi aku.
“Kenapa? Tadi abang nak mopkan, manja tak kasi.”
“Awak ni kenapa? Saya tak nak duit awak, saya tak nak hadiah dari awak, saya tak nak awak tolong saya apa-apapun, saya tak perlukan apa-apapun dari awak. Awak boleh tabur duit awak tu pada orang lain. Pada tempat lain. Kalau dah rasa duit tu menimbun sangat sampai dah tak muat peti besi awak boleh sedekah pada badan kebajikan atau orang yang nak duit awak. Saya tak nak, tak nak. Awak siapa pada saya, tak payah nak tunjuk kekayaan awak pada saya. Saya tak hadaplah.”
Dia menghampiri aku, tenang sahaja. Dia letak mop ke tepi dan meletakkan tanda close di pintu kedai.
Berasap dan berbulu sahaja aku tengok tindakan dia. Tahulah ini kedai adik dia, tapi janganlah suka-suka hati nak tutup buka macam tu. Nanti customer lari siapa nak tanggung. Tahulah duit banyak menimbun.
“Abang rasa sudah sampai masanya Manja tahu cerita sebenar. Cerita sebenar tentang kita. Siapa abang pada Manja? Lagipun tak lama lagi abang kena travel merata semula. Abang tak nak pergi tinggalkan manja macam ini. Sooner or later you should be told.
Apa benda dia merepek ni? Cerita sebenar tentang kami? Siapa dia pada aku? Tak nak tinggalkan aku? Travel?
“Tunggu kejap. Abang jumpa Katerina kejap lepas tu kita akan cerita panjang lebar.”
Dia masuk ke dalam bilik Miss Kate dan aku terpaku berdiri di tengah kedai dah macam patung kencana. Bernyawa tapi kosong, keliru. Langsung tak mengerti apa-apa. Tapi aku dapat merasakan sesuatu, sesuatu yang aku rasa agak gila dan tak masuk akal di mindaku.
Aku capai beg di kaunter dan aku melangkah keluar kedai. Tak tahu nak ke mana, ternampak ex5 ku di tepi Storm kuning Danial dan Volkswagen Miss Kate. Dan di belakang kereta mereka ada lori sos cili Arnab berhenti, kelihatan pekerjanya keluar memunggah barang untuk dihantar ke kedai sebelah.
Aku mengeluh bila teringat kunci ex5 ada pada Danial. Langkah ku atur tanpa arah, macam orang gila rasanya.
Teringat hari itu, sampai panjat pokok aku tak mahu bertunang. Bermogok lapar segala. Takkanlah semuda ini, seawal ini? Keluarga aku sudah gila ke? Langkah ku atur lagi. Aku sudah jalan jauh dari kedai.
Aku ada cita-cita kot! Impian dan angan-angan. Aku nak merasa masuk U, naik pentas konvo, pakai jubah konvo. Merasa kerja bagus, ada kerjaya dan hidup tanpa diatur-atur. Merasa jatuh cinta dan dicintai, bukan begini. Bukan cara ini. Bagaimana dengan impian aku untuk jadi penulis? Hidupku nanti bagaimana?
Dia sudah mengikat aku dengan tali pertunangan itu, bererti hidupku langkahku juga terikat. Aku tidak akan bebas, aku akan tersekat oleh kemahuan dia.
Bunyi hon bertalu-talu menggangguku, aku toleh belakang.
Ex5 ku dan dia menunggangnya. Ex5 dipecut laju selaras dengan rentak kakiku yang dari berjalan sudah berlari. EX5 berpusing cantik menghala ke arahku dan berhenti betul-betul didepan kakiku. Ex5 terangkat sedikit dan jatuh kembali. Tayar lagi seinci rasanya nak kena kakiku dan aku terjerit. Senyaring bunyi decitan brek ex5.
“Nak bunuh saya cakap saja!”
“Naik.”
Dia sarungkan helmet kura-kura ke kepalaku. Sakit kepalaku, kasarnya. Mana lah dia dapat helmet zaman jepun ni?
“Kalau abang press motor ni, abang akan langgar manja. My advantage of killing both of us is very high Manja. Manja nak abang langgar manja ke? Sanggup tengok emak dan Tok Aki menangis risaukan Manja? Suka nak tengok abang menderita menyesal seumur hidup?”
Dia memulas minyak, sakit rasa gegendang telinga. Aku tahu tangan dan kakinya menekan brek dan gear natural. Aku yakin dia tak akan bunuh aku kot. Tapi naik sakit pula telinga, pantas aku naik membonceng di belakangnya. Tak mahu drama swasta ini berpanjangan, malu pada mata yang memandang.
Huh, sudahlah bawa motor aku tanpa izin, ada hati nak langgar aku pula. Terkejut aku bila tiba-tiba Danial memulas minyak, spontan tanganku memegang pinggangnya. Kata tak suka merempit tapi bawa motor macam tak tahan nak pergi jamban.
