Sunday 30 June 2013

Anakku



Anakku...
kau bertanya tentang masa depan
membuat aku senyum dan berfikir
dalam akalku yang tak berapa..
masa hadapan itu aku tak boleh ramal
tak boleh aku baca
tak terfikir oleh otak ku ini..
dengan fikiran aku yang kusut kala ini...
apa yang aku tahu anakku...
masa kini lebih penting...

bagaimana kita mahu jalani hidup masa ini
bagaimana mahu isi perut kosongmu, aku dan ibumu
itu lebih mustahak anakku..
biarlah masa hadapan itu aku lakarkan nanti
pentingnya kini...

aku tidak mahu kisah
apa akan dibual orang orang tentangku
pentingnya nak...
kita masih mampu hidup hari ini..
walau masa depan itu tak mampu ku lakar
tak mampu aku conteng di kanvas lukisan
tapi aku yakin anakku
masa depan itu akan lebih baik untukmu
dan mungkin jua untuk bakal pewarismu kelak
kerna apa nak?
kerna kita masih mampu hidup hari ini...

Ku selongkar sisa sisa sampah
ku cari sisa berharga
buat modal hidup kita kini
biar...
biarkan mereka mengata
ayahmu ini
kerna aku lebih tahu
DIA lebih tahu keikhlasanku
aku bukan pencuri
aku tidak mengemis..
rezeki ini halal
demi modal buat mengisi perut kita nak...

Oleh itu anakku…
Aku mahu berpesan…
Dan ingatkannya buat pegangan
Jangan pernah kau sesalkan
Nasib badan..

Jadikan ini buat pembakar semangat tuk perjuangan masa depan.


Nukilan ini aku tulis dalam rasa kasih dan sayang yang begitu tebal untuk encik B. Biar orang kata kamu apa sahaja asal kau dapat membesarkan kami. Dalam ketegasanmu, aku merasa kasih sayang dan perhatian.Aku tujukan khas buat ayahanda tercinta encik B yang tercinta...dan buat ayah terima kasih. Walau kadang kala aku tidak dapat memahami sesuatu yang kau lakukan. Aku berterima kasih. Tiada sekatan hari untuk mengucap dan melabelkan hari ibu atau bapa. Buat encik B dan Puan S, saya sayang anda. Sayang dan kunci anda berdua ketat-ketat dalam hati ini. Selepas ALLAH swt dan Rasulullah anda berdua lah menduduki carta di hati saya. Moga Allah memberkati kalian. Saranghae, Aishiteru, Wo ai Ni, I love You, sayang kamu, no matter what the word said and describe still the same all my love n life is for you guys. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment