Tuesday 11 November 2014

Kerja Tuhan Catatan 11 dan 12




 ***** Macam tak ada arah tuju rasanya cerita ini. Huhu. Apa apa pun cuma menulis untuk membahagiakan. Aneh, kenapa aku suka menulis kisah cinta budak sekolah, mungkinkah kerana aku tak mahu lepaskan zaman sekolah itu pergi jauh dari aku. Hhehehehe.****

Catatan 11
“Mir, kau okay ke? Maaf tapi aku tak sanggup tengok kau terusan menjadi mangsa Adrian.”
Tangan ku angkat tak mahu lagi mendengar simpati Tina. Tina terdiam.
“Terima kasih Tina. Kau baliklah kelas. Nanti Cikgu cari pula.”
Aku duduk menyandar di gelanggang tenis ini. Membayangkan betapa bodohnya aku hampir mempercayai Adrian. Hampir menyerahkan hatiku padanya. Terasa diri dikhianati. Dia tidak pernah ikhlas mendekatiku.
Aku menepis tangan Tina yang memegang bahuku. Maaf aku tak perlu simpati dari sesiapapun.
“Mir, Kau okay ke ni? Sure?”
Aku mengangguk, dan dia berlalu. Sebaik sahaja kelibat Tina hilang di balik bangunan. Air mata yang kutahan menitik setitis demi setitis ke pipi.
“Alah, setakat cakap I love you, takkan itupun tak boleh Adrian?”
Aku sendiri dengar cabaran yang diberi kawannya kepada dia dulu. Tapi tak pernah terduga di hati ini kerana cabaran itu jua dia nekad untuk mendekatiku. Dia mendekati aku bukan ikhlas dari hati tapi atas sebab taruhan dan cabaran dari rakan-rakannya.
Aku kecewa dengan kau Adrian. Aku fikir kau adalah lelaki terbaik yang pernah aku kenal, tapi ternyata kau dengan Joe sama sahaja.
Di tandas, aku membasuh wajahku. Membersihkan air mata yang bersisa. Air mata untuk lelaki itu. Hanya satu pembaziran. Pembaziran.
Masuk ke kelas, aku lihat kerusinya dan kawannya kosong. Sudah waktu rehat. Pasti masing-masing keluar makan.
Aku mendongak wajah, terkejut melihat sebungkus roti gardenia coklat di atas meja. Mendongak wajah melihat Jeremy. Dia tersenyum tapi tak lama diganti dengan wajah risau. Kerusi ditarik dan dia duduk menghadapku.
“I cari you di kantin. You tak ada. So I fikir you mesti tak makan lagi. Makanlah.”
Aku hanya memerhati dia menyucukkan straw ke air kotak Dutch Lady Chocolate, membukakan roti dan menghulurkannya padaku. Melihat dia melakukan semua ini kepadaku, membuat aku teringat kembali semua momen dengan Jeremy.
Dia memang baik. Dia sentiasa ada di sisi aku. Dia sahabat terbaik yang aku miliki. Mengigit roti ini, membuat aku semakin terharu. Bukankah dia yang menjaga aku di hospital akibat kemalangan dulu.
Ah, Jeremy kau memang baik. Mengapa tidak Adrian seperti kau? Air mata terasa bergenang kembali.
“Laa… makan roti coklat pedas sangat ke?”
Aku menggeleng. Pantas mengelap air mata itu.
“You gaduh dengan ayah you lagi?”
Sekali lagi aku menggeleng. Mengalihkan wajah dari terus ditatap Jeremy. Ternampak Adrian dan kawannya Adib masuk ke kelas. Jeremy turut memandang arah yang sama. Adrian senyum siap melambai kepadaku.
“Sebab dia?”
Aku tidak mengangguk, tidak jua menggeleng.
“Amira dia datang.”
“Jom kita keluar Remy.”
Jelas Adrian tergamam melihat aku dan Jeremy keluar beriringan dari kelas.
Kami berjalan seiring, berjalan tidak menoleh ke belakang lagi. Jeremy setia berjalan disisiku. Loceng sudah berbunyi menandakan habis waktu rehat. Tapi dia masih setia menemaniku. Penat berjalan kami berhenti duduk di kerusi batu.
“You gaduh dengan Adrian?”