Tapi tak lama, mungkin dia lepaskan marah. Selepas itu dia bawa motor macam siput jalan nak balik rumah, agaknya 20km/jam pun tak lepas si tua ni bawa.
Sampai naik kematu muka aku menahan malu bila dipandang pengguna jalan raya lain. Mesti mereka fikir couple muda jiwa tua, memegang slogan berhati-hati di jalan raya. Masalahnya siput merempit pun lagi laju kot.
“Tak boleh bawa laju sikit ke?”
“Nak laju ke? Tak payahlah bukan selalu dapat rasa bonceng dengan abang.”
Sudah! Terpaksalah aku menahan, akhirnya kami sampai juga ke Teluk Senangin. Sampai sahaja aku regangkan badan, lenguh dibuatnya melayan si tua ni. Agaknya siput pun gelak tengok kelajuan motor kami.
Aku tadah tangan minta balik kunci motor aku, aku tak nak dengar sebarang datuk nenek punya cerita. Aku tak nak duduk seinci dekat dengan diapun. Aku nak balik. Tak nak aku berduaan dengan dia di sini, sudahlah sunyi sepi.
“Tak boleh. Selagi Manja tak dengar, tak faham dan tak terima.”
“Saya tak mau dengar, tak nak faham dan takkan terima. Copy that sir? Sekarang saya nak balik, bak sini kunci motor saya.”
Danial diam. Rambutnya diusap ke belakang. Dia menghembus nafas perlahan. Hai, mengeluh dah ke? Baru tahu ke aku susah untuk dijaga? Aku ni degil kepala batu.
“Okay, kalau macam tu. Kita berdua ni…”
Jarinya menunjuk dirinya dan aku. Membawa jari telunjuk kiri dan kanannya bersama dan dirapatkan.
Apa maksud dia? Kami berpasangan, kami berduaan? Apa?apa?
“Abang ni tunang Manja. Kita ditunangkan sejak kecil manja lagi. Bulan satu hari itu secara rasminya kita ditunangkan. Is that clear to you?”
Sepatah sepatah ayatnya keluar, walau wajahnya tenang ketika dia mengungkapkan. Aku sebaliknya. Meminta dia mengulanginya. Kali ini dia senyum.
“Manja tunang abang. Sejak sebelum Manja mengenal dunia. Kita sudah dijodohkan. You are mine and I am yours. I’m Aufa Danial are yours, Manja Auliya.
Mulutku sedikit ternganga, terkejut. Dan dia mengisyaratkan supaya aku menutup mulut. Pantas kututup. Tak sangka apa yang aku fikirkan tadi bukan nya satu hipotesis. Ia adalah kebenaran. Padanlah namanya Aufa, terasa begitu dekat. Begitu segar dalam ingatan.
Pertunangan yang aku fikirkan batal rupa-rupanya masih berlangsung dan telah lama dilangsungkan, sejak aku kecil lagi. Dah macam cerita zaman batu pula. Anak-anak sudah ditetapkan pasangannya sejak lahir. Besar dan cukup umur saja terus dinikahkan dengan pilihan yang telah ditetapkan.
Mana keseronokan nikmat dan manisnya perkenalan kalau dipaksa menerima sesuatu yang kita tak suka.
Benarkah aku tak sukakan Aufa Danial Liams, sedangkan si mata coklat kehijauan ini sentiasa membuat jantungku terasa nak keluar dan meletup.
Tapi tak boleh juga salahkan hati ini, siapa yang tak rasa begitu kalau berhadapan dengan lelaki sekacak dia? Bohonglah kalau tak terusik sedikit hati melihatnya.
“Awak tunang saya?”
Danial mengangguk.
“Awak Aufa?”
“Aufa Danial Liams. Sebelum dilahirkan lagi, keluarga kita telah menentukan jodoh kita.”
Sekali lagi dia menegaskan fakta tersebut.
“Emak kata pertunangan ini dibatalkan. Kenapa masih berjalan.”
“Ia takkan dibatalkan dengan hanya manja panjat pokok dan mogok lapar. You need to do lot more than be a Tarzan’s Jane darling.”
Dia ketawa pula. Mataku membulat, maknanya dia nampaklah adegan aku kena jolok dengan emak? Adus, berbisa rasa macam kena tampar dengan kulit durian, bergores berdarah.
Senyumannya, menggegar tiang konkrit dalam hati. Janganlah runtuh please….
“Apa kata kita bercakap sambil tu berjalan. Dari berdiri depan motor macam ni. Jangan risau, abang takkan buat yang tidak-tidak pada Manja. Manja tanggungjawab abang. Sesuatu yang abang takkan gadaikan untuk apa-apa jua. You’re my responsibility, manja. Mine.
Papppp!!! Segalanya berkecai. Kata-katanya bagai peluru berpandu dihala tepat dan aim straight terus ke hati. Aku cuma satu tanggungjawab, dan tanggungjawab dan hanya tanggungjawab. Bukan cinta, kasih atau sayang. Aku hanya itu pada dia. Tanggungjawabnya.
