Wednesday 12 November 2014

Kerja Tuhan Catatan 13, 14 dan 15




*** Assalammualaikum dan good day. hehehehe. okay sambungan Kerja Tuhan. Hari ni rajin sikit. ***
 
Catatan 13
Bosan sungguh hari ini. Bukankah bagus kalau Jeremy itu sekelas denganku. Malangnya dia dan aku tidak sebaya. Dia pelajar di tingkatan enam atas dan aku di tingkatan lima. Namun kami masing-masing akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Aku SPM dan dia STPM.
Melayan perasaan bosan, akhirnya aku tertidur, kebetulan cikgu tiada.
Nak tercabut jantungku bila terjaga dari tidur yang hampir terlena itu, Adrian sedang duduk menghadapku, siap menongkat dagu. Terasa degupan jantungku tak selari berdetak.
Dia hulurkan air mineral yang memang ada di tangannya. Tapi aku buat tidak mengerti. Penat agaknya air itu dibiar sahaja di atas mejaku.
“Kau nak apa? Setahu aku, aku cuma berhutang budi dengan kau, budi yang tak mampu aku balas.”
“Amira…”
“Sudahlah Adrian.”
Dia memandang aku lama, marah. Aku sengaja buat tak tahu. Kalau dia marah, aku berjuta kali ganda marah pada dia.
“Amira aku tahu kau marah sakit hati dengan aku.”
“Kalau betul aku rasa marah, sakit hati sekalipun apa ada kaitan dengan kau?”
“Aku ikhlas sayangkan kau Mira. Sejak kau masuk sini, kau dah buat aku gila. Aku tak pernah ada rasa macam ni, rasa macam begitu dekat dengan kau. Kau buat aku rasa perasaan yang tak pernah aku rasa selama ini Amira. Mula-mula aku begitu membenci tapi benci itu tak sedalam perasaan yang ingin sentiasa dengan kau.”
Terkedu aku. Itulah jua yang aku rasa untuk dia. Sejak kali pertama lagi. Dalam benci ada tarikan...
“Aku akui sebab sebenar aku mendekati kau adalah kerana cabaran kawan-kawan. Tapi semakin mengenali aku semakin ingin mendekati dan memiliki kasih dan perhatian kau. Terpulang pada kau untuk percaya atau tidak. Aku mulai sayangkan kau Amira. Aku ikhlas.”
“Dah habis bercakap?”
Adrian terdiam. Nampak dia tidak puas hati dengan reaksiku. Kebetulan loceng berbunyi dan tanpa peduli Adrian yang masih didepanku. Aku keluar kelas.
Kebetulan yang amat menyenangkan hati, Jeremy lalu didepan kelas. Aku hampir berlari mendapatkan Jeremy yang sedang berjalan dengan kawan sekelasnya mungkin.
Jeremy jelas terkejut bila aku tiba-tiba menarik tangannya. Dia yang sedang berbual dengan kawannya melatah terkejut. Aku tersengih bila dia ingin mengetukku dengan buku di tangannya. Geram dengan aku agaknya.
“Awat hang ni Amir?”
Aku gelak mendengar Jeremy melatah terkejut terkeluar loghat utaranya, hehehe. Aku perasan Adrian masih berdiri di luar kelas memerhatikan kami. Biarkan.
“Siapa ni Emy?”
“Amira. Junior kita. Tak apalah Yob. Kau jalan dulu, nanti kita jumpa kat library.”
Kawannya yang bernama Yob itu sempat mengenyit mata pada aku sebelum meninggalkan kami berjalan berdua. Amboi miang!
“Takut I lari ke? I takkan lari Mir.”
Aku pandang dia pelik. Dia memuncungkan mulut menunjuk ke arah…ke arah…
Oh malunya Aku!
Serentak itu aku melepaskan pegangan tanganku pada lengan bajunya. Aku menoleh-noleh ke belakang, takut juga ada yang nampak. Dan aku terperasan Adrian yang masih ada di luar melihat kami. Aku mengeluh.
“Bergaduh dengan dia lagi ke?”
“Ni nak pergi mana Romeo. Macam busy sahaja.” Aku menukar topik.
Library. Nak follow?”
Aku mengangguk. Buat tak reti walhal selepas ini ada kelas lagi.
“Kenapa buat dia macam tu.”
“Siapa?”
“Adrian. I nampak you cakap dengan dia tadi. Dia tengok saja kita tadi.”
So what? Lantak lah.”
“Kalau tak ada apa-apa. Kenapa setiap kali mention nama dia, mata you mesti berair. Berbincang elok-elok dengan dia Amira. Cuba fahami dia, jangan terlalu cepat buat judgement urm…”
“Lelaki memang nak menangkan lelaki kan.”
“Laa… itu pula yang dia fikir. Jangan terlalu prejudis Amira. Belajar untuk mempercayai, please…”
“Kau tahu apa? Kau tak tahu apa yang jadi. Aku tak akan mudah untuk percaya. Aku…”
Mengingati Adrian mengingatkan kembali aku pada Joe. Aku pantas mengalih wajah, menyapu air mata yang menitik. Haihhh rimas betul semenjak dua menjak ini entah kenapa air mata jantan ini asyik nak menitis sahaja, lagi-lagi bila aku dengan ‘abang’ seorang ini.
Aku senang bercerita apa-apa sahaja dengannya, walhal dia jua lelaki. Bukan begitu?
Terkedu aku bila tiba-tiba terasa kepalaku diluku. Aku mendongak. Romeo ni memang cari pasal, sengaja luku kepalaku.
“Air mata seorang Amira amat mahal bagi I. Jangan buat I rasa bersalah sebab membuat air mata itu menitis.”
Aku tunjuk penumbuk, geli anak tekak bila Jeremy mula buat ayat Romeonya.
“Lega hati dia dah ganas kembali. Minta tolong boleh?”
Aku buat reaksi muka sahaja, tanya minta tolong apa.
“Tolong jangan menangis dihadapan lelaki lain. Simpan air mata itu hanya untuk I sahaja. Ada faham?”
Aku terdiam. Tak menyangka itu yang dia minta.
“Faham tak?”
Dia sudah mengangkat buku, pura-pura nak mengetuk aku dengan buku. Aku menyengih lalu mengangguk.
***