Aku diam, malas nak mempersoalkan lagi mengenai orang yang cuma tahu menyakitkan hati.
“Dia baik pada you. Walau I tak kenal dia sangat tapi I tak pernah nampak dia layan perempuan lain macam dia layan you.”
Aku angkat bahu, tanda malas nak ambil kisah.
“You couple dengan dia?”
Bulat mataku. Terkejut aku.
“Cakap mengarut apa ni Romeo?”
“O..oo. Take it easy Mira. I’m just asking. I’m just wondering. I cuma bertanya, Iya lah dah ke hulu ke hilir dengan dia sampai tak nampak I dah.”
Ya Allah, apakah semua orang berfikiran sama seperti Jeremy? Kalau benar pasti teruk aku akan diketawakan bila mereka tahu hal sebenar. Aku mengesat air mata yang menitis lagi. Ah, pedihnya hati bila dikhiananti begini. Kusangka dia permata, rupanya hanya kaca yang tajam menusuk hati dan perasaan.
“Sudah lah tu Amira. You jangan menangis lagi nanti I risau you jadi Kassim Selamat macam dalam cerita Ibu mertuaku.”
Aku ketawa pula, lucu. Air mata turut keluar. Si Romeo ini hanya menongkat dagu memandangku.
“Gila betul you ni Amira. Kejap nangis kejap ketawa.”
“Kalaulah betul, aku ni gila. Baguslah.”
“Susah betul nak bercakap dengan si cengeng yang mabuk cinta.”
Laju tanganku mahu menumbuk mukanya. Tapi dia lagi laju menangkap penumbukku. Buat aku tergamam terkaku.
“You can do much better than this. Be strong.”
Adakah dia tahu?
***
Catatan 12
Sumpah kalau aku tahu wajah ini yang menanti aku di luar pintu rumah. Tak akan aku keluar walau Mak Mah heret aku keluar dari bilik sekalipun.
“Apa khabar Mira? Mak Mah kata kau tak berapa sihat.”
Kau sibuk apa kalau aku mati sekalipun Adrian? Aku kan cuma bahan ketawa dan bahan eksperimen kau sahaja. Apalah agaknya yang kau sakit sangat melihatku Adrian sampai kau sanggup menipu aku begini.
Apa makna hadiah yang kau berikan kalau ini sebenarnya yang kaumahukan? Aku fikir kau istimewa rupanya kau sama sahaja dengan yang lain-lainnya.
“Kau tengok aku macam tak sihat ke? Aku banyak kerja ni Adrian. So selamat tinggal.”
Menyirap darahku. Beraninya dia rentap tangan aku. Aku menarik tanganku, berjaya lepas.
“Jangan kau berani sentuh aku!” Melengking suaraku memaki dia.
Mujur Cuma maki. Kalau ikut hati sepak terajang pun aku nak beri. Nasib kaki aku ni baru baik sahaja. Tahniah Adrian, kau memang layak aku nobatkan pelakon lelaki terbaik abad ini.
“Apa salah aku Amira? Kenapa nak marah sangat?”
“Aku dah penat Adrian. Aku nak masuk, kerja cikgu bagi pun aku tak siap lagi.”
“Seminggu dah kau lari dari aku. Aku dekat kau makin jauh. Aku call kau tak pernah jawab, sms lagilah. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku rindukan kau Amira.”
“Gila!” Itu yang terluah, memang tak mampu aku tahan lagi.
“Memang aku gila. Aku boleh bertambah gila kalau kau terus buat aku begini Amira.”
“Sudahlah, Adrian!”
“Beritahu aku Amira di mana aku salah. Cuba beritahu.”
Tanpa pedulikan dia, aku masuk ke dalam pintu kuhempas. Dari balik langsir aku lihat lama dia berdiri di depan pintu sebelum berlalu.
Aku memegang dada. Terasa sakit melihat wajahnya. Bertambah sakit dengan penipuannya. Luluh mendengar kata-katanya tapi aku tidak mahu tertipu lagi.
Sungguh inikah sakit bila cinta dikhianati. Dia satu-satunya yang buat aku rasa begini. Dia Mohd Adrian Johari.
***

No comments:

Post a Comment