Friday 5 December 2014

Dia, Abang Terbang Ku!!!

***Menung-menung, tiba-tiba dapat idea ni. Tak tahu lah nak jadikan cerpen ; cerita pendek atau cerita panjang a.k.a. novel. Hehehehe...Tergantung kepada tahap kerajinan diri.
Bulan ni asyik menung sahaja, mungkin kalut dok fikirkan diri yang sudah nak mencecah three series... Alahai.. Termengadu pula kat sini. Okay stop the... karut mengarut. Now You, are my abang Terbang. Hehe ****




Karutan Pertama:
Aufa? Alza? Bertunang? Nehi Nehi!



13 Januari 2007, Seri Manjung, Perak

“SubhanAllah, budak bertuah. Turunlah dari pokok tu. Sudah sehari suntuk kau duduk bertenggek atas tu. Cukuplah kau malukan mak, rombongan tu pun dah balik. Turunlah kalau kau tak nak aku suruh abang mat kau tebang pokok ni pula nanti. ”



“Puaslah hati kau, la ni tak ada seorang pun nak masuk meminang kau, siapa yang nak ambil menantu manusia beruk. Duk bertenggek atas pokok macam beruk tak ada rumah, buat malu aku saja!”

Aku berani-berani takut menunduk memandang emak yang sudah siap dengan tangan memegang galah, bersedia untuk menjolok aku entah untuk berapa kali. Penat juga sebenarnya duduk bertenggek sambil mengelak galah mak.

Wajah emak kalah singa betina mengamuk nampak laki dia buat skandal dengan singa betina lain. Seram usus dalam perut ini melihatnya. Rasa macam nak meletup semua.

Tapi apa-apapun aku harus berani, perjuangan ini harus diteruskan. Tak nak aku kahwin, aku muda lagi kot. Result SPM pun tak lepas lagi ni. Nak masak bubur pun boleh terjadi nasi, ada hati nak bagi makan laki. Boleh mati laki aku nanti. Nanti tak pasal-pasal muda-muda jadi janda. Huh, please!

Emak nak menjolok aku lagi, kali ini aku menjerit.

“Emak! Betul ni kalau Manja turun mak janji takkan kahwinkan manja dengan siapa-siapapun? Mak janji dulu.”

Tanpa memperdulikan aku, Emak memanggil melaung nama abang mat aku dan menyuruh abang mat bawa sekali mesin penebang pokok bersamanya.

Ah, nak jadi apa jadilah. Biar aku mati dalam perjuangan ini janji aku tak dikahwinkan dengan orang entah dari ceruk mana. Sudah lah nama pun pelik, Alza ke alfa ke Aufa namanya entah. Malas aku nak ambil tahu.

Abang Mat muncul. Aku buat muka selamba. Tapi bila dengar bunyi yang muncul dari mesin di tangannya membuat segala genetik berani dalam diri aku pupus. Tambah-tambah lagi bila mata gergaji itu sudah diletakkan ke batang pokok.

Abang Mat menyengih dan mesin itu makin galak berbunyi. Tanpa peduli ketawa emak yang mengekeh dan senyuman abang mat yang sampai ke telinga, aku turun dengan kelajuan spiderman dan berlari terbang bagaikan superman masuk ke dalam rumah.

Tok Aki menyengih di muka pintu. Suka lah tu! Menyampah!

Malam itu aku mogok lapar. Tapi tak tahan lama bila terbau asam pedas ikan terubuk jeruk kubis emak yang harum menggoda perut. Hasilnya dua kali nasi bertambah. 

Tambah senang hati bila emak kata kemungkinan besar si alza, alfa atau aufa apa entah namanya itu akan membatalkan niatnya. Hehehe, lakonan beruk ku berhasil. Muahahaha.
***

No comments:

Post a Comment