Catatan 14
Jeremy menghulurkan handphonenya padaku tiba-tiba. Tambah terkejut bila dia meletakkan handphone itu ke tapak tanganku, terpaksa aku sambut dan bawa ke telinga.
“Hello. Ya Amira bercakap.”
Mataku masih melihat Jeremy yang sedang memicit-micit kaki Ayah. Dia sahaja buat tak tahu jelingan mataku.
“Terima kasih sudi cakap dengan aku, Mira.”
“Kenapa call through nombor Jeremy? Aku tak suka.”
“Maaf. Aku Cuma risaukan kau. Ni pun minta nombor dari adik dia, Jenny.”
“Adik dia? Kau kenal adik dia?”
Aku Cuma dengar dia bernafas dan mengeluh.
“Kenal. Aku dengar ayah kau sakit. I’m sorry for what’ve happen to your father.”
“Mana kau tahu.”
Sorry. Aku terdengar kau bercakap dengan Jeremy semalam.”
“Urm… Ayah aku dah beransur pulih. Alhamdulillah. Adrian terima kasih sebab call tapi aku kena letak phone. Assalammualaikum.”
Sebaik sahaja dia menjawab salamku, talian aku matikan. Jeremy kuhampiri. Bibirnya bergerak. Dari gerakan bibir itu aku tahu dia bertanya sama ada aku baik-baik sahaja. Aku sekadar mengangguk.
Terperasan Ayah senyum melihat aku dan Jeremy.
Jeremy berbual dengan Ayah. Walaupun Ayah agak lemah berbicara, namun aku akui terusik dengan layanan Jeremy pada Ayahku. Penuh sopan santun dan lembut sahaja.
“Kalaulah…”
“Kalau apa, Uncle.”
Aku lihat Ayah diam. Lama wajahku ditatap Ayah. Aku tahu apa yang ayah maksudkan. Dan aku jua selalu terfikirkan hal yang sama. Sesuatu yang cuba kusingkirkan jauh dari hidupku.
“Kalaulah abang Amira ada… pasti diapun akan mengambil berat dan menjaga dia seperti mana Remy menjaganya. Terima kasih Remy.”
Jeremy mengusap-usap tangan Ayah, melegakan emosinya.
“Amira ada abang ke?”
“Ya, abang kembarnya. Tapi Uncle tak menjaganya. Bekas Isteri Uncle membawa dia pergi.”
Jelas Jeremy terkejut. Memang aku tidak pernah memberitahu sesiapapun hal itu. Cuma aku dan ayah sahaja tahu kewujudan saudaraku itu. Tidak tahu apa ceritanya, apa khabarnya. Saudara kembarku.
Aku mengalih wajah, pura-pura membetulkan hujung lengan kemeja, walhal terasa mata Jeremy menikamku. Rahsia besar yang aku simpan sekian lama. Bukan menafikan tetapi aku juga tidak tahu untuk bercerita. Kami terpisah bila ibu dan ayah berpisah.
Ayah mengambilku dan abang kembarku itu dibawa Ibu. Cuma itu yang kutahu. Selepas itu aku tidak mahu ambil tahu lagi. Biarlah.
***

