Wednesday 24 December 2014

Ubat Rindu

R.I.N.D.U.

"Rindu itu fitrah. Ia tak boleh hilang, tapi boleh dikawal. Kawal dengan Istighfar. Salur melalui Doa. InsyaAllah terubat rindu tu." -Makhluk Allah, 2014

Assalammualaikum,

Seriously, rindu adalah satu perasaan paling payah nak kikis. Kadangkala rasa sampai nak pecah dada tahan rasa. Waktu itu HB hanya mampu buat ini:

  1. Letak tapak tangan di dada, istighfar dan selawat, ingat kat Allah... syukur sebab masih hidup untuk merasai perasaan rindu. Ulangi istifar sampai rasa tu reda sendiri
  2. HB akan lafazkan gini:
"Sampaikanlah salam rinduku buat-------------- hingga wujud kerinduan dalam dirinya buat diriku. Berikanlah dia kejayaan dan kebahagiaan, lindungi lah dia."
Rindu bila dah tak boleh tahan sampai nak pecah dada, biasanya HB akan tengok gambar orang yang dirindu... Renung puas-puas (Hehehe). Contoh masa duk jauh dari family, buat wallpaper pic mak ayah, ubat rindu...

Tak pun ambil sahaja handphone sms or call orang tu. Zaman sekarang teknologi dah canggih, if rindu kan boleh sms, call, whatsapp, wechat, insta, tweet or macam-macam lagi bentuk perhubungan yang ada. Hhehehhe..

Tapi biasanya HB akan buat tak tahu jer rasa yang datang tu... sebab kan kalau kita layan kita fikir, makin parah... Betul tak hehe?

***Till Then. Mood Merindui****


No comments:

Post a Comment