Wednesday 4 September 2013

Kak Qiya, I love you!

Bagan Lalang, Teluk Intan, Julai 1991
Ghazali melihat penuh minat Taqiyyah, yang sedang ralit membaca buku dengan anaknya Aqila. Berkenan sungguh dia dengan Taqiyyah, ikut hati mahu dijadikan menantu. Tapi sayangnya Taqiyyah masih terlalu muda, baru berusia 14 tahun sebaya dengan anak kedua nya Aqila. Kalau boleh dijadikan menantu pun tiada jadi kenyataan juga kerana anaknya ketiga-tiganya adalah perempuan. Memang mustahil lah nak diambil jadi menantu.
Ghazali melirik pandang melihat isterinya Zainab yang sedang berbual dengan ibu Taqiyyah, Hanim.  Melirik matanya melihat perut isterinya yang sedang mengandungkan anak mereka yang keempat. Dalam hatinya berdoa moga anaknya yang bakal lahir itu nanti seorang anak lelaki. Dapat lah juga dia hero seorang. Dan dapat lah juga dia menjodohkan anak nya itu dengan Taqiyyah.
“Kan bagus…”
“Bagus apa nya abang?”
“Kan bagus kalau si Taqiyyah ni abang dapat jadikan menantu. Berkenan betul abang dengan anak kamu tu Hanim. Alangkah bagusnya kalau anak kita yang lahir itu nanti lelaki, boleh dijodohkan sama Taqiyyah.”
“Issy, merapik saja abang ghazali ni. Kan jauh umurnya itu, nak kah anak abang itu nanti pada Taqiyyah yang jauh lebih tua? Buat lucu sahaja abang ni.”
“Ya tak ya juga. Tapi kalau dapat jadi kenyataan bagusnya.”
Kata-kata Ghazali disambut ketawa Hanim dan Zainab. Taqiyyah dan Aqila hanya memerhati kehairanan.
Februari 1992
“Taqi, akak terpaksa pergi. Akak harap dapat berjumpa dengan Taqi lagi. Sayang sangat Taqi.”
Taqiyyah mencium pipi Taqiuddin, air matanya menitik ke pipi bayi lelaki pak cik Ghazali ini. Dia cukup sayang ‘hero’ keluarga jirannya ini. Tapi ini adalah kali terakhir. Dia terpaksa pulang ke kampung Ibu di Johor. Ayah sudah meninggal dunia, mati dihempap pokok.
Sudah tiada apa yang tinggal untuk mereka di sini. Untuk meneruskan kehidupan mahu tidak mahu mereka terpaksa pulang ke kampung halaman ibu untuk penghidupan yang lebih baik, InsyaAllah.
Bagaikan mengerti antara mereka akan terpisah, saat itu juga Taqiuddin menangis. Suasana sebak mulai terasa dalam dua keluarga berjiran yang sangat akrab ini.
Muar, Johor. Tahun 2001
Bagaikan tergamam Taqiyyah bila pipinya dicium Taqiuddin. Taqiuddin kemudian kelihatan malu-malu duduk kembali di sisi Zainab. Saat itu kebetulan Aqila ingin mengambil gambar teman lamanya itu setelah bertahun lama tidak bertemu. Jadinya gambar adik kecilnya berusia 9 tahun itu mencium temannya itu sempat ditangkap masuk oleh lensa kamera. Semua ketawa dengan aksi spontan Taqiuddin.
“Taqi suka kak Qiya ke?”
Ghazali sengaja mengusik hero nya itu. Taqiuddin mengangguk suka.
“Taqi love you Kak Qiya. Nanti bila dah besar Taqi nak kahwin dengan Kak Qiya.”
Kata-kata anak kecil itu hanya disambut dengan ketawa yang lain, menggamatkan kembali suasana pertemuan kembali mereka dua keluarga.
Kuala Lumpur, 2004
“Dasyat penangan cinta boleh buat seorang guru disiplin tersengih depan handphone!”
“Mana ada. Cuma tergelak kenangkan si Taqi ni, ada ke sms minta aku doakan dia cepat besar kerja bagus-bagus dapat duit banyak-banyak supaya cepat dapat pinang aku. Mahu aku tak gelak, cik Mila oi.”
“Taqiuddin adik angkat kau yang umur baru 12 tahun tu tulis macam tu?”
Taqiyyah mengangguk-angguk, ketawa masih tak lepas dari bibir. Lucu betul.
“Gelak pula kau. Buatnya betul lah si Taqi anak pak Ghazali tu jodoh kau. Wah meletop dik non oi dapat laki muda you.”
“Kalau betul cakap kau tu, kalau betul lah si Taqiuddin ni jodoh aku, Baik aku jaga dia betul-betul dari sekarang, supaya langsung tak ada orang usik dia. Aku nak ajar dia didik dia bagi dia lulus straight A’s UPSR, PMR, SPM sampai dia berjaya dapat kerja gempak-gempak duit banyak-banyak lepas tu kahwin dengan aku. Macam tu bagus kan.”
“Kau jangan cakap macam tu Zahra. Sekali ditakdirkan Allah swt Taqiuddin tu jodoh kau. Sekali masin mulut aku ni macam mana. Tak mustahil kan. Kau pun dah 27 tahun, still tak kahwin. Tak mustahil kan silap-silap nanti memang dia jodoh kau. Fuhhhhh dapat pucuk muda gituuuu.”
Ketawa mati. Taqiyyah Zahra terdiam dibuatnya mendengar kenyataan teman sekerjanya yang agak berasas itu. Huh, minta simpang.
Pasar malam Manjung, 2010
Taqiuddin tergamam melihat wanita di hadapannya ini, wajah yang dirindui. Menjadi igauan setiap masa. Kak Qiya. Kak Qiya juga kelihatan tergamam melihatnya. Mereka saling memandang tanpa kata. Adakah ini dinamakan perasaan cinta Kak Qiya. Sungguh aku cinta padamu.
“Zahra, okay tak?”
Plastik beg Kak Qiya yang dikutip terlepas dari tangannya. Lelaki itu menyentuh Taqiyyah, Kak Qiya tidak pula melarang. Taqiuddin faham sendiri. Kak Qiya sudah dimilik orang lain. Pasti ini tunangannya. Taqiuddin nanar sendiri. Tanpa kata dia berlalu. 
“Eh, kurang ajar betul budak zaman la ni. Boleh pergi macam tu sahaja walhal dia langgar adik dulu kan tadi.”
“Tak apalah Along. Zahra okay saja. Tak apa lah jom pergi pada Ibu. Nanti lama pula dia tunggu.”
Taqiyyah Zahra menoleh belakang semula, mencari-cari kembali kelibat pemuda yang melanggarnya tadi. Pemuda itu seolah mengenalinya. Pandangan matanya sebentar tadi menimbulkan sesuatu perasaan aneh dalam hati Taqiyyah. Ah, apakah putus tunang sudah membuatkan aku gila, sampai boleh rasa seperti jatuh cinta pada lelaki yang tidak dikenali itu. Ah, Taqiyyah Zahra kau sudah gila!

Disember 2012
Cinta itu aneh, cinta itu buta. Cinta juga tak kenal rupa jua usia. Itu yang dia rasa dan itu yang ada dalam hati sejak dulu. Dia memang mencintai Kak Qiya. Pertemuan dengan Kak Qiya dan lelaki itu amat menyakitkan hati membuat dia memilih hidup menjadi anak kapal. Kali ini kepulangannya ke Malaysia diharap membawa bahagia. Dia berharap bahagia menjengah.
“Bila kamu belayar lagi Taqi?”
“Februari nanti. Buat masa ini kerja di sini sementara nak tunggu rotation tugas semula. Kak Qila tengok gambar apa tu?”
Rasa sakit itu kembali menjengah bila melihat gambar di skrin laptop Kak Qila. Mereka kelihatan mesra sekali. Tangan lelaki itu melingkari bahu Taqiyyah dan Kak Qiya senyum manis sekali. Dan Ibu Kak Qiya juga ada. Mereka bertiga kelihatan bahagia dengan senyuman yang membuatkan Taqiuddin rasa hangat dengan cemburu dan kecewa. Oh, bunga idamannya sudah diambil orang, apa lagi yang ada padanya kini.
“Gambar raya kak Qiya dengan suami dia ke?” rasa bergetar jiwa bila menyebut suami.
“Meraban apa Taqi oi. Itu kan Along dia. Qiya tu mana kahwin lagi sampai sekarang, entah tunggu apa. Masuk ni dah dua kali dia putus tunang. Kasihan kawan akak tu.”
Mendengarkan itu membuat semangatnya kembali membara. Taqiuddin tersenyum, rasa bahagia. Mungkin peluangnya masih ada dan dia tak akan melepaskan peluang ini pergi. Biar lah apa orang nak kata. Janji hatinya bahagia. Hanya Allah swt yang tahu, sesungguhnya dia ikhlas. Ya benar pulangnya dia ke Malaysia kali ini memang membawa bahagia.