Catatan 15
“Makan sikit Mir. Sejak ayah you masuk wad, I tengok you jarang makan waktu rehat. Ingat Mir, jangan sampai you pun sakit sama. Nah.”
Dia meletakkan seketul ayam ke dalam pingganku yang macam tak berusik. Sungguh seleraku kurang mengenangkan Ayah. Penyakit lelah yang dihidapi Ayah kembali menyerang dan kali ini lebih serius berbanding dulu.
“Tak ada selera ya?”
Aku mengangguk. Jeremy sengih. Aku perhati sahaja dia mengambil pingganku. Melihat dia memotong dan mencarikkan ayam membuat aku tersengih.
Hai bukankah sepinggan nasi ayam dia habiskan tadi, boleh pula masuk lagi sepinggan?
Terkejut aku bila sudu berisi nasi ayam itu dihalakan ke mulutku. Nak tergelak pula dibuatnya. Mulutku terbuka untuk bercakap dan dia pantas menyuapku. Pantas aku tadah mulutku dengan tapak tangan, takut tercicir nasi yang disuap. Dia ketawa besar dan aku bulatkan mata, geram.
Mana aci, paksa orang begini. Tapi sedap pula bila makan disuap orang.
“Nak lagi?”
Malu-malu harimau aku mengangguk, dan dia menyuapku lagi. Berselera aku makan sampai habis sepinggan nasi yang tadi cuma aku kuis-kuis manja. Amboi mengapa aku terlalu mengada dengan Jeremy?
Jeremy menunjuk isyarat thumbs up padaku.
“Ini baru lah Amira Johari. My Amira?”
“Apa dia?”
Jeremy gelak sahaja melihat penumbukku. Terusik pula hatiku melihat ketawanya. Boleh tahan juga kawan aku ini ya, manis wajahnya. Dia baik dan dia tak pernah kisah perwatakanku. Kerana itu aku senang dengannya.
Dia seperti seorang abang padaku. Melindungiku, menceriakan hari-hari ku sepanjang kami berkenalan. Dan anehnya bila dengan dia aku seperti hilang sifat baranku.
What’s with that look? Amused?”
“Kan bagus kalau kau ni abang aku.”
Dia diam. Aku sedut sedikit air teh O ais membasahkan tekak.
“Tapi I tak mau jadi abang you. You already have one my dear.”
Hampir nak tersedak aku dibuatnya. Dia sudah siap menongkat dagu memandangku.
“Awat tak pernah ceghita?”
“Nak ceghita lagu mana chek oi… Aku pun tak tahu nak cerita apa. Tak pernah jumpa, tak duduk sekali. Dia dengan Ibu dan aku dengan Ayah. Ibu aku sendiripun tak ku kenal, inikan pula kembarku itu Romeo oi!”
Okay cool my dear. Maaf menyakitkan hati you.”
Sorry teremosi. Tapi aku memang tak suka cerita benda yang aku tak tahu.”
“Amira percayalah sesuatu terjadi bersebab. Tak lama satu masa nanti semua akan baik. Dan you akan bahagia. Tapi…”
“Tapi apa?”
“Tapi I harap you tak lupakan I waktu tu… Iyalah dah jumpa abang sendiri, tentu tak mau jumpa kita lagi.”
Aku hanya senyum, tanpa berkata apa. Pedihnya mengharap.
***

No comments:

Post a Comment