Apa yang kau harapkan dari dia? Cinta? Kasih sayang? Si romeo ni?
Dia lelaki yang punya semuanya. Dia kacak, dia bergaya, dia kaya dan entah apa-apa lagi yang hebat yang aku tidak tahu dan tak boleh namakan. Orang begini nak ungkapkan cinta kasih sayang padaku, mustahil. Aku yakin pasti ramai yang menggilai dia.
Aku tak tahu dia siapa, apa dia buat sampai dia kaya begini. Aku tak mahu tahupun sebenarnya. Tup tup hari ni dia kata aku dan dia ditunangkan sejak aku belum lahir lagi, dan dia juga.
Dia mungkin kerja keliling dunia, setakat budak baru cukup umur macam aku ni apa yang dia heran. Kami terikat hanya kerana keluarga, keluarga. Tak lebih dan tak kurang.
“Abang selalu datang sini memancing. Tapi hari ini kita jalan-jalan saja lah ya. Yuk.”
Dia ingat aku ini budak kecik ke apa? Nak bawa jalan-jalan? Oh cik abang awak sedar tak saya ni 18 tahun, bukan budak kecil yang awak nak bawa jalan-jalan tengok laut. Nampak sangat dia ingat aku budak lagi. Mentang-mentang dia satu kaki tinggi dari aku. Mestilah nampak macam aku ini kecil sangat.
Tiada lagi perbincangan dan penjelasan, aku akan batalkan pertunangan ini. Aku tak suka hidupku diatur-atur begini.
“Saya nak balik. Kalau awak tak nak balik, awak duk la seorang sini.”
Aku buat tak peduli dia panggil nama aku, dan masih tak peduli walaupun tahu dia mengekor aku dari belakang dengan motor. Dia diam tak kata apa melihat kedegilan aku yang masih ampuh untuk tidak memboncengnya. Biarlah kaki aku kematu menapak sampai Sitiawan.
Sampai ke jalan besar, aku mula terasa penat, matahari makin tinggi, memancar-mancar sinarnya. Kepala mula rasa pening. Kakiku tersepak batu dan aku tersembam jatuh. Mula-mula dengar bunyi orang ketawa, dialah tu siapa lagi. Selepas itu dengar bunyi hon, dia meminta aku memandangnya, masih ada baki ketawanya.
Aku memegang kaki yang rasa sakit, tapi lagi sakit hati dengan orang utan yang duduk atas ex5 aku tu. Bengang, batu yang aku terlanggar itu aku kutip dan campak jauh-jauh. Sudah marah punya pasal batu yang tak berdosa itu pula kena. Manja, manja.
Dengar bunyi tapak kaki, dia menghampiri. Tubuhnya direndahkan, mata coklat kehijauan itu melekat di anak mataku, dia senyum. Hampas!
Dia hulurkan tangan, aku buat tak tahu.
Dia duduk bertinggung di sebelahku. Aku buat tak peduli.
Pura-pura tengok batu-batu kerikil di hujung kaki. Malas nak tengok muka di depanku ini.
“Sakit ke?”
“Tak aih, saja berehat tepi jalan ni. Ambil angin, kira batu kat jalan ni ha.”
Dia ketawa, rasa nak pecah gegendang telinga. Dia cuba sentuh kakiku, aku campak kerikil ke tangannya. Dia senyum sahaja.
Diambilnya kunci motorku dan dia tekan ke kakiku yang sakit. Perlahan sahaja. Dia memerhatikan kakiku, seteliti mungkin. Malu aku tarik sedikit kakiku, tak nak dia tengok, tapi dia menahan dengan anak kunci.
“Bengkak ni. Boleh jalan tak? Cuba bangun.”
Aku menggeleng.
“Habis tu nak duk tengah jalan ni sampai bila? Sampai tahun depan ke?”
Mulutku cebik. Nampak macam romantic, bagi patung, bunga, coklat segala tapi garang macam komando. Huh! Baru jadi tunang dah macam ni. Kalau betullah dia ni nanti jadi suami aku, apa lah akan jadi agaknya.
Belum sempat aku bereaksi apa, aku sudah diangkat dan diletakkan di atas seat ex5. Malunya aku. Marah semua bercampur.
Sampai saja di Manjung, dia terus bawa aku ke klinik, hasilnya kaki aku dibalut dan dapat ubat tahan sakit dari doctor cute yang beberapa kali ditenung tajam oleh Danial. Huh, melepas aku nak main-main mata dengan doctor ini bila Danial memangkah dengan menanyakan keadaan tunangnya ini.
Bertambah sakit hati bila balik rumah, Tok Aki dan emak termasuk jua abang mat yang baru sampai dari JB melayan si tua ni macam layan anak raja datang mencemar duli.
Dan aku lebih selesa mengurung diri di dalam bilik, tidur lebih baik. Berharap apa yang aku dengar dari dia hari ini hanya mimpi, hanya mimpi.

***

No comments:

Post a Comment