Kediaman keluarga Taqiyyah, Muar, Johor. Februari 2012
“Ibu dan Along tak boleh buat Zahra macam ni. Terima sahaja pinangan orang tanpa tanya persetujuan Zahra dulu.”
“Zahra Ibu dan Along buat inipun sebab kami fikir ini adalah yang terbaik. Dia adalah yang terbaik untuk Zahra. Dia ikhlas nak mengambil Zahra jadi teman hidup dia.”
“Along dah gila apa? Anak Pak Ghazali tu muda 15 tahun dari Zahra. Muda sangat. Mengarut! Kalau takut dan malu sangat Zahra jadi andartu jangan lah sampai terima sahaja bulat-bulat siapa sahaja yang masuk meminang.”
“Taqiyyah Zahra!”
Taqiyyah tergamam, pipinya yang ditampar Along dipegang. Tidak menyangka Along akan bertindak begitu.
“Maaf kan Along. Kami tak pernah malu dan tak pernah fikir langsung macam tu. Adik sahaja yang fikir macam tu. Usia tak bawa makna apa-apa, memang Along susah nak terima tapi Along yakin bila Zahra mengenalinya nanti Zahra juga akan menyukainya. He’s a good man which hard to find… Along yakin dengan dia Zahra.”
“Kalau suka sangat apa kata Along sahaja yang kahwin dengan dia. Jangan paksa Zahra ke dalam perkara gila ini!”Bersama kata-kata itu Taqiyyah berlari masuk ke dalam bilik.
“Kalau Along perempuan dah lama Along kahwin dengan dia adikku Taqiyyah Zahra oi. Along tak kira. Nak tak nak sekarang ni dia tu tunang adik. Tahun depan dia balik belayar terus  kahwin.”
Kata-kata Along dari balik pintu bilik tidak diendahkan.
Huh, Muhd Taqiuddin Ghazali. Kalau aku tahu begini masa kecil-kecil dulu patutnya aku kidnap sahaja kau jual pada pedagang manusia biar kau dan aku tiada pengakhiran begini akhirnya. Huh, sudahlah jauh lebih muda, tak kenal pula rupanya macam mana. Memang haru.
Taqiyyah merasa tertekan. Dia tidak boleh menerima peminangan ini. Hatinya tidak ada untuk anak pak cik Ghazali itu. Hatinya sudah tercuri oleh pemuda yang terlanggarnya di pasar malam di rumah Along dulu. Sejak itu, dia tidak pernah melupakan wajah dan pandangan mata pemuda itu. Sah, dia memang sudah sewel.
Sehari sebelum majlis pernikahan, Muar Johor, 2013
Taqiyyah sungguh merasa dirinya terseksa. Sejak tadi dia sengaja protes tidak mahu berinai. Dia nekad tidak mahu melibatkan diri dalam kerja gila ini. Sudahlah 15 tahun memisahkan usia mereka, rupa pun tidak dikenali, ini nak hidup sekali. Memang haru.
Taqiyyah nekad. Biarlah apa pun nak jadi. Dia tak akan terima idea gila ini. Wajah pemuda itu bagai menggamit dia supaya lari sahaja dari majlis yang akan berlangsung esok hari.
Sebaik sahaja memastikan semua isi rumah sudah tidur dan tidak sedar. Taqiyyah nekad lari. Kain cadar dan selimut yang dicantum dan diikat dijatuhkan ke bawah rumah melalui tingkap bilik. Rasanya kain ini cukup kukuh untuk menampung dirinya turun dari tingkat atas rumahnya yang agak tinggi ini.
Bagaikan terpaku Taqiyyah melihat pemuda yang dirindui itu sedang berdiri tepat-tepat di bawah rumah, menghadap tingkap biliknya. Tidak tahu di mana silapnya, dia tergelincir, pegangannya terlepas dari ikatan kain itu dan dia terjatuh. Dia menjerit.
