Saturday 13 July 2013

pendakian

angin bertiup dingin,
sedingin hatiku saat ini,
Ia bawa perkhabaran
Ia bawa gembira orang
orang-orang itu sebayaku,
kami berusaha mendaki gunung yang sama
tapi entah mengapa
aku masih tersangkut di sini
aku sudah hampir lelah
aku sudah hampir mahu
melepaskan semuanya
membiarkan diriku tercampak ke bawah
tapi entah mengapa
akal yang waras menghalangku
aku masih punya nyawa bukan?
mereka ke puncak
itu bahagian mereka
mungkin aku kurang usaha
maka aku harus usaha lebih gigih
jangan biar angin ini terusan menyakatku
jangan biar terik mentari ketawa galak
melihat aku mengeluh merintih
aku harus sabar
dan aku harus leih pantas
lebih bersemangat
agar aku jua dapat capai puncak seperti mereka
tidak mengapa
bahagianku akan tiba..
jadi takkan kubiar ini menghalangku
akan ku terus daki hingga ke puncaknya
agar aku boleh melihat mentari
supaya ketawanya mati
dan biar angin henti usikannya
dan akur dengan kemenanganku..

No comments:

Post a Comment