Malu dan entah apa-apa lagi rasa menyerbu masuk ke dalam diri, bila dibuka sahaja mata dia dalam dakapan pemuda itu. Suasana yang tadinya suram sudah terang dengan cahaya. Dan keliling mereka sudah dipenuhi dengan wajah-wajah saudara mara. Ada Ibu, Along, Pak Ghazali, Aqila dan wajah-wajah saudara mara lainnya. Terasa darah panas menyerbu ke muka.
“Zahra nak lari ya? Nampaknya tak berjaya.” Along bersuara, sengaja menyakitkan hatinya. Siap disambut dengan ketawa yang lainnya.
“Sekali kena tangkap dengan bakal suami sendiri.”
Dia ni bakal suami aku, biar betul? Dia ni Taqiuddin? Itu satu hal lah, yang tak reti-reti nak lepaskan aku ni kenapa pula?
“Kalau iya pun letak lah dulu si Zahra tu Taqi oi!”
Jelas wajah Taqiuddin mulai memerah malu, begitu jua Taqiyyah. Suasana reda kembali, tapi kembali saspens bila tangan Taqiyyah direntap Taqiuddin dan pemuda itu perlahan-lahan melutut di hadapannya.
“Kak Qiya , nampaknya doa saya dimakbulkan Allah swt. Saya rasa saya dah cukup dewasa sekarang. Cukup dewasa untuk berfikir mana yang buruk dan mana yang baik. Saya ada harta tapi saya tak sekaya mana. Mungkin tak mampu nak bina istana tapi mampu untuk bina tempat untuk kita berteduh. Saya yakin saya mampu bahagiakan akak dan saya nak kahwin dengan akak. Sudi tak Kak Qiya terima saya sebagai suami, membimbing Kak Qiya di dunia ini dan akhirat kelak? Demi Allah swt, ayah dan ibu saya ikhlas nak jadikan Nur Taqiyyah Zahra sebagai pedamping hdup saya yang sah sehingga ke syurga.”
“Kan esok kita nak nikah dah.” Pantas Taqiyyah memotong kata-kata Taqiuddin.
“Saya tak akan paksa kalau Kak Qiya tak suka saya. Iya lah sampai sanggup terjun tingkap tak nak kahwin dengan saya. Nasib baik saya sempat sambut tadi kalau tak mahu patah riuk agaknya.”
Perlahan-lahan Taqiyyah mendekatkan diri dengan Taqiuddin.
“Sejak kita jumpa di pasar malam di Manjung dulu saya dah suka pada awak. Saya lari tadi pun sebab ingat nak cari awak. Rupa-rupa nya awak lah bakal suami saya. Saya tak kan lah nak lari lagi kan.”
Kata-kata itu membuatkan Taqiuddin senyum sengih senang hati. Perlahan lahan dia bangun, tangannya masih tak lepas dari memegang tangan Taqiyyah.
“Kak Qiya…I love you.”
I know.”
Mata mereka bersatu, dan perlahan lahan Taqiuddin mendekatkan tangan Taqiyyah ke bibirnya dan dikucup. Terasa sangat bahagia. Oh, cinta itu indah ia tidak mengenal apa jua.
“Taqiuddin Taqiyah. Kalau tak sabar sangat pun tunggu salam dengan tok kadi dulu!”
Jeritan Along mematikan suasana romantis mereka. Membuatkan mereka berdua baru menyedari rupa-rupanya mereka berdua menjdi tumpuan sejak tadi. Pegangan tangan dileraikan dan masing-masing senyum malu. Sesungguhnya jodoh itu satu rahsia yang tersembunyi. Hanya DIA yang maha mengetahui akan sesuatu.
#TAMAT#

 p/s: cerpen ini aku hasilkan selepas berbual dengan kawanku cikgu feeza, rasa lucu terus aku coretkan menjadi cerpen. hehehe. siapapun jodoh ku harapnya tidak lah begini.

No comments:

Post a Comment